Masih hari pertama.
Walaupun belum puas amik gambar kat laluan jeti Kg Genting, kitorang dibawa oleh En Azizan ke Island Reef Resortnya. Resort dia memang berkedudukan strategik sebab laluan dia betul-betul di penghujung jalan jeti tersebut dan terletak antara tadika dan Klinik Desa Kg Genting.
Gerbang Island Reef Resort. Sebelah kanan klinik. Sebelah kiri tadika yang toiletnya horror sebab ada balak hanyut. Shi..lake! |
Tinggi jugak resort ni wei. Atas bukit tu ha! Dengan beg satu tan sorang lagik! Sampai-sampai je kat atas, lobi resort menyambut kitorang. Err..lobi ke ha? Ah..yang penting kat situ la pejabat recipient, kantin, port melepak, tempat main dart etc...
Setelah sesi berbincang dan tawar-menawar pasal bot laju (cerita pasal bot laju dan bot biasa entri yang kemudian2), kitorang pon diberi kunci bilik dan dibawa ke chalet kitorang yang terletak di...hujungggg sekali aka puncak bukit! Mendaki lagi wei! Tapi aku puas hati sebab panorama alam dari chalet teratas ni memang cantik terutamanya kalau korang penggemar sunset dan sunrise-watching.
Timur Laut (counterclockwise) : 1. Kunci bilik no 9 & 10. 2. Chalet2 di Island Reef Resort. 3. Chalet kitorang kat hujung dunia. 4. Pemandangan walawei dari beranda chalet. |
Aku bagi markah 8/10 untuk resort ni. 1 mata tolak sebab awal-awal datang sini takde air waktu pagi 8am dan maghrib (ramai pengunjung lain time tu). 1 mata lagi tolak sebab water-heater tak panas (menggigil aku mandi air bukit wei!) dan air-cond panas coz penapis tak dibersihkan (kitorang cuci sendiri penapis tu, pehtu baru sejuk menggigil macam dalam salji). Overall, aku memang recommend resort ni sebab : 1- dekat dengan jeti, 2 - privacy (atas bukit), 3 - nice service, 4 - aku rasa harga berpatutan (aku tak sure sebab tak tau resort2 lain punya pakej) dan, 5 - ... errr..pergi sendiri la tengok! ^_^"
Pakej Island Reef Resort (IRR)
Ni berdasarkan pakej yang kitorang ambil.
Merah2 tu apa yang termasuk dan tak termasuk dalam pakej utk korang ambil perhatian, so ley buat bajet. Sumber |
Kitorang amik pakej 4 hari 3 malam sebab 3 hari tak cukup. Kekeke. So harga pakej ni adalah RM360 seorang (sebab amik 2 bilik triple untuk 6 orang ), termasuk bayaran feri pergi balik (RM70), makan 8 kali sepanjang duduk sana (bukan 8x sehari!) dan naik bot biasa ke tiga tempat iaitu Kg Tekek (duty free shop), Marine Park (tempat snorkeling - bayaran tak termasuk pakej) serta Pulau Renggis (juga untuk snorkeling).
Maklumat lanjut sila terjah web Island Reef Resort.
p/s : aku tak dibayar untuk buat review ni, tapi kalau En Azizan dan sesiapa warga IRR yang terharu dengan entri ni, saya tak menolak jika anda tawarkan pakej percuma. Kuang3. =P
Disebabkan hari pertama tu takde aktiviti, maka kitorang bercadang bersiar-siar di sekitar kampung dan di tepi pantai. Selepas bersiap ala kadar, kitorang pun turun dari chalet sekitar 5.30 pm dan menuju arah utara pulau sebab nampak kawasan ni lagi happening dan ramai orang. Di kiri kanan jalan ada kedai runcit,kedai makan dan kedai souvenir. Selain IRR, terdapat jugak penginapan lain seperti Sun Beach Resort yang agak mewah dan sentiasa menjadi pilihan pelancong, serta Dumba Bay Resort (eh takpe2, snorkeling free pon ok encik tuan punya resort!).
Layanlah gambar-gambar ni. Aku cerita takde feeling. Heh~
Clockwise : 1. Ini mungkin amaran kiasan untuk orang yang intai tingkap toilet ni. 2. Kubur kecik taktau sape punya. 3. Aku first time dengar nama ni. |
Aku dah jatuh cinta dengan fotografi. |
If you did this, your 'childhood' was awesome!
Coz static is too mainstream. |
Puas memekak kat pantai macam tempat tu kitorang punya, kakipun melangkah balik ke bilik buat apa yang patut sebelum turun makan malam pada pukul 7.30 pm (pakej makan 1st). Perut memang tengah lapar, hidangan pulak depan mata. Tak pandang kiri kanan terus sambar dengan gelojoh nasi putih lauk kari ayam, telur dadar, ikan sweet & sour, sup sayur, buah tembikai merah dan air oren. Aku dengan muka malu-malu kambing siap tapau nasi dengan air-air sekali. Aku bet orang resort tu tak pernah jumpa orang yang berani me'napau' makanan diorang selain aku. Hak3!
Selesai kalimantang-light dinner, kitorang sambung balik aktiviti merayau pulau. Kitorang singgah di kedai-kedai souvenir dan tshirt untuk cari barang-barang yang boleh dijadikan kenangan. Banyak pilihan yang ada, tapi tak banyak yang kitorang minat. Harga pun...
Satu fridge magnet ni RM7! Nasib baik besar + cun. |
Kitorang jugak beli burger sebab ada orang lapar (bukan aku!). Harga burger ayam biasa RM3! Tercekik woi! Tapi tak dinafikan sos lada hitam dia memang sedap, memang menyelerakan! Malam tu aku tidur macam ular sawa kekenyangan siap conquer Vono sorang2 - buruk perangai.
Opss...apa jadi dengan nasi tapau?
Aku bangun sahur pukul 3 pagi!!! (Tapi tak puasa)
...to be continued...
Eh, tamat dah rupanya hari pertama! Yehoo~
No comments:
Post a Comment