Salam Syawal dari pulau

Walaupun dah hari raya ke berapa dah ni, tapi aku still nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin! Meh datang umah. Aku bagi biskut kering je...




Tahun ni (baca dalam mode sedih + background lagu raya emo) aku tak balik kampung. Kampung ada untuk dibaliki, tapi dah tak ada sesiapa untuk dilawati. Al-Fatihah untuk allahyarham2 datuk nenek dan makcik aku.

So, daripada balik kampung just untuk tengok rumah tinggal je, baik aku pergi Tioman!

Yes! Pergi Tioman! (baca dengan nada excited + tutup radio lagu raya emo). Tiomaannnnnnnnnnn!!!


21 Ogos 2012 (hari ke-3 raya)

Kitorang sefamily plan nak ke Tioman dalam seminggu dua sebelum raya. Tapi booking resort, trip semua time last-last minute. Sebab semua malas nak carik maklumat pasal Tioman.

Sehari sebelum bertolak, kitorang plan nak gerak ke Mersing dari Seremban lepas Subuh sebab nak kejar feri ke Tioman pukul 11.30 am. Tapi...sebab masing-masing susah nak bang..errr..sebab masalah bukan teknikal kitorang mula bertolak dari Seremban dalam pukul 8.45 am.

Sebelum ni dalam entri Singapore, aku cakap perjalanan ke Johor yang memakan masa lebih kurang 4 jam teramatlah bosannya. Kali ni pun sama. Cuma kali ni disebabkan aku jadi co-pilot, so aku bertugas buat 'report' pasal keadaan traffic, spot port polis dengan kamera high speed trapnya, accident etc dalam Samsung Galaxy abang aku pakai application Waze. Bagus dan best oh application ni sebab bukan saja dapat kumpul maklumat dari user lain (in case ada high speed camera, boleh berlakon jadi pengguna jalan raya berhemah), tapi dapat kumpul point jugak kalau send report aka information untuk berkongsi dengan driver-driver lain (kumpul mata untuk unlock item-item lain dalam Waze. Alaa..macam main game). Selain layan mende alah ni, aku bantai tidur la, apa lagi!

Untuk ke Tioman dari Seremban, korang lalu highway PLUS, lepas tu amik exit Ayer Hitam. And then, ikut jalan ke Kluang. Dari Kluang boleh terus masuk ke Mersing. By the way, ada dua route untuk ke Tioman. Kebiasaannya, orang dari Selatan amik jalan Mersing. Tapi, orang dari Utara akan lalu ikut Tanjung Gemok di Rompin, Pahang. Disebabkan jeti Mersing selalu padat dengan manusia termasuk foreigner sekali, korang boleh amik second choice ke Tanjung Gemok. Jarak Mersing dengan Tanjung Gemok lebih kurang 45 minit perjalanan naik bas je pun. Lagi satu, feri Tanjung Gemok tak se'meriah' feri Mersing. So, tak payah pening-pening kepala nak berebut seat. Takpun kalau korang duit bersepah, boleh ambil flight terus ke Tioman.

Dalam pukul 1.15 pm barulah kitorang sampai di Mersing. Ini first time aku pergi Mersing. First impression aku : bandar ni macam old town. Banyak bangunan seolah-olah dibina pada zaman penjajahan Inggeris dulu (entah-entah memang ye). Hehe.

Welcome je? Air takde?

Sampai di kawasan jeti Mersing, kitorang park kereta kat tempat khas untuk mereka yang nak tinggalkan kereta dua tiga hari. Aku tak ingat bayaran untuk sehari berapa, tapi tak silap aku lebih kurang RM8 untuk car park yang tak berbumbung. Yang berbumbung aku tak pasti berapa harganya, tapi better korang carik berbumbung laa. Sayangi kenderaan korang. Hahaha...

Lepas selesai menunaikan hajat setelah beberapa lama duduk dalam kereta, kitorang pun menapak ke pintu masuk feri Mersing. Perghhh..punyalah ramai orang. Dahlah sesak, panas lagi, sakit jiwa aku. Ceh...

Tengok tu! Punyalah ramai manusia! Sesak nafas wei...

Kaunter bayaran tiket untuk ke Taman Laut (Marine Park) di pintu masuk jeti.

Tambang feri pergi balik Mersing - Tioman - Mersing adalah sebanyak RM70 (RM35 sehala). Aku tak pasti jadual tepat feri dari Mersing ke Tioman, tapi yang aku dengar boleh naik feri pukul 9 am / 11.30 am / 2 pm. Apapun jadual feri ni depends on pasang surut air laut. Sebab tu last call untuk naik feri pukul 2 pm sebab air laut surut waktu petang yang akan menyukarkan feri untuk rapat ke jeti. Disebabkan kitorang lambat bertolak dari Seremban, maka kitorang ambik feri terakhir hari tu iaitu pukul 2 petang.

Kalau korang ada book mana-mana resort kat Tioman, kebiasaannya fees dia dah masuk sekali bayaran feri ni. So, korang just amik tiket feri jelah kat sini. Tapi, kalau korang nak ke Marine Park (salah satu hot spot snorkeling di Tioman dan kawasan wajib pergi) korang boleh beli tiket masuk kat pintu masuk jeti Mersing ni dengan bayaran RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk senior citizen (aku rasa tiket senior citizen sama dengan kanak-kanak) sebab bayaran masuk Marine Park memang tak masuk mana-mana pakej percutian yang korang ambik.

Kiri : tiket feri Mersing - Tioman - Mersing.
Kanan : tiket Marine Park.
Korang jugak akan diberi boarding pass pelbagai warna yang tertera nama feri.
Setahu aku, boarding pass kaler kuning seat paling bawah dan boarding pass hijau seat kat bahagian atas.


Lepas beratur-tak-beratur-sangat-la untuk masuk feri dan penumpang dari Tioman dah selesai mengosongkan feri, barulah pengawal bukak pagar untuk bagi kitorang pulak masuk. Potong queue dan tolak-menolak tu adegan biasa di mana-mana tempat beratur di Malaysia. Jangan lupa bagi hadiah siku kat diorang.

Tak kisah syarikat mana punya feri atau apapun nama feri tu, asal kau ada tiket naik je.

Sticker Island Reef Resort iaitu resort yang kitorang book. Pakai sticker ni, so diorang boleh spot korang bila korang sampai Tioman nanti. Aku lekat kat beg, sudahnya dah tak boleh tanggal. Ciss..

Lepas semua seat dah penuh, feri pun mula bertolak pada pukul 2 pm. Perjalanan dari jeti Mersing ke Tioman memakan masa selama 1 jam setengah memandangkan jarak antara kedua-duanya adalah 51 km (kenapa tak pakai batu nautika?).

Peta jarak dari Mersing ke Tioman dan pulau-pulau lain.
Sumber

Aku bukanlah aquaphobia atau anti-air, tapi kalau feri yang kau naik acapkali berayun-ayun ke kiri kanan depan belakang selang 10 saat selama sejam setengah, mau kau tak mengucap time tu! Nak-nak aku duduk kat aras paling bawah, kalau karam memang kitorang kena dululah. Aku asyik jeling safety jacket yang terletak kat bahagian atas kepala seat penumpang je. In case feri terbalik, memang aku terus sambar safety jacket tu sebab aku tak pandai berenang! Setakat menyelam kat pool atau sungai cetek bolehlah.

Jeti Kg Genting.
Search google untuk tau resorts yang terdapat di kampung ni.


Kitorang sampai di Kampong Genting, Pulau Tioman dalam pukul 3.20 pm. Untuk pengetahun korang, Tioman bukanlah satu pulau kecil yang hanya terdapat pokok-pokok kelapa, batu-batu besar, pantai dan terumbu karang. Tapi Pulau Tioman ni boleh diibaratkan seperti sebuah daerah, yang bukan sahaja ada sifat-sifat stereotaip sebuah pulau, tapi jugak ada beberapa perkampungan yang lengkap dengan kedai runcit, kedai makan, kedai cenderamata, gelanggang bola tampar, sekolah, mini airport, duty free shop dan sebagainya. Boleh bayang?

Beberapa perkampungan yang wujud di Pulau Tioman. Feri akan menurunkan penumpang di Kampong Genting dahulu sebelum menuju ke perkampungan lain.
Sumber

Semua perkampungan ini kecuali Kg. Juara menghadap semenanjung Malaysia, manakala Kg. Juara adalah satu-satunya perkampungan yang menghala ke arah Laut China Selatan. Risiko tinggi kalau bencana alam seperti tsunami melanda kampung ni.

Turun je dari feri, aku terpaku. Subhanallah. Memang kagum gila aku tengok pemandangan pulau tu. Alam hijau, pasir pantai yang putih dan air laut di kiri kanan jambatan yang jernih ditambah pulak dengan ikan yang colourful berebut makanan...memang heaven! Tenang dan rilex je rasa. Jambatan yang boleh diseberang dalam masa setengah minit boleh jadi 10 minit, ambik gambar punya pasal, sebab scenery dia memang cantik.

Ada bakat jadi pro photographer tak?

Selamat datang ke Kg Genting. Nampak bangunan biru kat hujung jalan tu?
Laluan ke Island Reef Resort yang kami book betul-betul terletak di sebelah kanannya. 

Sesampainya di jeti Kg Genting, Rompin, En. Azizan iaitu pengurus Island Reef Resort menyapa kitorang setelah melihat sticker resortnya yang terpampang di baju dan beg masing-masing. Kami dibawa menuju ke kawasan resort untuk penyerahan kunci bilik dan urusan tempahan bot laju.

Ok ke Island Reef Resort ni?


Bersambung...

p/s : penat woi tulis cerita panjang macam ni. Ingat nak buat satu hari satu entri untuk cerita 4 hari di Tioman, tapi hari pertama je dah...pengsan~

p/s 2 : kebanyakan entri travel aku bertujuan untuk memberi maklumat kepada traveler dan pelancong tentang kos perjalanan, fakta tempat, lokasi tumpuan, makanan tempatan dan souvenir berpatutan, jadi...karangan 2,3 helai kertas A4 adalah satu kemestian.

No comments: