Penggila Anime

Dulu aku pernah wat contest angan-angan dalam post February Flight.

Tapi sebab aku bajet busy, contest tu berlalu macam tu je. Contestants pun ramai dah tak aktif berblogging lagi, walaupun entri diorang berkenaan contest tu sangat menarik.

Setelah menggodek-godek lappy, aku terjumpa balik lukisan February Flight hitam-putih dan berwarna. Dulu aku just masukkan yang hitam-putih je. So, skang meh layan perubahan lukisan ni dari stage black'n'white kepada coloured. Yosh!

Lakaran asal

Warna asas. Nampak cam mendung je cuaca lukisan nih. 

Tadaaaa! Cun tak? Memanglah 'cun'!
Aku beginner je photoshop nih.
Tapi aku suka part pantulan cahaya matahari kat cermin kapal terbang tuh.

Teknik photoshop memang level 1 punya... Ada masa dan peluang nanti, aku nak belajar photoshop sampai naik level 20! (Ingat main game ke apa ada level-level ni?)

Oh yeah. Aku ambik kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih kepada yang join contest nih. Walaupun pemenang tak dapat diputuskan, hope korang enjoy. Yoshhh!


*Iklan*

Kat universiti aku ada pesta konvokesyen sekarang. Aku teruja gila jumpa gerai jual keychain ngan action figure anime! Gosh! Pernah kau jumpa pesta konvo jual benda alah ni? Haram~ Balik-balik jual baju, beg, tudung, kasut dan macam-macam barang jualan stereotaip yang lainlah. Tak minat aku. Baik layan kedai model aksi ni. Harga pun murah kalau nak banding dengan tempat-tempat berjenama yang lain.

Haruslah beli anime One Piece. Nak-nak aku ni kipas-susah-mati Roronoa Zoro.
Tu yang beli dua tuh.
Keychain - 3 bijik - RM10.
Action figure - 3 bijik - RM30.

Cuba korang survey kat toyshops macam kat Mid Valley. Paling koman harga sebijik action figure RM50! So, aku rasa... aku nak pergi balik kat gerai ni dan rembat action figure tiga bijik terus! Apa kata surveyyyy???