~ALLAHU AKRAM~

awalnya RAHMAT
pertengahannya MAGHFIRAH
dan penghujungnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA


bersama ke arah Ramadhan yang berbeza


Dengan riang hatinya, penyimpan mohor besar pemilik cafe dengan ini mengisytiharkan bermulanya PUASA!

Puasa, jangan ponteng! Umur dah berapa? Jomlah puasa! Amalan yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas sejak zaman berzaman!


يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
O you who believe! Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may acquire Taqwa

Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
{ Al-Baqarah : 183 }


Apa? Gastrik? Sakit perut? Nak 'big exam' bulan puasa ni? Tak tahan tengok nasi yang comel melompat-lompat depan mata minta dimakan? Sebutir beraskan...ibarat setitik peluh petani! Wah...cayalah!

وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
and whoever is ill or on a journey, the same number [of days which one did not observe Sawm (fasting) must be made up] from other days. Allah intends for you ease, and He does not want to make things difficult for you. (He wants that you) must complete the same number (of days), and that you must magnify Allah [i.e., to say Takbir (Allahu Akbar: Allah is the Most Great)] for having guided you so that you may be grateful to Him.)

dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu dia berbuka maka wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain (di luar bulan Ramadhan). Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan (dengan ketetapan yang demikian) dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran ; dan juga supaya kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), serta kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
{ Al-Baqarah : 185 }

See, SAKIT atau MUSAFIR. Sakit kat sini lebih merujuk kepada ORANG TUA yang memang tak larat langsung nak berpuasa, TAPI...ha, ada tapinya, walaupun tak berpuasa, dia kena bayar fidyah (kira untuk tebus puasa la) dengan memberi makan kepada orang miskin.

Plus +++ :

Gastrik : Relaxlah, sahurkan ada. Susah nak bangun? Yang kau pergi tidur lambat layan cerita hantu + main game tu buat apa?

Big Exam : Apa kaitan nak ambil exam dengan puasa? Kalau tak puasa, 1000% gerenti ke dapat full A1 + jadi best candidate seluruh Malaysia? Dahlah dewan periksa berkipas + beraircond, itupun LEMBIK ke wei?


Nasi comel yang melompat-lompat : Jangan bagi dia skipping, so tak adalah dia melompat-lompat dan dah tentu dia tarik muka seposen, so tak adalah anda tertarik nak mentekedarah dia...easy huh?



MINAL 'AIDEEN WAL FAIZEEN
...dari kalangan mereka yang pulang dan mereka yang berjaya.

Pulang kepada fitrah asal manusia, menunaikan kewajipan seorang hamba kepada Tuhannya yang Maha Agung, dan berjaya menyempurnakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Maka Aidilfitrilah hadiah kemenangan bagi mereka.

Sebab tu, orang tak puasa, tak boleh raya. Sebab dia gagal, tak menang apa-apa. Orang gagal mana dapat hadiah kan?

So, jom kita pakat puasa ramai-ramai! Mari menggolongkan diri dalam golongan orang-orang yang BERJAYA dan orang-orang yang GEMBIRA!



There are two occasions of JOY for one who fasts : one when he breaks the fast and the other when he will meet his Lord.

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:(Allah SWT bersabda: Setiap amalan anak Adam itu adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberikan balasan secara khusus untuknya. Puasa itu adalah perisai. Apabila ada di kalangan kamu yang berpuasa, maka janganlah berkata-kata yang keji dan janganlah kamu mudah menjadi berang. Jika kamu dicela oleh seseorang atau diajak bergaduh, maka katakanlah: sesungguhnya aku berpuasa. Demi (Tuhan) yang jiwa Muhammad itu di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih elok di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang-orang yang berpuasa itu dua KEGEMBIRAAN. Apabila beliau berbuka, maka beliau berGEMBIRA dengan berbukanya itu. Dan apabila beliau bertemu dengan Tuhannya, maka beliau GEMBIRA dengan puasanya). Muttafaq ‘alayh dengan lafaz oleh al-Bukhari.


CooLCheF :

SALAM RAMADHAN KAREEM
ALLAHU AKRAM!

selamat menyambut Ramadhan yang mulia
Allah jua yang lebih MULIA!


Menu Of The Day :
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir TAMAR setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".


~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~

No comments: