Nyawaku hancur luluh
dibekukan dalam acuan
ditanam di tanah Istanbul
di kawah bunga-bungaan renjisan air Zarkasyi
mentari dan bulan berkurun lamanya
adalah dua Istanbul...

Merhaba! Nasilsin? Semoga sihat dan ceria selalu.
Bermula dari bugün, lokanta ini akan menghidangkan mata anda dengan besin dan içmek dari serata dünya. Ketahuilah, salah satu pengetahuan am yang anda perlu miliki sebelum mengembara ke sesebuah tempat atau negara lain adalah makanannya, selain bahasa, matawang dan budaya di situ. Insya Allah entri ini akan dijadikan sebagai entri yang kekal, maka, kalau nampak saja tajuk ini, cepat-cepatlah baca ya! Harap ianya bermanfaat untuk anda!
Jadi untuk entri yang pertama bagi 'Lari-Lari Cari Rezeki' ini, didatangkan salah satu manisan yang diterbangkan khas dari Turki!
Sedikit maklumat berkaitan Pismaniye:
Sebutannya -Pishmaniye-. Berdasarkan fakta yang ditemui, ianya dicipta oleh Agop Efendi yang berketurunan Amerika pada kurun ke-19. Ianya merupakan hidangan yang aneh dan istimewa semasa Empayar Ottoman. Dikenali sebagai ' Gula-gula Kapas Turki ', ianya mengandungi campuran tepung, gula dan kacang pistachio. Pismaniye adalah pencuci mulut yang lembut, ringan dan halus. Di Turki, ianya seringkali dihidangkan di festival-fesival atau selepas pulang dari kembara yang lama. Maklumat lanjut boleh ditemui melalui enjin-enjin carian internet.
Kami berpeluang mencuba manisan ini ketika dihulurkan oleh rakan-rakan Turki yang baik hati semasa kelas Bahasa Arab untuk pelajar asing. Ustaz Hisyam Fath pun dapat. Hehe! Sedap! Memang itu tanggapan pertama aku ketika menyuapkan halwa itu ke dalam mulut. ( Bak kata MEES : " Engkau apa yang tak sedap? " ). Rasanya dan rupanya lebih kurang gula-gula kapas ( "Macam sarang burunglah" kata RULA. Aku tak pernah tengok apatah lagi makan sarang burung maka aku tak tahu ) tetapi lebih berlemak dan itu yang membuatkannya lebih unik pada lidah aku. ( TIFA puasa pada hari itu jadi dia cuma mampu menelan liur saja...hehe! Tapi dia makan juga semasa buka puasa ).
Rasanya memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata! Manis, lemak berkrim... Sedapnya....!!!(saja nak bagi anda terliur). Aku nak minta lagi pada Sumaiya tapi Pismaniye tu dah nak habis. Sedih. Kalau anda melawat Turki, jangan lupa mencuba manisan kapas ini! Kalau ada rakan dari Turki lagi bagus! Jangan segan-segan minta daripada dia. Ala...buatlah sistem barter, dia bagi Pismaniye, anda bagi cakoi. Cafe ini tak dapat nak hidangkan manisan ini sebab tukang masak dari Turki tersalah kapal terbang. Aku cakap Malizia (Malaysia), tapi dia sempat dengar MALI saja (talian terputus). Ha...duduklah engkau kat sana!
Ok...sampai di sini saja program kita pada hari ini. Bertemu lagi lain kali pada waktu dan hari yang berbeza! Te,sekkürler dan güle güle!
CooLCheF : Kamus Cafe
Merhaba : hai
Nasilsin : apa khabar?
bugün : hari ini
lokanta : restoran
besin : makanan
içmek : minuman
dünya : dunia
Te,sekkürler : terima kasih
güle güle : selamat tinggal
>> Bakal menerima kunjungan Sumaiya, Tuba, Salma, Rabiaa dan Bushra Ahad ini. Selamat datang!
>> Ada ke patut letak makanan Turki dulu? Patutnya letak makanan Maghribi dulu kan?
Menu Of The Day :
Pismaniye tu la!

Pişmaniye

~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~
No comments:
Post a Comment