creamyfiodesi
Malam semakin larut. Salji semakin tebal.
Kepulan-kepulan kabus keluar dari bibir mungilnya.

Sekotak mancispun tidak berjaya dijual.

Dingin salju menembusi lapisan pakaian yang robek di sana-sini,

menggigit hingga ke tulang sum-sum.
Sebatang mancis digores, dinyalakan...

datanglah wahai kehangatan!


**********

Brrrr.......yeah, it's cold up here! Badan berjaya diselamatkan dengan 6 lapisan baju! Tapi, minta maaf wahai kaki, tangan dan jari jemari. Anda semua terpaksa merasai sakitnya kesejukan salji!

Pesta salji di Oukaimden, Marrakech mengulang tradisi!

And let the pictures tell the story!



Pada suatu hari di musim salji...


7 orang pakar pembuat patung salji ingin mendaki gunung...


Mereka menaiki sebuah kenderaan yang dipanggil 'kereta kabel'...


Kenderaan ini sungguh ajaib! Ianya dapat terbang di angkasa dengan kelajuan yang sekata. Ianya juga dapat membuatkan penumpangnya mengingati Pencipta setiap kali ia terhenti di tengah-tengah udara! Terbukti, ianya lebih hebat daripada kereta labu Cinderella.


Kenderaan itu membawa mereka melepasi awan. Umpama pokok kacang yang membawa Jack naik ke langit.


Mereka terjumpa sebuah binaan yang bukan milik bidadari kayangan mahupun raksasa. Di atasnya tertulis 'Oukaimden : 3260 meter'


Mereka bersyukur kerana tidak bertemu Yeti seperti yang dijangka, malah bertemu tiga adik-beradik Narnia tanpa ditemani Aslan, singa mereka.


Adik-beradik Narnia akhirnya menjemput mereka menaiki baghal (kacukan keldai dan kuda) setelah penat memujuk 7 orang pembuat patung salji itu yang berkeras nak menunggang faun dan singa.


Mereka dibawa ke istana milik White Witch yang tak ada di istananya kerana pergi bercuti musim panas di Malaysia.


Mereka dihidangkan dengan minuman yang istimewa yang merupakan hidangan khas kerabat witch iaitu ' air batu sirap '.
*AMARAN! Ini bukan iklan minuman keras!



Setelah menghabiskan hampir satu bongkah iceberg untuk dibuat air batu sirap, merekapun memulakan kerja dan berjaya mencipta sebuah patung salji dalam tempoh kurang satu jam. Hasil tangan itu akhirnya menjadi satu masterpiece yang masyhur seantero dunia. Mereka amat gembira dan they lived happily ever after.

**********

Datang seorang yang berbaju salji merah
dan berhenti di hadapan gadis kecil yang menjual mancis,
merenung mata bundarnya yang tersimpan 1001 derita,
lidah kelu sebentar sebelum memulakan bicara :
" Adik, saya nak beli semua mancis yang awak jual. "
Se...semua?
" Ya, sebab aku memang tak tahan gila sejuk niiiiii!!! Kejang urat leher aku! "


Tamatlah sudah kisah Gadis Kecil Yang Menjual Mancis yang akhirnya gembira dapat menjual semua mancisnya kepada seorang manusia berbaju salji MERAH...

~manusia berbaju salji merah~


CooL CheF :


Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada mereka yang sentiasa menemani aku ketika aku menjadi Gadis Kecil Yang Menjual Mancis yang meringkuk kesejukan digigit kedinginan salji. Sesi perkhidmatan 2008/09/10 tidak akan aku lupakan. Pengalaman jatuh bangun kita bersama selamanya terabadi. Semoga kita dapat bersama lagi selepas ini. Walau bukan di Maghribi, insyaAllah di tempat lain atas muka bumi.

Dedikasi ini khas ditujukan kepada :
  1. Baju salji merah yang dibeli dari Mesir. You're so cool! And you make me cool too!
  2. Mafla biru-hitam-kelabu tahi itik yang juga dari bumi anbiya'. Melilitmu di leherku adalah satu kebahagiaan! xD
  3. Sarung tangan racing, juga dari negara piramid. Kalau kau tak ada, memang kena potonglah jari jemari aku!
  4. And last but not least, khuf ! Ini satu-satunya kelahiran Maghribi. Aku amat menghargai kehadiranmu yang memudahkan permusafiranku.


Salji...
mengenalimu adalah satu kesyukuran...
bersamamu adalah satu kepuasan...
meninggalkanmu adalah satu kelegaan...




p/s : Baiklah. Sebenarnya ini adalah gabungan kisah-kisah dongeng. Bukan Gadis Kecil Yang Menjual Mancis sahaja. Jadi, kudoh kepada : The Little Match Girl, Cinderella, Jack and The Bean-Stalk dan The Chronicles of Narnia.



~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~
creamyfiodesi
God bless my little kitchen
I love its every nook
And bless me as I do my work
Wash pots and pans and cook

My Little Kitchen

by : MiouQueuing


Salam dapur! Jom kita main masak-masak hari ini, baik??? Baikkkkk!!!!!

Untuk pelajar-pelajar dalam mahupun luar negara; yang kena masak sendiri (padan muka); bila tengah khusyuk menguliti buku di malam gelita; tiba-tiba perut menyanyi senandung duka; bangunlah dari kerusi dan meja; masuklah ke dapur yang tak ada apa-apa; cuma terdapat beberapa jenis sayur, telur dan lada; pinggan, pisau dan kuali dah tersedia; jadi jom mulakan misi kita!


CHOU-FLEUR (sebut : syeflor) BERTELUR

Capai apa yang ada :
Sebiji kubis bunga (chou-fleur) atau suka hati nak banyak mana.
2 biji telur.
Lada hitam.
Garam.
Minyak.

Kelentang-kelentung :
1) Potong dan rebus kubis bunga sampai lembut.
2) Pecahkan telur dan masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Pukul.
3) Salutkan kubis bunga dengan telur. Kalau telur tak cukup, tambah lagi. Makin tebal salutan, makin sedap suapan!
4) Goreng!

~suitable for vegetarian and non-vegetarian~


Tips :
Chou-fleur Bertelur sedap dimakan apabila orang lain tengah tidur.


CooL CheF :
Selamat makan berjemaah!


~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~
creamyfiodesi
Charlie picked it up and tore off the wrapper . . . and suddenly . . . from
underneath the wrapper . . . there came a brilliant flash of gold.
Charlie's heart stood still.

'It's a Golden Ticket!'


Yeay! I think I know how Charlie's feeling when he got that almost-everybody-in-the-world-want-it WILLY WONKA'S GOLDEN TICKET! Same goes here! My hands were trembling (about 6.5 scala Ritcher) when SABIHA GOKCEN'S WHITE TICKET was laying in my palms!

Gosh! Is it true? I hope I was beaten with a carbon steel -alloy 1090- baseball bat...at my hair (who's insane enough to get really beaten? rubbish!) to prove that I'm not in a fairy-tale-happily-ever-after sweet DREAM! And at last, I knew that I'm still in my own world (hey...you didn't imagine my head was full of blood after getting beaten, right?).

The story is just about to begin!

'You're just in time!' shouted Grandpa Joe. 'There's not a moment to lose. You must start making preparations at once! Wash your face, comb your hair, scrub your hands, brush your teeth, blow your nose, cut your nails, polish your shoes, iron your shirt, and for heaven's sake, get all that mud off your pants! You must get ready, my boy! You must get ready for the biggest day of your life!'

Really want to own this cool stuff!

Not really big. Just one of the fantastic journey. So, yeah, we started making preparations. Went shopping for food at ACIMA, packing clothes for one week travel, buying a pair of cool white-red sport shoes written Y.M. ZHD on it, 'robbing' POPULAIRE bank, and borrowing trunk from others.

Till the day we'll fly, we still making a preparations! Went to bank to convert dirhams to euros, but we can't do it unless we have a Morocco pasport, so we ran to the exchange place, but argghhh...it was closed! At last, we got several euros from airport. Thanks a lot to Mohammed V International Airport's financial services!

Let's fly with Air Arabia! Pay Less, Fly More! ~lol~


After 5 hours air-journey with Air Arabia (the flight service is horrible! I know it is low fares flight, but could you give us a FREE cup of WATER to break fast at least??? yeah, we were travelling on Ramadhan), we finally smelled the Turkey's air. And there it is, Sabiha Gokcen was waiting for us!

Haha! Actually, Sabiha Gokcen is the name of an international Turkey airport at Istanbul. This place is named after Sabiha Gokcen, the first female combat pilot in the world.

Outside the gates of Wonka's factory, enormous crowds of people had
gathered to watch the five lucky ticket holders going in.

Right beside the gates, in a small group that was carefully shielded from the
crowds by the police, stood the five famous children, together with the grownups
who had come with them.

And outside the glass door of Sabiha Gokcen airport terminal, stood the four young travelers, together with their travel trunks, and yes, there's a lot of people watching us, the four lucky ticket holders to ensure that we're really not a Turkish-born that came from another far far away country (...or maybe from Neptune; based from their faces, looking us weirdly like we're an aliens!).

And now, we're going to enter this 'factory' to expose the history of the famous Ottoman empire!
Ready guys!!!

The coolest one is the one who wears that white-red sneakers!

The lucky four : Me, Mees, Ardh and Niro (it's fun to create a nickname that sounds like a character in a fantasy world!)...so, which of these 3 suits Augustus Gloop, Veruca Salt, Violet Beauregarde and Mike Teavee?

Me? Of course I'm Charlie Bucket! The main eyes catcher character in this wonderful journey - ME AND THE OTTOMAN FACTORY-!!!

See you next year! ...I mean next post~


BLING$ BLING$ BLING$

Airline ticket prices (Casablanca - Istanbul Asia) : +-DH2000
Train ticket prices (L'oasis - Aeroport Med V) : +DH40




:: wOrLd OdYsSeY ::



creamyfiodesi
Tahukah kamu?
Yang kamu TAK TAHU?



JENIS-JENIS KAMBING KORBAN (di Maghribi)

1) Sardi سَرْدِي : jenis kambing terbaik untuk korban. Antara ciri-cirinya, mukanya putih dan mulutnya hitam. Majoriti masyarakat Maghribi memilih baka ini sebagai pilihan utama untuk sembelihan.

2) Sahrawi صَحْرَوِي : dinamakan sedemikian kerana jenis kambing ini berasal dari sahrak.

3) Damman (ejaan arab tak dapat dipastikan) : kurang maklumat tentang kambing jenis ini.

4) Ma'az مَعْذ : ini kambing bergaya, sebab ada rambut!


jenis Sardi...jenis lain tak ada gambar

Inilah kambing-kambing pilihan untuk Aidil Adha setakat pengetahuan aku yang cetek ilmu ini. Sebab, ini pertama kali aku dengar adanya berjenis-jenis nama kambing dan ada pula baka yang terbaik untuk dikorbankan. Kambing yang dihadiahkan kepada kami adalah dari jenis Sardi (bukan adik-beradik sardin). Patutlah keluarga arab yang tolong menyembelihkannya tak habis-habis memuji kambing kami. Ala, mereka lagilah...seekor lembu dan 2 ekor kambing! Memang keluarga duit bersepah! (kayalah maksudnya...).

Jadi, anda tergolong dalam jenis mana? Eh, KAMBING anda tergolong dalam jenis mana?



PERAH SUSU LEMBU KORBAN


Macam pelik saja bunyinya. Perkataan 'korban' sengaja ditambah untuk menyelaraskan tajuk. Hehe...Pernah berpengalaman memerah susu lembu? Bagi anak petani atau peladang berjaya, mungkin ianya bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa, namun bagi anak-anak yang tak pernah merasa hidup berselubung bau bendang, ladang dan kandang, ianya pasti memberikan kenangan yang mengujakan!

macam ni perah...

Sudah lama kami ingin mencuba memerah susu lembu di badiah sejak duduk di Morocco ini. Dan, baru-baru ini kami berpeluang melihat susu lembu diperah secara 'live', tapi masih tidak berpeluang untuk melakukannya sendiri. Nak pergi dekat dengan lembu pun takut, apatah lagi nak perah susunya!

hasil tenusu

ATURAN HIDANGAN KORBAN

Hari PERTAMA :

1) Harirah : ini memang hidangan wajib di pagi raya. Sejenis bubur yang dimakan, diminum, dihirup selepas selesai sembahyang raya. Bahan-bahannya terdiri daripada bawang, tomato, tepung, kacang 'adas, kacang kuda, sya'riah, daun ketumbar dan daging atau ayam. Rasanya? Tak payah cerita...memang tangkap leleh~



lagi sedap makan harirah kalau tambah kammun + milh...walaa!

2) Organ dalaman : selepas upacara menyembelih (macam seram je bunyi...huhu) bahagian pertama yang dimakan adalah organ dalaman. Lahm akan disimpan dahulu kerana masih panas yang boleh memberi kesan kepada kesihatan (terutama bagi mereka yang lemah antibodi atau daya tahan tubuh).


Biasanya organ dalaman seperti kabid, qalb, ri-ah, syahm dan tihal akan dipanggang dahulu di atas fahm sehingga setengah masak (keluarlah darah-darah sikit...nyum!nyum!nyum!). Kemudian dipotong kecil-kecil dan dicucuk dengan batang besi secara berselang seli (qalb, ri-ah, syahm...) ataupun bahagian-bahagian seperti kabid dan tihal dibalut dengan syahm, lalu dipanggang di atas fahm sehingga masak.


Maka, jadilah ia kutban aka sate. Tapi, mungkin aku lebih suka kutban (bukan lupa daratan ok). Kutban ini akan dimakan dengan khubz bulat dan tambah menyelerakan kalau dicicah dengan kammun dan milh berserta hidangan sampingan iaitu salatoh. Fuh, memang melelehlah~ Berminyak-minyak mulut dibuatnya.


sate Morocco

Aku memang PENCINTA SYAHM!

Hari keDUA :

1) Hari kedua pula hidangan batn menanti. Batn masak taqolliah! Juga dimakan dengan khubz. Khubz adalah makanan asasi masyarakat arab sepertimana aruz menjadi makanan ruji penduduk asia. Jadi, tidak dapat tidak, kena makan juga. Taqolliah ini adalah sejenis masakan berkuah. Menyerupai tojin, tapi sedikit berbeza. Makanan ini juga lazat tapi bau batn lembu agak kuat.

Ketika menjamah hidangan batn itu, terbayang batn lembu masak lemak cili api dengan rebung. Wahhh, nak balik Malaysia!!!

Sorry, no picture available!

2) Raks dan aqdam kambing! Ha, dekat Maghribi ini, semua bahagian binatang korban tak akan dibuang, semua akan dimakan! Berlainan dengan masyarakat Malaysia yang umumnya tidak memakan raks dan aqdam kambing atau lembu, orang arab Maghribi mempunyai cara tersendiri untuk memasak kedua-dua bahagian itu.



Raks dan aqdam akan dibakar di atas fahm sehingga menjadi hitam dan kulit mengelupas. Setelah itu, barulah ianya dihidangkan dengan kus-kus. Kami belum pernah lagi berpeluang merasai raks dan aqdam kambing walaupun teringin juga untuk mencubanya. Ermm...

upacara bakar-membakar...

...di hadapan JAMI'AH!

Oh ya, qarn tak dimakan ya!

Hari keTIGA :

Pada hari ini, barulah lahm akan dikeluarkan dari peti-peti sejuk dan dimasak. Masakan yang tak lain tak bukan - TOJIN! Diambil sempena nama bekas tanah liat yang digunakan untuk memasak makanan ini.



Merupakan salah satu makanan termasyhur di Maghribi selepas kus-kus. Lazimnya, tojin lahm ini akan dimasak dengan barquq dan misy-misy. Tojin lahm merupakan antara makanan Maghribi kegemaran CAFE OWNER! Jadi, kalau dah gourmet's favourite tu, faham-fahamlah macam mana sukarnya nak gambarkan perasaan memakannya!

tojin lahm+barquq+misy misy+telur rebus..fuhh!


Licin tojim lahm berbanding tojin dajaj~

Hari keSIMPULAN :

Ini adalah aturan hidangan secara umum yang diinfokan kepadaku oleh rakan jami'ah; Hanan. Tak semestinya, diulang, TAK SEMESTINYA semua keluarga di Morocco ini mengikut aturan ini. Ada juga kami makan lahm pada malam hari pertama raya dan kutban pada hari raya kedua. Tapi majoriti masyarakat Maghribi berbuat demikian. Inilah yang dinamakan tradisi dan budaya.

Setiap negara mempunyai ciri kebudayaan tersendiri. Sebab itulah, kita digalakkan untuk mengembara di atas muka bumi ini untuk mengetahui keagungan Allah yang telah mengaturkan segala-galanya dengan cukup sempurna dan mengagumkan. Apa istimewanya kalau pergi ke Rusia dengan bercakap bahasa Melayu? Atau makan nasi lemak di Jepun selama duduk di situ? Atau membeli-belah di Perancis dengan ringgit Malaysia? Lebih baik duduk di Malaysia kerana semua negara sama sahaja tradisinya!

Jadi, kepada mereka yang berpeluang menawan negeri orang, hargailah detik-detik berharga anda dengan sebaik-baiknya. Masa yang ada jangan hanya digunakan untuk melancong sahaja, tetapi berusahalah untuk mempelajari budaya sesuatu bangsa. Pengalaman adalah guru yang paling baik!


Itu dia ceramah percuma daripada CAFE OWNER kita. Diharapkan para pembaca mengambil pengajaran dan iktibar. Walaupun agak terlambat, kami krew-krew CREAMMYFIODESI mengucapkan...

مبروك العيد
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H!



CooLCheF : Kamus Café

Sahrak صَحْرَاء : padang pasir

Badiah بادِيَة : kampung, pedalaman

Sya'riah شَعْرِية : mee, makaroni

Lahm لَحْم : daging

Kabid كَبِد : hati

Qalb قَلْب : jantung

Ri-ah رِئة : paru-paru

Syahm شَحْم : lemak

Tihal طِحال : limpa

Fahm فَحْم : arang

Khubz خُبْز : roti

Kammun كَمّون : jintan

Milh مِلْح : garam

Salatoh سَلَطَة : salad

Batn بَطْن : perut

Aruz أرُز : nasi

Raks رَأس : kepala

Aqdam أَقْدَام : kaki (kata ganda)

Kus-kus كٌسْكٌسْ : sejenis masakan daripada bijirin yang khas, dimakan dengan daging atau ayam, dan dihidangkan setiap hari jumaat selepas sembahyang jumaat

Qarn قَرْن : tanduk

Barquq بَرْقوق : buah prun atau plum (di Malaysia dijual dalam tin dan dikenali sebagai 'Sunsweet')

Misy-misy مِشْمِشْ : aprikot

Dajaj دَجاج : ayam

p/s : Entri-entri sempena raya haji ini banyak memberi anda perkataan baru. Selamat mempelajari bahasa syurga! The Language of Paradise~


~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~


creamyfiodesi
korban itu besar ertinya
korban itu banyak hikmahnya
korban itu bermacam-macam rupa
korban itu apabila...




MALAM ADHA

Waktu Maghrib...satu panggilan telefon telah menukar satu kekosongan kepada sebuah kegembiraan dan keterujaan.

" Ada orang nak bagi
kabsy kepada antum! " suara rakan yang duduk sebelah di jami'ah kedengaran gembira di hujung corong.

" Kabsy atau daging kabsy? " Dub dab dub dab.

" Kabsy! Malam ini juga dia akan datang. Dia tunggu di hadapan jami'ah. "

Wahhh...

Patutlah semua keluarga, ya, SEMUA KELUARGA yang berkemampuan di Maghribi ni pasti akan membeli sekurang-kurangnya seekor kabsy untuk dikorbankan pada hari yang mulia ini. Ada satu kegembiraan yang sukar untuk diungkapkan...


semua tak sabar nak dikorbankan~

Banyak kali kami ditanya:

" Hal isytaraitum alkabsy? " ( Beli kabsy tak? ) Kami menggeleng.

"
Limaza? " Isy, soalan LIMAZA inilah yang paling menyampah sekali untuk dijawab. Jadi, nasihat untuk anda semua, kalau nak tanya orang, cuba elakkan perkataan LIMAZA, ok?

Maka, jawapan popular kami : " Laisa 'indana annuqud " ( no money no tell la...) mana taknya, seekor kabsy boleh mencecah harga sehingga 3000 dirham! (+- RM 1500), manalah foreigner student macam kami ini mampu...( baca dengan nada girang! )

Jawapan dalam hati : " Bukannya wajib pon... " tapi kami tak cakap secara lisanlah, atau satu perdebatan yang memakan masa akan terjadi.

Tapi, apabila kami diberi, atau lebih tepat lagi DIHADIAHKAN seekor kabsy, satu keterujaan menjengah perasaan. Terasa Aidil Adha kali ini bertambah meriah!

Yeah, yeah! Korban!


PAGI ADHA

" Mereka ni tak pergi sembahyang rayakah? " Sambil melihat beberapa orang yang memegang sejadah berjalan bertentangan arah masjid.

Kami memandang mereka pelik. Mereka memandang kami hairan.

Orang ramai di
rahbah juga memandang kami hairan.

Perjalanan diteruskan. Ada sesuatu yang tak kena...

Beratus-ratus orang berpusu-pusu di jalan raya. Semuanya melawan arus. Dan hampir kesemuanya memandang kami HAIRAN...

" Siapa sebenarnya yang tak sembahyang raya ni? " Sejadah di tangan disorokkan.

Err...



suasana di masjid...

HIDANGAN ADHA

" Nah, makanlah ni. " Sepotong daging yang lembut dihulurkan kepada setiap seorang dari kami.

" Sedapnya! Apa ni? " Jari dijilat, menikmati daging lembut itu.

"
Testicule kabsy! "

Gulp... ( bunyi 'daging lembut' ditelan tanpa dikunyah )


mana bahagian testicule??? cari kalau terer!

SUJA ADHA

" Macam mana boleh jadi macam ni, ni? " Kami berpandangan sesama sendiri. Lain yang nak dibuat lain yang jadi. Anehnya, transformasi itu amat menakjubkan.

" Geramnya! Kenapa air
suja aku jadi TAU FU FA pula ni???!!! "

Musykil...musykil...


iya...jadi macam ni! percayalah~



CooL CheF : Kamus Cafe

Adha أَضْحَى : asal daripada perkataan dahiyyah ضَحِيَّة yang bermaksud korban atau sembelihan korban.

Kabsy
كَبْش : kibas, sejenis kambing.

Antum
أنتم : kamu semua

Jami'ah
جَامِعَة : universiti

Limaza
لِمَاذَا : kenapa? mengapa? usah ditanya~

Rahbah
رَحْبَة : kandang menjaga haiwan ternakan ( kabsy, lembu etc... )

Testicule ( french ) : cari sendiri di enjin carian...

Suja
صُويَا : soya, orang sini sebut suja


~to be continue...~


~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~

creamyfiodesi
O say what is that thing called light,
Which I must never enjoy,

What are the blessings of the sight,

O tell you poor BLIND boy!





الضرير

يا أمي ما شكل السماء وما الضياء وما القمر
بجمالها تتحدثون ولا أرى منها أثر

هل هذه الدنيا ظلامٌ في ظلامٍ مستمر
يا أمي مدي لي يديك عسى يزايلني الضجر
أمشي أخاف تعثراً وسط النهار أو السحر
لا أهتدي في السير إن طال الطريق وإن قصُر

أمشي أحاذر أن يصادفني إذا أخطو خطر
والأرض عندي يستوي منها البسائط والحُفر

عكازتي هي ناظري هل في جمادٍ من نظر
يجري الصغار ويلعبون ويرتعون ولا ضرر

وأنا ضرير قاعد في عقر داري مستقر
الله يلطف بي ويصرف ما أقاسي من كدر



- للشيخ مشاري العفاسي




SI BUTA

Ibu, bagaimanakah rupa langit, cahaya dan bulan?
Yang kamu semua bicarakan
Sedang aku sedikitpun tidak dapat melihatnya...

Mungkinkah dunia ini akan selamanya gelap?
Ibu, hulurkanlah tanganmu agar dapat kukeluar dari kebosanan ini
Ku melangkah, bimbang ku akan tersungkur siang dan malam
Tiada petunjuk dalam perjalanan
Pendek atau panjangkah jalan

Ku berjalan dengan berhati-hati
Bimbang bertemu bahaya secara kebetulan
Atau tanah yang ku pijak padanya lubang

Tongkatku umpama mata
Adakah dalam kakunya pandangan
Kanak-kanak bermain dan menggembala ternakan tanpa kemudaratan?

Dan aku si buta hanya mampu duduk di rumahku sendiri
Namun Tuhan sentiasa mengasihaniku
Dan menghilangkan derita yang kutanggung...


oleh : Syeikh Masyari al-'Affasi




LOUBNA...butanya kamu mencelikkan hatiku. Meski kamu tidak dapat melihat bulan, namun percayalah...kamulah bulan. Semoga celiknya hatimu menyinari setiap hati yang kelam di permusafiran ini...

Aku menyayangimu kerana Allah...Dia yang mempertemukan kita, Dia yang bakal memisahkan kita,dan Dia jua yang akan mempertemukan kita semula di syurga dengan izin-Nya...



لابد أن نشكر الله على نعمة البصر
Seharusnya kita bersyukur kepada Allah atas nikmat penglihatan



Sumber :

The Blind Boy poem by Colley Cibber



~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~
creamyfiodesi

What time is it?
Summer time!
What time is it?
Party time!




Hakikatnya, memang cuti musim panas adalah masa untuk berparti dan berjoli! Lebih-lebih lagi poket pun tengah penuh sampai melimpah-ruah (bukan hiperbola...). Rancangan diatur, ada juga yang tak dirancang, tapi jalan tetap jalan. Tempoh tiga bulan tidak akan dipersia-siakan.

Misi mencacak bendera Malaysia serta menjadi duta kecil negara sudah tiba.

Barisan pengembara muda mula mengorak langkah menjejak tamadun dunia!



ANTARA SYALAH DAN BAB SYALAH

" Bab Syalah, pakcik! " gelengan diterima. Hek eleh pakcik ni. Dekat je, itupun tak nak bawa. Tak nak duit ke? (cakap budak bajet kaya...). Teksi lain pula ditahan. Pemandu itu bernasib baik, kami tidak mengumpatnya kerana dia sudi membawa kami ke sana.

" Err..abang (muda sikit daripada tadi), tahu ke Bab Syalah di mana? Bukan lalu jalan sana ke? "

" Mestilah tahu. Bab Syalah tu tempat jualan macam-macam barang. " Jawab beliau dengan confirmnya.

" Eh, apa pulak! Bukanlah! Kami nak pergi tempat yang macam istana tu. Kubu lama! " Jawab aku pula dengan yakin sekali.

" Itu Syalah la, bukan Bab Syalah. Bab Syalah ni tempat jual barang-barang. Ada lima bab (pintu gerbang) di situ iaitu Bab Syalah, Bab..., Bab...(terpaksa lupa, ish! ish! ish!). Kalau kubu lama yang kamu kata tu namanya Syalah." terang abang itu.

Oh, macam tu rupanya. Siapalah yang buat cerita tipu dekat aku kata nama kubu lama tu Bab Syalah. Bukan Bab Syalah la, SYALAH!



Pintu masuk Syalah

CERITA 2 JAM

Syalah dianggap sebagai salah satu kawasan bersejarah yang penting di wilayah Rabat yang padanya ditemukan kesan mastautin manusia semasa awal era sejarah. Kedudukannya pula strategik di muara sungai Abi Raqraaq, menjadikannya salah satu pusat tumpuan yang utama.

Nama Sala termaktub sejak pretengahan kurun pertama selepas masihi dan digunapakai oleh penulis-penulis silam serta terdapat dalam piagam serta dokumen purba seperti matawang.



Kebarangkalian tempat ini merupakan bekas hamam adalah 90%


Bandar Sala mempunyai ciri ketamadunan tersendiri sejak zaman pemerintahan Raja Mori sebelum dijajah Rom dengan penemuan monumen seperti rumah ibadat. Bandar ini juga pernah mempunyai hubungan dagang dengan negara-negara Mediterranean dengan penemuan artifak seperti tembikar seramik dan duit syiling. Hubungan perdagangan ini seterusnya membawa kepada penempaan duit syiling yang termaktub nama bandar ini.

Terdapat juga kesan-kesan pembinaan awam ketika era penaklukan Sala di tangan Rom seperti rumah ibadat utama (capital), dataran umum, hamam, dewan majlis negara dan sebagainya. Selain itu, masih wujud lagi tembok yang menganjur dari Selat Mediterranean sehingga lembah 'Aqrasy yang dipercayai berfungsi sebagai pelindung bagi bandar Sala.



Tembok yang mengelilingi Syalah


Pada tahun 1284, Sultan Marini Abu Ya'kob Yousef membina masjid dan makam untuk dijadikan kawasan perkuburan diraja yang mana baginda dan isterinya akhirnya dikebumikan di situ.

Walaubagaimanapun, zaman kemuncak kegemilangan Syalah tidak dapat dikenalpasti melainkan pada zaman Sultan Abi Hassan yang membina sebuah tempat pengajian yang dikelilingi tembok dengan tiga pintu gerbang, dengan gerbang yang paling besar adalah di bahagian barat daya. Makam sultan ini berbeza dengan makam yang lain dari segi seni binanya dan perhiasannya yang diukir dan diwarnai.


Salah satu makam yang terdapat di situ. Agak...panjang?


Pada zaman Sultan Abi 'Annan, baginda memilih bandar Fes sebagai kawasan perkuburan baru bagi keluarga pemerintah. Bermula dari situ, kepentingan Syalah lenyap sedikit demi sedikit, namun keasliannya masih terpelihara sehingga kini.

Kesimpulannya, tempat ini memang terdapat banyak makam dan kubur.

Sejarahnya panjang lagi, tapi ini saja yang mampu ditulis.(alasan...)

Enjoy the photos!


Pelan Syalah

Eel pond aka wishing pond. Siapa yang percaya benda karut, bolehlah campak duit syiling ke atas batu yang terletak di tengah-tengah kolam tu. Yang nak seru belut yang gemuk, sila mintak daripada pakcik ni telur rebus!

Bahagian atas patung ini tak dapat dipastikan tercampak ke mana. Patung ini pun tidak diketahui samada untuk tujuan penyembahan atau sekadar perhiasan. Harap maklum.


Err...jamban?

Batu bersurat Syalah. Hanya Nico Robin yang tahu apa yang tercatat di permukaannya.

Bekas hamam yang disangka penjara..=P

PENJARA

" Eh, ni tempat apa ni? "

" Entah. Nampak macam penjara! "

" Penjara? " Ketika itu, macam-macam andaian bermain dalam fikiran kami. Bayangan banduan dikurung dan mati ketika dalam tahanan cukup membuatkan kami menelan air liur kegerunan.

" Apa kata kita pergi masuk tengok nak? "

" Eh, tak payahlah. Horror semacam je tempat ni. " Tak jadi kami nak masuk. Tiba-tiba datang seorang pakcik jaga dengan segelas teh di tangannya.

" Ooop. pakcik! Pakcik! Sorry kacau. Ni tempat apa ni? Penjara ke? Boleh ke nak masuk tengok? "
" Ini hamam daaa. Nak masuk? Boleh je, tapi dalam tu berkunci la. "

Owh, hamam. Dah agak da...Suka-suka cakap penjara. Pengajarannya, lain kali kalau tak tahu, tanya! Tapi, walaupun hamam, meremang jugak bulu roma ketika masuk ke tempat tu. Huuuuuuu.......

" Eh, pakcik! "

" Apa lagi? Haisy budak-budak ni! "

" Ni...teh tertinggal! Hehe! "


BLING$ BLING$ BLING$

Bayaran masuk : 10DH
Teksi dari stesen keretapi Rabat Ville ke Syalah : 13DH



:: wOrLd OdYsSeY ::



~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~