Penunggang Burung Unta

Tajuk memang macam kartun.

Tapi ini bukan kartun.


Sebab aku memang betul-betul naik burung unta aka ostrich.

Tarikh : 28 April 2012 (Birthday Mak)
Tempat : Jelita Ostrich Show Farm (berhampiran Jabatan Veterinar, Jalan Pantai, Negeri Sembilan)
Bayaran masuk : RM8

Tanduk rusa : mercu tanda Jabatan Veterinar

First of all, tempat ni memang sangat dekat dengan Seremban, kawasan Paroi khususnya, dan agak mudah dicari. Jelita Ostrich Show Farm setempat dengan Jabatan Veterinar di Jalan Pantai. Masuk saja ke kawasan ini, ada tiga laluan. Terus : ke pejabat pengurusan jabatan veterinar dan kandang-kandang haiwan (flamingo, ostrich, seladang, etc...). Kanan : kandang haiwan kecil (monyet, ayam belanda, landak, merak etc...). Kiri : laluan inilah yang membawa korang terus ke Ladang Ostrich yang pertama di Malaysia!

Pintu masuk Jelita Ostrich Show Farm
Selepas membuat bayaran RM8, tourist guide berpengalaman 10 tahun akan membawa korang ke kawasan penternakan ostrich ni dan memberi penerangan semua tentang ostrich yang korang tak pernah tahu dan tak pernah nak ambil tahu! Walaupun aku bukan pencinta haiwan yang sejati, tapi maklumat yang diberi memang sangat menarik dan menambahkan lagi pengetahuan sampingan. =)

Kawasan yang luas, dan ostrich bebas pergi ke mana diorang suka. (Diorang boleh lompat pagar tu!)

Beberapa fakta menarik tentang ostrich (maklumat daripada tourist guide, kalau tak betul salahkan beliau) :


1) Ostrich adalah burung unta, manakala burung kasuari adalah burung emu. Maka, burung unta dan burung kasuari adalah berbeza.

2) Ostrich adalah haiwan rabun dekat, kabur penglihatan dalam jarak kurang 100 meter, tapi dapat melihat dengan jelas pada jarak satu kilometer!

3) Ada lima warna yang disukai oleh ostrich, antaranya warna kuning yang dianggap sebagai makanan seperti jagung (jadi jangan pakai baju kuning ke sini seperti orang dalam gambar di atas), warna/benda shiny; kerana ia akan mematuknya dan beberapa warna lagi (ok, aku mengaku tak ingat!).

4) Fakta yang mengatakan ostrich akan memasukkan kepala ke dalam tanah apabila takut hanyalah mitos semata-mata. Buktinya, tourist guide tak pernah melihatnya selama 10 tahun bekerja di situ. (Tapi tanah ladang ni keras, fikir aku).

5)  Ostrich jantan dapat dikenali melalui bibirnya yang merah dan bulunya yang hitam, manakala ostrich betina mempunyai warna bibir yang pucat dan kebiasaannya berbulu kelabu.

Dah dapat bezakan kan mana jantan mana betina?

6) Ostrich jantan boleh mempunyai 6-7 ostrich betina. Ostrich betina akan membuat bunyi untuk menarik perhatian ostrich jantan, kemudian ostrich jantan pula akan membuat 'tarian burung unta' untuk memikat ostrich betina. Selepas 'diterima', proses mengawan akan bermula.

7) Tugas ostrich betina hanya bunting dan bertelur, tugas selebihnya seperti mengeram dan menjaga anak akan diambil alih oleh ostrich jantan.

8) Hanya ostrich jantan yang boleh ditunggang. Disebabkan ostrich betina menyimpan telur di bahagian belakangnya, ia tidak boleh ditunggang, jika tidak ia tidak dapat bertelur buat selama-lamanya. Ringkasnya, ostrich betina memang tak berguna bak kata tourist guide tersebut. Huhu~

Dan sedikit fakta tentang emu :

Burung emu aka burung kasuari yang banyak di Australia

1) Berbeza dengan ostrich yang mempunyai dua jari kaki, emu mempunyai 3 jari kaki yang panjang dan berkuku tajam. Sangat tajam sehingga boleh dikatakan apabila seekor emu menyerang seseorang dengan menusuk perutnya menggunakan kuku kakinya, ia boleh menarik organ manusia tersebut keluar dari badan!

2) Emu akan menyerang orang atau makhluk yang lebih kecil daripadanya. Kuasa hentakan kakinya seberat satu tan, sehingga tourist guide men'describe'kan kekuatan hentakan kakinya sebagai " kalau dia tendang you, ianya tak akan membuatkan you terbaring di ICU, tapi akan terus membawa you masuk ke lubang kubur"!

3) Biasanya emu akan menyerang apabila diancam atau dikejar. Tapi, insyaAllah emu di ladang ini tak seagresif mana. =)

Aktiviti yang disediakan di Jelita Ostrich Show Farm


1) Memijak Telur Ostrich

Aku, dengan cita-cita untuk melompat atas telur ostrich atau menghempasnya ke tanah bagi menguji kekerasan sebenar telur ostrich, tapi tak berani nak buat, takut kena ganti, sebutir RM60 ok!

Telur ostrich diakui sebagai telur bercangkerang paling keras dalam dunia dan merupakan sel paling besar. Untuk memecahkan telur ini (nak buat omelette ke, telur mata kerbau ke suka hati koranglah), perlu menggunakan gerudi atau tukul. Jadi, bayangkanlah sekeras mana telur ostrich ini! Telur ini boleh menahan sehingga keberatan 200 kg manusia. Tapi, aku tak pasti sejauh mana kebenarannya sebab tak berkesempatan pula melihat orang seberat tu memijak telur ostrich.

2) Menunggang Burung Unta

Secara jujurnya, ini memang aktiviti yang aku tunggu.

Here comes ostrich rider!
Mata ostrich ditutup supaya dia tak lari jauh (sebab semua penunggang adalah beginner, takut terhumban). Disebabkan ostrich ini jantan, maka dia agak berat sikit nak bawa lelaki. Pekerja situ kena tolak dia nak suruh dia berjalan!

Walaupun hanya dapat menunggang selama seminit (atau kurang?), aku agak puas hati sebab dapat sijil. Ayah aku yang tak naik pun dapat sijil!

Weee. Gonna be a certificate collector in travel-things. Yehooo!
3) Ostrich Race

Aku memang frust gila bila diorang kata ostrich race untuk orang yang dah mahir sahaja. And guess what? Untuk menjadi professional ostrich racer, korang kena training sekurang-kurangnya sebulan! And you want me to come to this place every day? Yeah, wait till I've nothing else to do in this world. Man, really frustrating~

Fast, you BIG BIRD! Or I'll chop who come last!

Oh, I guess tu saja kot our activity at ostrich show farm. After that we went to 'mini zoo' under Jabatan Veterinar. Ada some of them yang aku never seen before. It's interesting though.

Guine fowl, native to Africa. Aku tak tahu bmnya apa.
Sonic the Hedgehog! See, ada baby lagi. So cute. Baru aku tahu muka landak macam tikus mondok!
Flamingo! Tapi aku sangsi kenapa bukan warna merah jambu? Hmmm. Oh, and theyre sleeping i think. Look, one of them raise its leg. LoL.

In a nutshell, this is one of the suitable place to visit to for the whole family.
(Ayat kesimpulan karangan budak sekolah)

2 comments:

bahIRAh said...

hai salam. sy tengah cari info pasal ostrich farm ni and sampai ke blog awk.

bole terangkan tak cmane nak pegi sane? thank u!

Khudri halim said...

Dia bgi naik sekejap je ke?
Seremban kawasan mana ek