POSTER EKSKLUSIF SUKMA!!!

AKTIFKAN DIRI
POSITIFKAN PERIBADI


Termaktub sudah moto biro sukan, rekreasi dan kebudayaan ( SUREYA ) bagi sesi 2008/2009. Sebagai seorang ahli jawatankuasa dalam biro ini, indahnya dunia bagai ana yang punya apabila tiadanya kerja yang perlu dilaksanakan. Almaklumlah, biro sukan. Bukannya setiap bulan ada program yang berkaitan dengan sukan ataupun rekreasi. Kebudayaan jauh sekali.

Justeru apabila biro SUREYA mula membuka lebar sayapnya pada gerbang April 2009 dengan sukan Malaysia ( SUKMA ) sebagai taruhan, diri mula diasak dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu diutamakan. Benar. Tiada sesiapa yang gemarkan pikulan amanah, apatah lagi beban yang melebihi kemampuan, namun tanggungjawab itu tetap adalah tanggungjawab. Amanah itu bukan diberi secara paksaan mahupun rambangnya pilihan, tetapi atas dasar kepercayaan kepada yang bakal memikulnya.

Pengalaman semasa zaman persekolahan sukar disamakan dengan situasi sebagai mahasiswa. Dahulunya, kuasa veto tidak dipersiakan untuk memberikan arahan. Mudah. Tiada bantahan. Kini, risiko bangkangan itu amat mudah kedapatan. Dulu, hanya memberi arahan pada mereka yang sebaya dan mereka yang lebih muda. Kini, kerjasama yang diperlukan daripada yang seusia, lebih muda dan yang lebih dewasa. Dulu, arahan dikeluarkan secara sua muka, namun sekarang alam maya sebagai medium utama. Jujurnya, secara berdepan lebih saya gemari berbanding atas talian. Tapi, saya memang amat suka akan kerja saya kini... :)>- (sila copy paste simbol ini di ym )

Cukup omelan.


















SUKMA 2009


Bahangnya terasa. Aku je kot yang rasa. Hehe! Gelanggang Kenitra sudah bersedia menerima kunjungan 4 delegasi dari wilayah OREN, COKLAT, UNGU dan MERAH JAMBU. Detik 1 dan 2 April 2009 akan menyaksikan satu lagi sejarah bakal tercipta.

SEJARAH...kerana ianya adalah peperangan tanpa pertumpahan darah.
SEJARAH...kerana ianya adalah pertempuran tanpa penggunaan senjata pemusnah.
SEJARAH...kerana ianya adalah perlawanan yang merapatkan ukhuwah.

Saksikanlah dan sertailah...


4 PASUKAN
3 PERMAINAN
2 LEMBARAN
1 TUJUAN





Pemerincian gambar:

1) Merah Jambu : MJ bukanlah bermaksud Michael Jordan mahupun Michael Jackson. Kalau Mat Jenin pulak...

2) Oren : Perhatikan garpu itu betul-betul. Ianya adalah garpu 4 mata dan bukannya 3 mata, dan ianya bukan berwarna merah! Tapi berkemungkinan mereka itu licik...

3) Coklat : Tiada kuda. Mereka bukanlah seorang kesatria walaupun gaya seorang pahlawan meja bulat itu sudah ada.

4) Ungu : Walaupun mereka menggunakan chopstick, bukanlah bermakna mereka adalah Jackie Chan mahupun klonnya.


Hehehe...komen dan kritikan daripada anda semua amatlah dialu-alukan. Ermm..lembaran itu bermakna 'hari'. Nanti kalau tulis hari, tak sedap pula dengar. Selamat bersukan dan selamat melakukan perkumuhan. Selamat berSUKMA!!!

CooLCheF :

Patutkah aku mempromosikan poster kelakar ini di pmmmgroup???
-soalan khas daripada penaja-



~ 4 SKUAD WIRA BERTEMU DI ARENA ~






No comments: