--@ Seuntai Kata Untuk Dibaca @--

Selamat Hari Lahir
Happy Birthday
Sannah Helwa
Bon Anniversaire


...dan macam-macam bahasa lagi yang seerti dan sewaktu dengannya untuk insan yang amat kusayangi dan kucintai dengan sepenuh hati...

...yang telah mengandungkanku selama 9 bulan 10 hari ( kena tanya balik ), melahirkanku di subuh yang hening, berjaga siang dan malam ketika aku melalak dan menangis tak reti nak berhenti, mengajarku melafazkan alif ba ta, menyebut a b c, memasakkan untukku makanan kegemaranku yang amat sedap seantero dunia, menghantarkanku yang amat malas nak ke sekolah dengan kucupan kasih sayangnya yang tidak pernah pudar, membelikanku permainan dan pakaian yang pasti ku bermasam muka jika tidak mendapatkannya, mengejutkanku yang amat liat nak bangun dengan lemah lembutnya, menasihatiku yang amat keras kepala tak tahu macam mana nak kata dengan suara yang jarang ditinggikan...

NOR HASIMAH BINTI MAT ISA
ke - _ _
( terpaksa dimisterikan )


عن أبي هريرة رضى الله تعالى عنه قال: جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي؟ قال: أمك, قال: ثم من؟ قال: ثم أمك, قال: ثم من؟ قال: ثم أمك, قال: ثم من؟ قال: ثم أبوك
متفق عليه


A man came to the Prophet and said, ‘O Messenger of God! Who among the people is the most worthy of my good companionship? The Prophet said: Your mother. The man said, ‘Then who?' The Prophet said: Then your mother. The man further asked, ‘Then who?' The Prophet said: Then your mother. The man asked again, ‘Then who?' The Prophet said: Then your father. (Bukhari, Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. lagi, katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada
Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk saya
persahabati dengan sebaik-baiknya - yakni siapakah yang lebih utama untuk dihubungi
secara sebaik-baiknya?" Beliau menjawab: "Ibumu." Ia bertanya lagi: "Lalu siapakah?" Beliau
menjawab: "Ibumu." Orang itu sekali lagi bertanya: "Kemudian siapakah?" Beliau menjawab
lagi: "Ibumu." Orang tadi bertanya pula: "Kemudian siapa lagi." Beliau menjawab: "Ayahmu."
(Muttafaq 'alaih)


I LOVE YOU MOM...FOREVER AND EVER!
Please forgive me for my dullness and sins...

CooLCheF :
Seronoknya makan Chicken Chop ( ye ke makan ni? )...tak apa! Sambut dengan makan ikan bakar cicah kicap tak pedas di sini. Sedap juga!

Menu Of The Day :
Apa ya?


~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~

>> Lari-Lari Cari Rezeki <<

Nyawaku hancur luluh
dibekukan dalam acuan
ditanam di tanah Istanbul
di kawah bunga-bungaan renjisan air Zarkasyi
mentari dan bulan berkurun lamanya
adalah dua Istanbul...

Merhaba! Nasilsin? Semoga sihat dan ceria selalu.

Bermula dari bugün, lokanta ini akan menghidangkan mata anda dengan besin dan içmek dari serata dünya. Ketahuilah, salah satu pengetahuan am yang anda perlu miliki sebelum mengembara ke sesebuah tempat atau negara lain adalah makanannya, selain bahasa, matawang dan budaya di situ. Insya Allah entri ini akan dijadikan sebagai entri yang kekal, maka, kalau nampak saja tajuk ini, cepat-cepatlah baca ya! Harap ianya bermanfaat untuk anda!


Jadi untuk entri yang pertama bagi 'Lari-Lari Cari Rezeki' ini, didatangkan salah satu manisan yang diterbangkan khas dari Turki!

Pişmaniye



Sedikit maklumat berkaitan Pismaniye:
Sebutannya -Pishmaniye-. Berdasarkan fakta yang ditemui, ianya dicipta oleh Agop Efendi yang berketurunan Amerika pada kurun ke-19. Ianya merupakan hidangan yang aneh dan istimewa semasa Empayar Ottoman. Dikenali sebagai ' Gula-gula Kapas Turki ', ianya mengandungi campuran tepung, gula dan kacang pistachio. Pismaniye adalah pencuci mulut yang lembut, ringan dan halus. Di Turki, ianya seringkali dihidangkan di festival-fesival atau selepas pulang dari kembara yang lama. Maklumat lanjut boleh ditemui melalui enjin-enjin carian internet.


Kami berpeluang mencuba manisan ini ketika dihulurkan oleh rakan-rakan Turki yang baik hati semasa kelas Bahasa Arab untuk pelajar asing. Ustaz Hisyam Fath pun dapat. Hehe! Sedap! Memang itu tanggapan pertama aku ketika menyuapkan halwa itu ke dalam mulut. ( Bak kata MEES : " Engkau apa yang tak sedap? " ). Rasanya dan rupanya lebih kurang gula-gula kapas ( "Macam sarang burunglah" kata RULA. Aku tak pernah tengok apatah lagi makan sarang burung maka aku tak tahu ) tetapi lebih berlemak dan itu yang membuatkannya lebih unik pada lidah aku. ( TIFA puasa pada hari itu jadi dia cuma mampu menelan liur saja...hehe! Tapi dia makan juga semasa buka puasa ).


Rasanya memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata! Manis, lemak berkrim... Sedapnya....!!!(saja nak bagi anda terliur). Aku nak minta lagi pada Sumaiya tapi Pismaniye tu dah nak habis. Sedih. Kalau anda melawat Turki, jangan lupa mencuba manisan kapas ini! Kalau ada rakan dari Turki lagi bagus! Jangan segan-segan minta daripada dia. Ala...buatlah sistem barter, dia bagi Pismaniye, anda bagi cakoi. Cafe ini tak dapat nak hidangkan manisan ini sebab tukang masak dari Turki tersalah kapal terbang. Aku cakap Malizia (Malaysia), tapi dia sempat dengar MALI saja (talian terputus). Ha...duduklah engkau kat sana!

Ok...sampai di sini saja program kita pada hari ini. Bertemu lagi lain kali pada waktu dan hari yang berbeza! Te,sekkürler dan güle güle!

CooLCheF : Kamus Cafe

Merhaba : hai
Nasilsin : apa khabar?
bugün : hari ini
lokanta : restoran
besin : makanan
içmek : minuman
dünya : dunia
Te,sekkürler : terima kasih
güle güle : selamat tinggal

>> Bakal menerima kunjungan Sumaiya, Tuba, Salma, Rabiaa dan Bushra Ahad ini. Selamat datang!

>> Ada ke patut letak makanan Turki dulu? Patutnya letak makanan Maghribi dulu kan?


Menu Of The Day :

Pismaniye tu la!


~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~

~inside the HAUNTED HALL~

...scary...
...spooky...

Dub..dab..dub..dab..debaran terasa semasa melangkah masuk ke tempat itu. Jantung makin terasa nak pecah ketika menjenguk ke dalam bangunan yang sunyi serta terpencil itu. Dari dalamnya terdengar suara jeritan...





YEAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!








Akhirnya berakhirnyalah sukan Malaysia aka SUKMA 2009 yang bertempat di Dewan al-Wadah atau lebih glamour dipanggil Mughotto di Kenitra. Suara jeritan? Oh...jeritan daripada skuad-skuad sukan yang bertempur dalam bermacam-macam game yang dipertandingkan. Bersemangat sungguh!

So, mari kita tonton ramai-ramai keputusan akhir sukan musim bunga ini. Check it out!


BASKETBALL aka BOLA KERANJANG aka كرة السلة

PLATINUM : PINK PIE
GOLD : ORANGE OMELETTE
SILVER : BROWN BROWNIES
BRONZE : PURPLE PIZZA




BADMINTON PERSEORANGAN aka SINGLE aka كرة الريشة

PLATINUM : PINK PIE
GOLD : ORANGE OMELETTE
SILVER : BROWN BROWNIES
BRONZE : PURPLE PIZZA


BADMINTON BEREGU aka DOUBLE

PLATINUM : PINK PIE
GOLD : PURPLE PIZZA
SILVER : ORANGE OMELETTE
BRONZE : BROWN BROWNIES


VOLLEYBALL aka BOLA TAMPAR aka كرة الطائرة

PLATINUM : ORANGE OMELETTE
GOLD : BROWN BROWNIES
SILVER : PINK PIE
BRONZE : PURPLE PIZZA




DODGE BALL aka BOLA BERACUN aka ...

PLATINUM : PINK PIE
GOLD : BROWN BROWNIES
SILVER : ORANGE OMELETTE
BRONZE : PURPLE PIZZA



and the FINAL RESULT...



1st PODIUM : PINK PIE
2nd PODIUM : ORANGE OMELETTE
3rd PODIUM : BROWN BROWNIES
4th PODIUM : PURPLE PIZZA


Tahniah kepada para atlit yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan esprit de corps serta esprit d'équipe yang tinggi dan mengagumkan. Spirit inilah yang mencetuskan saingan sengit antara skuad dan menghangatkan lagi dewan 'setinggan luar, apartment dalam' itu (serta mengurangkan keseramannya..huuuuuuu~~).



to

FBI 001 as SU
VK 198 as UPP 1
BH 108 as UPP 2
HL 239 as UHS 1
HL 005 as UHS 2
DZ 198 as UKK 1
V2C 276 as UKK 2
FBI 291 as UTK 1
VK 009 as UTK 2


and

all REFEREES zebra jersey
all LINE GUARDS


And all of you for your cooperation in making the program so happening! Cayalah beb! Kepada Super Senior dan senior-senior yang tidak dapat menyertai SUKMA 2010 khususnya dan semua MEMBER amnya, semoga SUKMA tahun ini menjadi satu kenangan manis yang penuh dengan kegembiraan dan kepuasan untuk anda semua. Kepada senior yang masih berkesempatan menyertainya tahun depan, rakan-rakan sebuaya dan junior-junior, see you next year! Aktifkan Diri Positifkan Peribadi!!!


:: Sukan SEA bukan milik 'MEREKA' sahaja ::



CooLCheF : Dah lama tunggu menu baru???

Menu Of The Day :

Buah PEACH bermanfaat untuk mencerahkan kulit.Cairan yang terkandung pada kulit buah peach ini akan membersihkan liang-liang kulit.Selain itu cairan tersebut mengandung zat astrigent alami sehingga dapat membuat kulit wajah menjadi tegang, sehingga menunda timbulnya kerut-kerut penuaan.


~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~