Macam mana baram (bazar Ramadhan) tempat korang? Memuaskan? Apa-apa pun jangan jadikan bazar Ramadhan sebagai bazir Ramadhan. Hargai rezeki, bersederhana dan bersyukurlah dengan apa yang ada.
Setiap kali Ramadhan, aku biasa ikut ayah pergi baram cari makanan. Selalunya dekat baram ni kita akan jumpa makanan yang tak biasa jumpa pada bulan-bulan lain. Itu salah satu sebab aku rajin pergi baram. Tapi tahun ni tak tahu kenapa aku bosan pergi baram. Mungkin sebab aku selalu sangat pergi ataupun sebab makanan-makanan yang dijual tak bervariasi.
Sana jual ayam percik, sini pun jual ayam percik. Kiri soya kanan soya. Depan jerit roti john belakang pun laung benda yang sama. Lauk pauk pun lebih kurang je semua gerai. Aku bertambah fed-up bila peniaga-peniaga ni suka menjerit-jerit nak tarik perhatian. Biasanya kalau dengar peniaga jerit, confirm aku takkan pergi gerai dia. Menyampah aku. Rilex-rilex sudahlah. Kalau makanan kau sedap, orang akan datang sukarela tanpa perlu dipanggil.
Disebabkan aku boring tengok benda yang sama kat baram, aku pun decide masak sendiri menu yang tak biasa orang jual. Inilah dia - COTTAGE PIE! Act, aku dah lama nak buat benda alah ni, cuma masa dan bahan-bahan tak mengizinkan. Akhirnya, setelah lama merengek kat mak aku nak buat benda ni, mak aku pun tolonglah belikan bahan-bahannya. Haha. Terima kasih mama!
PAI KOTEJ DERHAKA
Memang nampak sedap kalau aku masak. Wakaka |
Kenapa derhaka? Sebab aku main taram bahan-bahan dia ikut suka. Hahahaha. (gelak gaya penjahat nak takluk dunia)
Aku tibai resepi dari sini. Simple dan tak merumitkan cara masak dia. Terima kasih puan empunya blog. :)
Cottage pie ialah sejenis masakan Inggeris yang inti utamanya adalah daging lembu cincang, kentang lecek dan keju. Ia menyerupai Shepherds pie tapi sedikit berbeza yang mana Shepherds pie menggunakan daging kambing sebagai ramuan utama.
Pai kotej derhaka aku pulak guna daging ayam cincang. Hentam sajalah labu. Janji sedap!
Boleh jadi snek petang. Sumber : google. |
Bahan-bahan (aku dah susun bahan-bahan ni ikut turn, senang korang) :
A
1 setengah biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - hiris, remuk suka hati korang
2 atau 3 sudu pes rempah kari daging (pes tu rempah tambah air kalau korang tak tahu)
Daging cincang (suka hati nak letak banyak mana, ikut kapasiti perut dan bilangan pemakan)
Setengah batang lobak merah
3 setengah biji tomato (pelik-pelik kuantiti sayur aku ni)
Garam dan lada hitam sesedap lidah merasa
Beberapa batang daun sup
Aku pakai Ramly punya. Sumber |
B
3 biji ubi kentang
Sepapan ais
(apa kaitan kentang dengan ais, tunggu! ngehehe~)
C
Sebungkus keju slice
Jenama SCS. InsyaAllah diperakui halal. Sumber : google. |
Cara-cara taram :
A (masak serentak dengan B! - tengok cara masak B)
1- Panaskan minyak. Aku pakai minyak zaitun. Sedap lagi berkhasiat. Jangan risau, kalau korang tak suka bau dia, bau tu akan hilang bila pai ni siap dibakar nanti.
2- Masukkan semua bawang besar dan bawang putih dan tumis sampai garing.
3- Masukkan pes kari daging. Walaupun aku cakap 2,3 sudu je, tapi korang boleh tambah lagi kalau korang suka. Kari ni tak rasa sangat nanti. Kasi lagi garing.
4- Giliran daging/ayam cincang pulak terjun kuali. Masak sampai masak. (paham ke ayat aku ni?)
5- Once ayam tu dah lembut, masukkan pulak lobak merah dan tomato. Boleh jugak tambah sayur lain macam kacang peas. Aku masuk dua jenis je sebab tu je yang aku jumpa dalam peti ais. Hakhak! Tak kelakar...
6- Garam dan lada hitam pulak. Masuk selagi korang boleh tahan dengan kemasinan dan kepedasannya.
7- Tutup api. Siat / gunting daun sup. Gaul. Settle.
B
1- Sekarang meh kita aplikasikan sains di dapur. Hehe. Toreh nipis sekeliling kulit ubi kentang. Kulit je!
2- Rebus sampai empuk.
3- Sediakn semangkuk air + sepapan ais. Rendam ubi kentang yang dah rebus tu selama 10 saat.
4- Cuba try kupas / tarik kulit kentang tu. Tadaaa. Test dulu baru tau. Setakat baca arahan ni je korang tak faham. Tengok video kat bawah.
C
1- Potong sekaligus sebungkus keju slice korang panjang-panjang.
2- Kalau korang kaya, beli keju cheddar atau parmesan etc.. dan parut.
Tabur banyak-banyak, dan lagi dan lagi. |
Orite. Sediakan bekas yang sesuai dan masukkan A, B dan C ikut urutan. A bawah sekali, B kat tengah dan C dekat atas. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 30 minit atau lebih bergantung kepada ketebalan pai korang (apa pun, semua bahan dah siap masak actually).
Lepas siap bakar, keluarkan, baca doa dan... MAKAN!!!
Perghh sedap gila wa cakap sama lu. Lagi membunuh sedapnya kalo letak banyak daging cincang dan keju. Serius sedap. Aku sorang je boleh makan 3/4 bekas pai kotej ni.
Cuba ok! Nanti bagitau hasil korang macam mana.
No comments:
Post a Comment