Wei budak-budak dorm...



JOM MAIN SA!!!


Siapa budak asrama kat sini? Mesti pernah dengar pasal SA kan? Kalau tak pernah dengar, memang kehidupan asrama korang amat menyedihkan~ Yang bukan asrama, aku tak tahulah korang main juga atau tak. Kalau main, bestkan? Yang tak pernah dengar atau tak pernah main, korang memang kesian! Hahaha!


SA bermakna Secret Admirer. -Pemuja Rahsia-. Suka-suka je aku translate. =D. SA ni selalu dimainkan dekat-dekat hari terakhir sekolah, selepas peperiksaan akhir tahun. Selalunya ketika jamuan perpisahan. Sangat seronok kalau disertai secara beramai-ramai, samada antara ahli-ahli dorm atau kelas atau puak (geng) ataupun nak lagi gempak - antara kawan-kawan satu tingkatan! The more the merrier! (Tapi bercelaru gak..hoho!)

Motif permainan ini adalah bertukar-tukar hadiah. Biasanya pertukaran hadiah dibuat dengan cabutan nombor. Kalau cabut nombor 8, maka akan dapat hadiah nombor 8. Tapi tukar hadiah cara ini dah biasa sangat, tak best, kena ada sedikit perubahan. Maka, wujudlah SA.


Cara-cara bermain SA :

1) Tetapkan kumpulan sasaran. Hehe! Siapa yang nak main?

2) Tulis nama setiap orang atas kertas, letak dalam kotak, dan cabut. Setiap orang kena cabut satu nama. Kalau dapat nama sendiri, sila letak balik dan cabut lagi sekali. Nama orang yang dicabut itu adalah orang yang kita kena beri hadiah dan kita adalah SA beliau. Kiranya dia tak tahu siapa yang akan beri hadiah kat dia.

3) Sekarang semua orang tulis wishlist atau hadiah yang dikehendaki atas sekeping kertas. Semua orang kena tulis atas kertas yang sama dan kemudian tampal kat mana-mana tempat yang senang baca supaya SA kita tahu hadiah apa yang kita nak.


4) Bilangan hadiah yang diminta adalah tidak terhad tapi cuma satu saja yang akan ditunaikan. (Mampuslah SA kau kalau semua benda kena beli!). Harga hadiah juga ditetapkan. Kebiasaannya budak-budak asrama yang tak berduit ni akan tetapkan atas RM10 dan bawah RM20. Yang lagi advance bawah RM30. Ada jugak yang main bawah RM50! Suka hati koranglah. Asalkan tak membebankan sesiapa.

5) No 1 - 4 kena dibuat paling kurang seminggu sebelum jamuan akhir tahun supaya ada masa nak membeli hadiah untuk SA masing-masing. (SA ni sebenarnya gelaran untuk pemberi hadiah sebab penerima tak tahu siapa yang akan beri hadiah kat dia. Tapi bila kitorang main, tak kisahlah pemberi atau penerima, dua-dua dipanggil SA.)

6) Hari pertukaran hadiah : Time inilah terbongkar segala-galanya - siapa SA kita? Biasanya ketua dorm / kelas akan mulakan dulu. Beliau (A) akan bagitahu siapa SA (B) dia dan serahkan hadiah. Kemudian B pulak kata C adalah SA dia. C ke D, begitulah seterusnya sampai semua orang dah tahu siapa SA masing-masing dan dah terima hadiah. Time ni sangat fun, sebab kita main teka-teka siapa SA kita. Semua orang pun curious nak tahu. Haha! Best best!


7) Acara kemuncak adalah membuka hadiah dan bergambar beramai-ramai! Hoi hoi, siapa tak suka dapat hadiah??? Syok gilaaaa!!!

Bestkan? Tapi jangan ingat semua hadiah menepati permintaan atau citarasa korang. So, janganlah sedih. Maybe SA korang tengah kering tak ada duit atau dia belikan hadiah yang korang tak berapa suka walaupun korang ada minta. Ini selalu terjadi kalau korang ada banyak wishlist. Korang paling nak hadiah no 1,2 dan 3, tapi dia belikan no 4 dan 5 yang korang tak berapa minat. Bukan korang tak nak hadiah tu, tapi korang lagi suka kalau dapat benda yang paling korang nak. Tulah! Lain kali wish 1 hadiah cukup!

OK. Panjang pulak aku explain. Faham ke? Tak faham sudah. Tapi aku nasihatkan, mainlah! Sangat enjoy!


Saja nak tayang hadiah SA yang aku dapat :


Dari kanan (SA masa form 1) :
Lilin wangi : Daripada Kak Apek, SA dorm
Mug : Faiz A, SA kelas
Frame : Cikgu Aswani, ini bukan SA tapi hadiah melalui cabutan nombor
untuk gantikan jamuan kelas yang tak dapat diadakan.
Semua orang dapat frame, tapi lain-lain. =D


Form 1
Tshirt NIKE : Daripada Faei, SA geng
(Siapa ingat SA geng time ni? hehe!)


Form 2 :
Keychains, kad dan duit RM2 : Daripada Neza, SA kelas


Form 2 :
Beg : Daripada Aina, SA dorm
Percaya tak, aku dapat hadiah ni time form 2,
dan sampai sekarang aku masih bawa beg ni kalau pergi mana-mana.
Nearly 10 years okay!!


Form 3 :
Tshirt DENIM BLUE JEANS : Daripada Miza, SA kelas


Form 4 :
2 tshirts : Daripada adik dorm yang aku-lupa-nama-dia-tapi-ingat-muka,
SA dorm
Actually, dia suruh pilih salah satu je, pastu aku bergurau kata nak dua-dua.
Alih-alih memang dia bagi dua-dua kat aku!
Oh! Malam SA yang sungguh bahagia!




Banyakkan baju yang aku dapat! Memang aku suka minta baju, boleh selalu guna. Sebenarnya ada lagi hadiah lain, tapi aku tak ingat mana aku letak, dan yang lagi sadis, ada hadiah yang aku tak ingat apa bendanya dan tak ingat siapa yang bagi aku! Haha! Sedih kan? Aku pun lupa jugak hadiah apa yang aku beri kat orang lain dan siapa orang tu! Adoi! Banyaknya memori aku yang dah hilang...Sesiapa boleh tolong ingatkan aku??? Hehehe! Tolonglah, sayang betul kalau hilang memori nih. Ish!


Ada sesiapa nak main SA?