Kafe Berhantu Yang Tak Ada Orang Berani Datang





Terima Kasih.
Datang Lagi.


-Cis, perasan ada orang datang kafe. Belum berhantu tak ada orang, dah berhantu lagilah tak ada!

=Aku bajet busy la sengal~

-Setakat kerja sementara dengan sambung study, apa yang busy sangat entah?

=Eh, banyak bunyi pulak kau! Kau cuba!


Ok, abaikan mereka. Dan abaikan sarang labah-labah yang banyak bergayut dalam kafe ini. Eeh, sarang burung walit pun ada? Boleh buat business ni. Yosh! Cicak tokek pun ada kat bawah meja kaunter ni! Pak cik kayo!

Cuti sem sebulan baru-baru ni kan (tiba-tiba ubah topik), aku banyak cuba masakan baru tau untuk dimasukkan dalam menu kafe aku ni. Jomlah tengok, walaupun majoriti hasilnya lain benar dengan apa yang aku bayangkan patut jadi.

1) Mentarang

Korang mesti gayatkan dengar benda alah ni. Samalah kita! Mentarang ni sejenis hidupan laut keluarga cangkerang macam kerang, lala, kupang etc... tapi lagi besar. Mentarang ni boleh dijumpai di kawasan berselut macam di Perlis. (Hari tu aku pergi Perlis, shopping kat Padang Besar, beli jeans, baju, makan ikan masak stim, makan sup tulang tepi laut, pergghh nikmat! Saja nak bagi dengki~)

Inilah mentarang, gayat.

Zoom in. Mentarang ni tengah nyawa-nyawa ikan. Aku usik isi dia, dia kecut ke dalam. Kikikiki~

Tak tahulah sedap masak macam mana mentarang ni. Tapi sepupu aku dia masak dengan bawang, lada hitam tambah rencah-rencah yang biasa tu la. Sedap wei, sedap. Kenapa aku tak masak? Sebab aku terer sangat, jadi aku tolong kokak (ada dalam Kamus Dewan tak perkataan ni? ) je. Je? Sakit jari aku kokak benda ni sebab cangkerang dia tajam. Kalau korang berpeluang jumpa benda alah ni, jangan tau makan je, cuba kokak sekali. Pergilah Perlis, beli mentarang. Kat Negeri Sembilan dengan KL tak ada. Eh, aku tak bagi tahu ke aku orang nogoghi? Hoho. Nogoghi colup!

Tengok mata ikan ni.

Cuba teka ni ikan apa? Siapa tak tahu memang gayat. Macam aku. Haha! Beliaulah ikan SEBELAH! Jangan tengok sebelah kau, tengok gambar ni. Ikan ni namanya IKAN SEBELAH. Aku terserempak dengan ikan ni di pasar Perlis. Kenapa nama dia macam tak cool, jangan tanya aku. Kononnya, ikan ni adalah keturunan ikan dalam cerita Nabi Musa mengembara mencari Nabi Khidir. Siapa yang tak tahu, pergi cari sumber yang boleh dipercayai untuk mengetahui kisahnya.

Now you know kenapa nama ikan ni, ikan sebelah!
Dan jangan tanya rasanya, sebab aku tak beli pun, hanya berhenti ambil gambar sahaja.

2) Gulungan Kus-kus Dengan Sos Kastard Durian

Fulamak! Meletup sungguh nama hidangan ni. Of course lah. Ini menu ciptaan Dr @ Chef Ezani daripada Master Chef! -Aku si tukang ciplak- Resepi tengok sini.

Melecur air liur~

Ezani yang cool.
Mak aku jumpa dia time tunang jiran.
Rugi aku tak ikut.


3) Tat coklat, tat keju & tat telur


Tat keju dan telur dah biasa dengar dan buat. Pernah makan tat coklat? Heaven! Tambah lagi whipping cream dengan chocolate syrup Hershey's di atasnya untuk kelazatan maksimum! (dan kencing manis maksimum juga).

4) Pavlova


Pavlova adalah sejenis manisan berasaskan putih telur yang dipukul dengan gula, mengambil sempena nama seorang penari balet Rusia, Anna Pavlova sempena lawatannya ke New Zealand. (Terdapat perdebatan sama ada pencipta manisan ini adalah warga New Zealand ataupun Australia).

Aku fail buat manisan ni sebab, pertama : aku terjatuhkan sikit kuning telur dalam ramuan dia, dan kedua : telur yang aku guna tu baru keluar dari peti sejuk dan tak sempat ditukar suhunya kepada suhu bilik. So, walau macam manapun aku pukul telur tu bagai nak rak, dia tetap tak kembang. Penat wei~ Akhirnya, makan pavlova batat yang tersangat manis! Ya, kurangkan gula dalam pembuatan pavlova ini walaupun resepi yang korang cari suruh letak satu cawan gula. Manis sangat sampai boleh kena kencing manis time tu jugak! (Tapi aku tak kena la, ni ibarat hiperbola je. Huhu~)


Ada lagi 3 resepi, tapi aku sambung bulan (bulan?!) lainlah. Panjang sangat entri ni, bukan korang nak baca pun, kecuali korang pun sukakan makanan macam aku. Hidup gourmet!