22 Ogos 2012 (raya ke-4)
Selepas bersiap ala kadar, kami pun turun ke lobi resort sekitar pukul 8am untuk bersarapan (
pakej makan 2nd). Nama je sarapan, tapi menu mewah betul. Bukan setakat nasi lemak dan teh, soto, roti bakar dengan kopi pun ada. Semua aku sapu sebab tak nak rasa rugi punya pasal. Haha~ Sakit perut padahnya...
|
Kebersihan tahap B. Hotel je taraf A kot? |
Sebelum start aktiviti pada hari tersebut, kitorang ambil masa memilih snorkeling equipments dulu. Peralatan snorkeling yang asas ialah
mask dan
snorkel (alat bantu pernafasan). Kalau korang ada
fin sendiri, itu lagi bagus. Resort ni tak menyediakan fin. Bagi kaki lemas, jangan abaikan
life jacket aka jaket keselamatan.
Tips pilih equipment terpakai di resort
Kalau korang tak ada peralatan snorkeling sendiri, korang harus bersedia terima kenyataan untuk memakai peralatan 'second-hand'. Ini bermaksud korang tak boleh nak harapkan peralatan dengan perfect condition atau bebas kuman 100%.
1)
Mask : Ini penting supaya penglihatan korang tak terganggu semasa menghayati keindahan dasar laut (ceh ayat...). Untuk orang yang rabun, jangan risau sebab korang still boleh enjoy snorkeling sebab cermin mask ni memang direka dengan lens yang boleh menajamkan dan mencerahkan view. Test mask korang dengan lekapkannya ke muka dan tarik nafas melalui hidung. Kalau tak ada udara masuk, means air pun tak akan masuk sewaktu snorkeling nanti. Keketatan mask ni boleh diadjust. Pastikan bahagian adjust tak rosak sebab kalau mask longgar, memang kacau la mood snorkeling korang.
2)
Snorkel : Ok, disebabkan snorkel ni kena masuk mulut, so faham-fahamlah apa rasanya kalau benda ni dikongsi. Weeee...!!! Snorkel dipasang satu set dengan mask sama ada di sebelah kiri atau kanan wajah. Snorkel juga merupakan peralatan wajib (dah nama pun snorkeling) sebab alat ni membantu pernafasan korang melalui mulut (sebab mask dah tutup rongga hidung korang). Semasa memilih snorkel terpakai ni, paling penting tengok bahagian
mouthpiece.
|
Bahagian-bahagian snorkel.
Sumber - google. |
Mouthpiece adalah tempat menahan gigi, BUKAN benda untuk dikunyah! Mungkin kebanyakan snorkeler adalah beginner yang cuak first time snorkeling, so diorang grip mouthpiece ni terlalu kuat sampai koyak getahnya. Jadi, korang janganlah pelik bila jumpa kebanyakan snorkel yang resort sediakan bahagian mouthpiece seolah-olah kena gigit tikus. So, make sure pilih snorkel yang 'agak' sempurna part mouthpiecenya. Selain tu, pastikan snorkel boleh dipasang dengan baik pada mask.
|
Lagi satu, pastikan mouthpiece tu boleh masuk mulut korang macam budak makan kulit limau ni supaya udara boleh masuk secukupnya dan untuk memastikan kepuasan snorkeling yang maksimum.
Sumber - google. |
3)
Life Jacket : Jangan lupa pakai jaket keselamatan kalau tak reti berenang, tak payah nak bajet cool tak pakai life jacket ni. Utamakan keselamatan. Tak nak esok masuk paper ' Keriangan Bersnorkeling Bertukar Tragedi'.
|
Sumber - google. |
Pilih life jacket yang ada 3 atau 4 belts; satu bahagian bawah kangkang dan selebihnya di bahagian abdomen. Cek tempat adjust takut ada yang patah. Amik yang belt dia boleh mencengkam kuat sampai korang rasa sesak nafas, takpe sebab dah masuk air nanti tak rasa nak tenggelam. Belt bawah kangkang pun penting untuk elakkan life jacket tercabut dari badan korang. Untuk keselamatan maksimum, pilih life jacket yang ada wisel. Anda mampu mengubahnya (iklan jap).
Sekitar pukul 9.30am, kitorang menuju ke jeti dan menaiki bot yang akan membawa kitorang ke tiga tempat tumpuan utama iaitu
Kampung Tekek (duty free shop),
Marine Park dan
Pulau Renggis. Sila ingat; bayaran bot ni dah termasuk pakej.
Lebih kurang satu jam perjalanan menaiki bot, barulah kitorang sampai ke
Kg Tekek. Kawasan ni agak meriah sebab semua pelancong tertumpu pada kedai bebas cukai yang menjadi tarikan utama kampung ini. Kedai ni bukan setakat jual coklat dan cenderamata je, tapi korang jugak boleh beli peralatan snorkeling macam mask, snorkel dan fin in case korang tak puas hati dengan equipments yang resort sediakan. Life jacket pun ada jual! Kitorang just beli beberapa helai t-shirt dan coklat. Harga barangan sini agak murah sikit berbanding kedai-kedai souvenir di kampung lain, tapi pilihan agak terhad.
|
Clockwise : 1) Jeti Kg Tekek. 2) Duty free shop. 3) Coklat Japonais sedap! Beli3x! Tapi manis meletin! 4) The only village in Tioman with mini airport. |
Kami meneruskan pelayaran (perjalanan untuk darat kan?) ke destinasi berikutnya iaitu Marine Park dan tiba di sana pada pukul 11.30am. Manusia sangaaaattttttttttttttttttttlah ramainya! Nasib baik air laut masih kekal birunya. Kitorang diberi masa sejam untuk enjoy di sini (mana puas??!!!).
Marine Park atau Taman Laut adalah satu usaha kerajaan di bawah tanggungjawab Jabatan Taman Laut dalam memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber marin termasuk ikan dan baru karang. Justeru, sebarang bentuk pencerobohan terhadap kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai Taman Laut adalah dilarang. Bayaran (dewasa RM5 dan kanak-kanak RM2) akan dikenakan kepada setiap pengunjung Taman Laut untuk tujuan penyelenggaraan, dan bayaran ini tidak termasuk mana-mana pakej percutian. Kalau korang tak sempat bayar di jeti Mersing, korang boleh membuat bayaran terus di jeti Taman Laut.
|
Jeti Marine Park. |
|
Tempat para snorkeler lepak sembang kedai kopi. |
Disebabkan ni first time aku snorkeling, so aku agak gelabah dan cuak, lebih-lebih lagi nak masuk kawasan air dalam. Habis suku jam terbazir sebab asyik belek kelengkapan snorkeling dan nak pastikan life jacket ketat. Sebab semua orang dah mula turun laut dan aku pun tak nak kena tinggal, aku pun follow diorang. Masuk je dalam laut, aku pun mula berlatih sendiri guna mask dan snorkel sebab takde orang nak mengajar. Sambil-sambil berlatih menyelam tu, aku ternampak sesuatu benda hitam kat hujung kaki aku. Rupa-rupanya aku lupa nak tanggal selipar sebab gelabah punya pasal! Cilakak! Cepat-cepat aku naik atas dan tanggal selipar dengan muka merah padam. Mintak-mintak dalam lambakan orang yang duduk kat jeti tu, sorang pun tak nampak aku snorkeling pakai selipar. Fuh! Fuh! Hahahaha.
Teknik Snorkeling (cara aku ^_^)
Untuk orang yang memang haram jadah tak pernah snorkeling ditambah pulak tak reti berenang
macam aku, memang susah nak start aktiviti ni. Masa mula-mula berlatih, aku 'ter'bernafas pakai hidung, tersedut air laut ke dalam hidung, tertelan air masin dengan banyaknya, rasa nak tenggelam, nak lemas (walaupun pakai life jacket) dan...dan...ahh, macam-macam lagilah. Time tu aku memang rasa dah sesak nafas dan takleh nak fikir apa, so aku just pegang life jacket adik aku time dia berenang balik ke tangga jeti dan biar dia tarik aku (tanpa dia sedari. Hak3!). Time tu aku rasa agak down dan macam takde mood nak snorkeling. Tapi, bila pikir balik yang ni adalah peluang once in a life time aku, so nak tak nak, aku gagahkan diri untuk cuba jugak. Adventure beb! Do not give up!
|
Sesi belajar teknik snorkeling. |
1)
Rileks - Ni kunci utama dalam menghadapi apa saja masalah. Kalau tak belajar bertenang, masalah akan jadi makin parah. Dalam kes snorkeling ni pun sama. Tenangkan diri dan masuk laut slow-slow. Biasakan diri dengan kawasan air dalam yang tak boleh nak jejak kaki.
2)
Berlatih bernafas - Sebelum korang menyelam, berlatih bernafas pakai mulut di permukaan air dulu. Pasang gogal dengan ketat sehingga melekap ke muka dan pastikan korang tak boleh bernafas pakai hidung. Bernafas perlahan-lahan melalui mulut. Kemudian, pasang snorkel di mulut dan berlatih sedut dan hembus udara melalui mulut sahaja. Bila dah yakin dan dapat rentak, barulah cuba bernafas di dalam air pulak. Bernafas macam biasa - slow and steady, jangan gopoh, nanti tersedut air melalui corong snorkel.
3)
Hembus nafas - Kadang-kadang air akan masuk melalui corong snorkel ataupun ke dalam mask, yang mana ini akan mengganggu penglihatan dan pernafasan korang. So, bila ni berlaku, tahan nafas, keluar ke permukaan air dan terus hembus nafas melalui hidung. Jangan gelabah nak sedut udara, takut terjadi sebaliknya. Bukak mask dan tarik snorkel keluar dari mulut. Pastu baru tarik nafas macam biasa. Bersihkan bahagian mouthpiece dengan air laut, pasang balik mask dan snorkel, and then selam lagi.
4)
Enjoy!
Memang enjoy bila korang dah dapat rentaknya. Sampai ketagihlah jadinya. Dari mula-mula tak nak pisah dengan tangga jeti, terus pergi ke kawasan-kawasan yang tak ramai orang. Menariknya, area yang tak ramai orang nilah yang banyak ikan pelbagai warna, karang dan tukun tiruan. Kalau dah penat mengayuh tangan dan kaki, boleh lepak jap atas pelantar, berjemur bawah cahaya matahari sambil tengok orang lain snorkeling.
Kitorang bersnorkeling tak ingat masa dan lebih dari tempoh satu jam yang diberi. Hanya bila orang jeti dah panggil naik dan waktu lunch dah tiba, barulah kitorang berhenti bersnorkeling dengan berat hatinya...
Tioman 1
Tioman 2