~ Sya Lah Lah ~


What time is it?
Summer time!
What time is it?
Party time!




Hakikatnya, memang cuti musim panas adalah masa untuk berparti dan berjoli! Lebih-lebih lagi poket pun tengah penuh sampai melimpah-ruah (bukan hiperbola...). Rancangan diatur, ada juga yang tak dirancang, tapi jalan tetap jalan. Tempoh tiga bulan tidak akan dipersia-siakan.

Misi mencacak bendera Malaysia serta menjadi duta kecil negara sudah tiba.

Barisan pengembara muda mula mengorak langkah menjejak tamadun dunia!



ANTARA SYALAH DAN BAB SYALAH

" Bab Syalah, pakcik! " gelengan diterima. Hek eleh pakcik ni. Dekat je, itupun tak nak bawa. Tak nak duit ke? (cakap budak bajet kaya...). Teksi lain pula ditahan. Pemandu itu bernasib baik, kami tidak mengumpatnya kerana dia sudi membawa kami ke sana.

" Err..abang (muda sikit daripada tadi), tahu ke Bab Syalah di mana? Bukan lalu jalan sana ke? "

" Mestilah tahu. Bab Syalah tu tempat jualan macam-macam barang. " Jawab beliau dengan confirmnya.

" Eh, apa pulak! Bukanlah! Kami nak pergi tempat yang macam istana tu. Kubu lama! " Jawab aku pula dengan yakin sekali.

" Itu Syalah la, bukan Bab Syalah. Bab Syalah ni tempat jual barang-barang. Ada lima bab (pintu gerbang) di situ iaitu Bab Syalah, Bab..., Bab...(terpaksa lupa, ish! ish! ish!). Kalau kubu lama yang kamu kata tu namanya Syalah." terang abang itu.

Oh, macam tu rupanya. Siapalah yang buat cerita tipu dekat aku kata nama kubu lama tu Bab Syalah. Bukan Bab Syalah la, SYALAH!



Pintu masuk Syalah

CERITA 2 JAM

Syalah dianggap sebagai salah satu kawasan bersejarah yang penting di wilayah Rabat yang padanya ditemukan kesan mastautin manusia semasa awal era sejarah. Kedudukannya pula strategik di muara sungai Abi Raqraaq, menjadikannya salah satu pusat tumpuan yang utama.

Nama Sala termaktub sejak pretengahan kurun pertama selepas masihi dan digunapakai oleh penulis-penulis silam serta terdapat dalam piagam serta dokumen purba seperti matawang.



Kebarangkalian tempat ini merupakan bekas hamam adalah 90%


Bandar Sala mempunyai ciri ketamadunan tersendiri sejak zaman pemerintahan Raja Mori sebelum dijajah Rom dengan penemuan monumen seperti rumah ibadat. Bandar ini juga pernah mempunyai hubungan dagang dengan negara-negara Mediterranean dengan penemuan artifak seperti tembikar seramik dan duit syiling. Hubungan perdagangan ini seterusnya membawa kepada penempaan duit syiling yang termaktub nama bandar ini.

Terdapat juga kesan-kesan pembinaan awam ketika era penaklukan Sala di tangan Rom seperti rumah ibadat utama (capital), dataran umum, hamam, dewan majlis negara dan sebagainya. Selain itu, masih wujud lagi tembok yang menganjur dari Selat Mediterranean sehingga lembah 'Aqrasy yang dipercayai berfungsi sebagai pelindung bagi bandar Sala.



Tembok yang mengelilingi Syalah


Pada tahun 1284, Sultan Marini Abu Ya'kob Yousef membina masjid dan makam untuk dijadikan kawasan perkuburan diraja yang mana baginda dan isterinya akhirnya dikebumikan di situ.

Walaubagaimanapun, zaman kemuncak kegemilangan Syalah tidak dapat dikenalpasti melainkan pada zaman Sultan Abi Hassan yang membina sebuah tempat pengajian yang dikelilingi tembok dengan tiga pintu gerbang, dengan gerbang yang paling besar adalah di bahagian barat daya. Makam sultan ini berbeza dengan makam yang lain dari segi seni binanya dan perhiasannya yang diukir dan diwarnai.


Salah satu makam yang terdapat di situ. Agak...panjang?


Pada zaman Sultan Abi 'Annan, baginda memilih bandar Fes sebagai kawasan perkuburan baru bagi keluarga pemerintah. Bermula dari situ, kepentingan Syalah lenyap sedikit demi sedikit, namun keasliannya masih terpelihara sehingga kini.

Kesimpulannya, tempat ini memang terdapat banyak makam dan kubur.

Sejarahnya panjang lagi, tapi ini saja yang mampu ditulis.(alasan...)

Enjoy the photos!


Pelan Syalah

Eel pond aka wishing pond. Siapa yang percaya benda karut, bolehlah campak duit syiling ke atas batu yang terletak di tengah-tengah kolam tu. Yang nak seru belut yang gemuk, sila mintak daripada pakcik ni telur rebus!

Bahagian atas patung ini tak dapat dipastikan tercampak ke mana. Patung ini pun tidak diketahui samada untuk tujuan penyembahan atau sekadar perhiasan. Harap maklum.


Err...jamban?

Batu bersurat Syalah. Hanya Nico Robin yang tahu apa yang tercatat di permukaannya.

Bekas hamam yang disangka penjara..=P

PENJARA

" Eh, ni tempat apa ni? "

" Entah. Nampak macam penjara! "

" Penjara? " Ketika itu, macam-macam andaian bermain dalam fikiran kami. Bayangan banduan dikurung dan mati ketika dalam tahanan cukup membuatkan kami menelan air liur kegerunan.

" Apa kata kita pergi masuk tengok nak? "

" Eh, tak payahlah. Horror semacam je tempat ni. " Tak jadi kami nak masuk. Tiba-tiba datang seorang pakcik jaga dengan segelas teh di tangannya.

" Ooop. pakcik! Pakcik! Sorry kacau. Ni tempat apa ni? Penjara ke? Boleh ke nak masuk tengok? "
" Ini hamam daaa. Nak masuk? Boleh je, tapi dalam tu berkunci la. "

Owh, hamam. Dah agak da...Suka-suka cakap penjara. Pengajarannya, lain kali kalau tak tahu, tanya! Tapi, walaupun hamam, meremang jugak bulu roma ketika masuk ke tempat tu. Huuuuuuu.......

" Eh, pakcik! "

" Apa lagi? Haisy budak-budak ni! "

" Ni...teh tertinggal! Hehe! "


BLING$ BLING$ BLING$

Bayaran masuk : 10DH
Teksi dari stesen keretapi Rabat Ville ke Syalah : 13DH



:: wOrLd OdYsSeY ::



~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~

No comments: