BUMPER EDITION!!!

طلع البدر علينا
من ثنيات الوداع
وجب الشكرعلينا
ما داع لله داع

Siapa tau lagu kat atas ni? Hah! Hah! Ooo..lagu Lagu Untukmu tau. Lagu ni? Tau tak? Oh tau...ok! Kepada siapakah lagu ini ditujukan? (sendiri tanya sendiri jawab) Kepada seorang putera yang lahir pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (jangan cuba cari haiwan ini dalam kalendar cina) bersamaan 23 April 571 masihi (terdapat pelbagai jangkaan tarikh sebenar maka sebarang kekhilafan harap dimaafkan).


Tiba-tiba rasa nak menyanyi. Apa? Ingat cafe owner tak boleh nyanyi-nyanyi ke? Tengok anak tekak la. Hehe! Suka lagu tanpa melodi? A song without a rhythm sometimes make a good sense. Ok. Cuba buffer sekejap lagu kat bawah ini. Alaa..sekejap je. Cerita cinta merepek-repek I lap U, U lap I ( nak lap-lap pergi kerja jadi tukang lap tingkap KLCC lagi baiklah ) yang berjam-jam tu boleh buffer, takkan lagu ni yang sekadar 4 minit je pon tak boleh nak buffer?



Don't Talk To Me About Muhammad

It would be such a pleasure to have you come along with me,
I accept your gracious offer of kindness and company.
But as we walk along young man and as you help me with my load,
I’ve only one request as we travel down this road,

Don’t talk to me about Muhammad.
Because of him there is no peace and I have trouble in my mind,
so don’t talk to me about Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
as we walk along together we will get along.

That man upsets me so, so much more than you could know,
I hear of his name and reputation everywhere I go.
Though his family and his clan once knew him as an honest man,
he’s dividing everyone with his claim that “God is One”

So don’t talk to me about Muhammad.
Because of him there is no peace and I have trouble in my mind,
so don’t talk to me about Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
as we walk along together we will get along.

He’s misled all the weak ones and the poor ones and the slaves,
They think they’ve all found wealth and freedom following his ways.
He’s corrupted all the youth with his twisted brand of truth
convinced them that they all are strong, given them somewhere to belong.

So don’t talk to me about Muhammad.
Because of him there is no peace and I have trouble in my mind,
so don’t talk to me about Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
as we walk along together we will get along.

Thank you now young man, you’ve really been so kind
Your generosity and smile are very rare to find.
Let me give you some advice, since you’ve been so very nice,
From Muhammad stay away, don’t heed his words or emulate his way.

And don’t talk about Muhammad,
you will never have true peace and trouble is all you will find.
So don’t talk about Muhammad
and as you travel down life’s road you will get along just fine.

Now before we part and go, if it’s alright just the same,
may I ask, my dear young man, who are you? What's your name?

Forgive me - what was that? Your words weren’t very clear,
my ears are getting old - sometimes its difficult to hear.
It's truly rather funny, though I’m sure I must be wrong,
but I thought I heard you said your name is Muhammad……

Muhammad?

Ash haduallah ilaha il Allah wa Ash hadu ana Muhammad ur-Rasulullah.

Oh talk to me Muhammad!
Upon you I pray for peace for you have eased my troubled mind!
Oh talk to me Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
as I travel down life’s road I will get along just fine.


Lalala...saya kurang pasti samada lagu ini diambil daripada hadis, tetapi apa yang penting ianya adalah sebuah kisah benar. Saya yakin dan percaya majoriti daripada kita mengetahui kisah ini. Bagi sesiapa yang kurang tahu ataupun dah tahu tetapi minat mendengar story-telling, maka saya berbesar hati menjadi story-teller tak bergaji anda. Please lend me your eyes...

Pada suatu hari (biasalah cerita bermula dengan ayat ini)... kelihatan seorang perempuan tua sedang berdiri di tepi jalan sambil memandang sekitarnya seperti mencari sesuatu. Di hujung kakinya terdapat barangan kepunyaannya yang agak banyak dan dia tidak larat untuk mengangkut kesemua barang itu berseorangan ke rumah dengan kudrat tuanya. Dia ternampak seorang lelaki yang kelihatannya tegap dan gagah.

"Wahai pemuda. Bolehkah tolongku mengangkat barang-barangku ini?" Tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya. Perempuan itu meminta bantuan orang lain pula tetapi tiada seorang pun yang mahu menolongnya. Ada juga yang ingin menolong namun dengan syarat diberi bayaran yang tinggi (saya kurang ingat bahagian bayar-bayar ni).

Kebetulan lalulah seorang anak muda yang indah paras rupanya. Dia memerhatikan kelakuan perempuan tua itu dan berasa amat kasihan dan simpati dengannya. Dia pun sengaja berjalan berhampiran dengan perempuan itu agar dipanggil menolong.

"Wahai anak muda. Bolehkah tolong mengangkat barang-barangku ini? Nanti akan kubayar dengan bayaran yang setimpal." Kata perempuan tua ketika melihat pemuda itu.

Sambil tersenyum,pemuda itu berkata : " Saya akan menolong puan tanpa meminta sedikitpun bayaran." Gembiralah perempuan tua itu mendengar kata-katanya.Tidak disangkanya masih terdapat orang yang sanggup membantu tanpa mengharapkan ganjaran.

Sambil berjalan sepanjang laluan ke rumahnya,perempuan tua itu berbicara dengan lelaki yang dilihatnya punyai pekerti yang begitu indah sekali.

"Tahukah kau sekarang ini terdapat seorang lelaki bernama Muhammad yang mengaku dirinya nabi. Aku rasa dia seorang yang gila dan berbahaya. Dia menyeru semua orang untuk menyembah Tuhan Yang Esa seperti katanya. Ramai orang sudah terpengaruh dengannya. Aku lihat kau seorang yang baik dan mempunyai akhlak yang terpuji. Janganlah engkau terpengaruh dengannya." Pemuda itu hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata perempuan tua itu sambil terus mengangkut barangan menuju ke arah rumah wanita itu.

Akhirnya tibalah mereka ke destinasi. Perempuan itu mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu.

" Terima kasih kerana menolongku, anak muda. Sebelum kita berpisah, bolehkah kutahu namamu? "

Dengan senyuman, lelaki itu menjawab. " Sayalah MUHAMMAD."

Terpanalah wanita itu seketika tanpa dapat berkata-kata. Tidak disangka bahawa pemuda yang menolongnya serta mendengar kutukan-kutukannya adalah Muhammad itu sendiri. Lebih mengagumkan pemuda itu langsung tidak marah malah masih mampu tersenyum walaupun perempuan itu terus-terusan mengutuknya.

" Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH dan MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH. Sungguh engkau mempunyai pekerti yang sangat terpuji!"...
Begitulah alkisahnya. Maaflah tak pandai nak bercerita.Kalau pandai,bolehlah aku mengajar kat nursery ke,tadika ke...Mohon maaf juga kalau terdapat penyimpangan dalam cerita ini. Teguran anda yang disertai dalil-dalil yang kukuh amat dialu-alukan.

Erm..aku terbayang macam mana kalau aku berhadapan dengan situasi macam junjungan kita itu...tanpa ragu-ragu lagi aku akan berpusing laju-laju macam gasing yang tengah berputar tu, kemudian melontar barang-barang tu jauh-jauh macam atlit sukan baling tukul besi untuk dapat pingat emas, tapi kali ini lagi jauh lagi, jangankan medal emas, gelaran Dato' pon aku boleh dapat. Biar makcik tu terkedek-kedek lari kejar harta dia tu sambil jerit-jerit minta tolong.Baru dia tahu tinggi rendahnya langit.(jangan tiru aksi ini! Hormati yang tua, sayangi yang muda!)

Maka persoalannya 'bolehkah dan mampukah kita mengikut jejak Rasul ini tanpa hanya menonton rancangan itu sahaja di televisyen'? Tepuk dada sampai tersedak.

CooLCheF :

Tahukah anda nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah MUHAMMAD! Ketahui nasab nabi : محمد بن عبد الله بن عبد المطلب بن هاشم بن قصى بن كلاب بن مُره بن كعب بن لؤى بن غالب بن فهر بن عدنان بن إسماعيل عليه السلام من قبيلة قريش بن ابراهيم عليه السلام.

Menu Of The Day :

Kalsium dalam SUSU membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang yang optimum dan merendahkan risiko osteoporosis.
Protein dalam susu merupakan sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh.
Vitamin A amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imun yang baik.
Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel darah merah.


~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~

No comments: