Honey + Bee = Honeybee

Roses are red
Violets are blue
HONEY is sweet
And so are YOU!!!


Wah, lepas beberapa 'kurun' berlalu, akhirnya segala sarang dapat dibersihkan; sarang labah-labah (tentunya!), sarang burung (yummy!) , sarang semut (telan liur...) , sarang lebah...

Erm...apa yang menarik pasal sarang lebah? Cakap pasal lebah teringat BEE MOVIE. Cakap pasal Bee Movie terfikir MADU. Cakap pasal madu terbayang cerita P.Ramlee...hehehe!

Selepas membuat kajian selama beberapa jam tentang lebah dan madu, maka beberapa penemuan telah dapat ditemui.


MADU LEBAH MERENTAS MASA DAN SEJARAH

@ Menurut sejarah Islam, penggunaan madu lebah dalam perubatan sangat masyhur dan bertepatan dengan Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl.

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِى مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ الثَّمَرَتِ فَاسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَآءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِى ذلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

And your Lord inspired the bee, saying: "Take you habitations in the mountains and in the trees and in what they (humans) erect.''
"Then, eat of all fruits, and follow the routes that your Lord made easy (for you).'' There comes forth from their bellies, a drink of varying colors, in which there is a cure for men. There is indeed a sign in that for people who reflect.

Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah : " Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia ". Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.


@ MADU LEBAH sudah dikenali selama lebih 40 kurun. Pada zaman Mesir purba, cukai dibayar menggunakan madu, manakala pada zaman Yunani dan Rom, madu merupakan simbol kesuburan, cinta dan kecantikan. Ianya juga melambangkan kekuatan dan kejantanan.

@ Manusia pada zaman dahulu menganggap lebah sebagai makhluk yang misteri dan ajaib kerana keupayaannya menghasilkan madu yang dianggap minuman para dewa.

@ Dalam mitos Yunani ada menceritakan tentang dewa cinta yang mencelupkan anak panahnya ke dalam madu untuk melumurkan hati para kekasih dengan kemanisan.

@ Duit syiling pada zaman Yunani juga dicetak dengan gambar lebah pada permukaannya!


@ Cendekiawan perubatan Rom menggunakan madu lebah agar pesakit tenang dan memudahkannya tidur lena.

@ Bertahun-tahun rahsia penyanyi Opera Itali menggunakan madu untuk rawatan sakit tekak dan melegakannya agar dapat menyanyi dengan merdu.

@ Perang dunia kedua menyaksikan doktor-doktor Jerman menggunakan campuran madu lebah dan limpa ikan kod terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat bertahan dan meneruskan perang.



FAKTA MADU DAN LEBAH


@ Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih,kuning cair,kuning pekat/jingga,oren kecoklatan,coklat dan hitam.

@ Berapakah sayap yang dipunyai oleh seekor lebah? Jawapan: 4

@ Berapa banyak mata yang dimiliki oleh lebah madu? Jawapan : 5


@ Berapakah jumlah maksimum ratu lebah akan bertelur dalam sehari? Jawapan: 3000

@ Berapakah kelajuan lebah madu terbang? Jawapan : 15-20 batu per jam.

@ Berapa kali lebah mengepakkan sayapnya dalam masa 1 minit? Jawapan: ~ 11,000 kali.

@ Bagaimana lebah berkomunikasi dengan lebah lain? Jawapan : Melalui tarian lebah. Iaitu lebah akan bergerak seolah-olah seperti menari mengelilingi lebah lain. Tarian ini akan berubah-ubah mengikut kod dan sudut tertentu yang merupakan isyarat untuk menunjukkan kedudukan nektar dan pollen dari bunga dan jarak kedudukannya. Lebah juga menggunakan 'pheromones' untuk menarik perhatian lebah lain.

@ Ada berapa jenis lebah? Jawapan: 3 (Ratu, Pekerja dan Jantan)



MADU LEBAH MENURUT KITAB


AL QUR’AN

Dalam surah An-Nahl ayat 68 dan 69.
Dan diriwayatkan juga dalam hadis nabi :

قال رسول الله صلي الله عليه و سلم
" عليكم بالشفائين : العسل و القرآن"


Dari Abdullah bin Mas’ud r.a Rasulullah saw bersabda:

"Gunakanlah dua penawar ini, iaitu MADU dan Al-Qur’an."



عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

" من لعق العسل ثلاث غدوات كل شهر، لم يصبه عظيم من البلاء "


Dari Abu hurairah r.a Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang menjilat MADU 3 kali dalam sebulan dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."

KITAB...(tak dapat dikenalpasti kitab apa,kemungkinan Taurat)

Dalam Amsal 16:24

Perkataan yang menyenangkan adalah seperti sarang MADU, manis bagi hati dan ubat bagi tulang-tulang.

Dalam Amsal 24:13

Anakku, makanlah MADU, sebab itu baik : dan titiskan MADU manis bagi langit-langit mulutmu.


AYURVEDA

Ayurveda atau "Ilmu tentang kehidupan" yang berakar dari Kitab Veda menggabungkan konsep alami dan herba untuk penyembuhan penyakit dan telah dipraktikkan 4000 tahun Sebelum Masehi.

Ayurveda mempunyai bahagian penting iaitu Rasayana (Peremajaan) yang 100% terdiri dari bahan alami, MADU merupakan komponen yang penting. Disebutkan bahawa Rasayana disiapkan dengan MADU dan ghee (mentega yang dimurnikan) kerana potensi dan preservasi herba secara permanen terikat pada MADU dan ghee.


TRIPITAKA

Dalam ajaran agama Buddha ada 5 jenis ubat yang boleh digunakan oleh para bhikkhu setelah makan siang, salah satunya adalah MADU. Selama 3 bulan para bhikkhu dan bhikkhuni yang bermeditasi tidak menggunakan apapun kecuali MADU.

Vinaya Pitaka, Mahagavva VL208 15-10.

Beberapa jenis ubat yang dipakai oleh bhikkhu yang sakit adalah...MADU.



WEDA

Dalam Artharvaveda X11.3.44 MADU dicampur dengan (ghee) mentega yang dimurnikan (disajikan kepada tamu) menyehatkan.

Dalam Artharvaveda 11.3.1 Minumlah ghee (mentega yang dimurnikan), MADU dan susu baik untuk kesihatan.


Itulah hasil kajian selama beberapa jam. Amat-amat memuaskan, kan? hehe...

Nak tengok gerak kerja lebah secara live dan perkara-perkara berkaitan madu bolehlah menonton BEE MOVIE yang rasanya dah tak ada lagi dekat pawagam yang berdekatan mahupun berjauhan.

CooLCheF :

Teringat waktu pertama kali makan sarang lebah dekat rumah MIRAN AICHA. Dah lama tak jumpa beliau. Kahwin tak ajak aku kan?! =P

Semoga dapat cahaya mata laut madu berpantai gula. Ameeeeen.

Menu Of The Day :

Err...madu tu sudah cukup manis encik! Nanti tambah menu lain tak pasal-pasal kena kencing manis. Kasi potong...dia punya kaki!


Rujukan :

AlQuranul Kareem berserta tafsir

http://www.MaduLebah.com.my

http://maduiran.tripod.com/id6.html

http://www.madu.com.my


~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~


No comments: