THE DOOR IS OPEN

An Apple A Day Keeps The Virus Away
A Post A Day To Make You Happy All Day

Assalamualaikum wbt.
Hi there!This is my 1st entry,so I hope you will help me to improve my 'cafe' to the best!Yeah!

CREAMMYFIODESI...nama yang aku pilih as my address,setelah melalui beberapa tapisan dan uji bakat.:P. Macam-macam idea masyuk berputar-putar dalam kepala aku,dan setiap kali timbulnya idea baru,ianya adalah lebih masyuk daripada yang sebelumnya.hehe!

Bermula dengan m***w***** lepas tu beralih kepada r**o*o****** kemudian m*o****** jadi pulak c*****f*o**** lastly dapatlah CREAMMYFIODESI.(sebenarnya banyak lagi idea,tapi lupa pulak + malas nak fikir,nanti susah nak pilih yang mana satu).

Cerakinkan : CREAMMY - asalnya creaMy,english word,tapi disebabkan berlakunya sedikit masalah semasa proses pendaftaran,maka wujudlah huruf M yang lagi satu.:D. FI - dicedok daripada اللغة العربية yang bermaksud 'di' , 'dalam' , 'pada' . ODESI - sila rujuk kamus dewan edisi ke-4 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP). Makanya,setelah dicampuradukkan + digaulratakan jadilah ia BERKRIM DALAM PENGEMBARAAN!!!

Pelik pulak dengarnya..:P. Actually I love both FOOD and ADVENTURE, thats why I chose this name even a bit merepek. Whats the relation between them? Makanan diperlukan untuk menjana tenaga dalam tubuh supaya dapat menyemarakkan lagi semangat kembara. Itulah dia! Dengan mengembara pula, kita bukan setakat dapat mencuba makanan serata dunia, malah dapat mengenali budaya dan cara hidup masyarakat di sesebuah tempat.


وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَـلاً طَيِّباً وَاتَّقُواْ اللَّهَ الَّذِى أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ
And eat of the things which Allah has provided for you, lawful and good, and have Taqwa of Allah in Whom you believe

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu,dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya
{AL-MAAIDAH:88}


يأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَـكُمْ شُعُوباً وَقَبَآئِلَ لِتَعَـرَفُواْ

O mankind! We have created you from a male and a female, and made you into nations and tribes that you may know one another

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal
{AL HUJURAAT:13}


Disebabkan aku amat suka pada makanan(walaupun tak hebat memasak),tema CAFE telah menjadi pilihan aku dalam mempersembahkan 'hidangan-hidangan' yang harapnya dapat menceriakan dan memberi faedah kepada semua.Cafe ini tidak mendiskriminasikan pelanggan. Miskin kaya, tua muda, selekeh bergaya, lelaki wanita, berkumpulan mahupun berseorangan, mereka yang memiliki impian ataupun yang kesunyian, semuanya akan dilayan sama rata. Nobody is perfect. Setiap kita saling memerlukan. Mengapa perlu adanya beza taraf dan kedudukan?

Itulah sajian aku yang pertama. Aku tak ada banyak sangat idea buat masa sekarang. Pelanggan pun masih kurang.hehe!:D Apa-apa pun, I'll do my best! أدعوا لي !!!


CooLCheF : Oleh sebab alamat aku pon menggunakan 3 bahasa, maka aku akan berusaha menggunakan Bahasa Melayu baku(kalau ter'pasar' tu halal jelah=P),English(correct me when I'm wrong!) dan لست ماهرة) اللغة العربية )...terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah menolong dalam 'membuka' cafe ini. Nanti akan diberi diskaun kalau mengunjungi cafe ini.:) Kepada semua, cafe CREAMMYFIODESI mengalu-alukan kunjungan anda.

Menu Of The Day :
Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji EPAL sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.


~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~