wOrlD oDysSeY

PATAH KAKI
bila jalan tak reti nak berhenti


Salam benua!

Erm...new title lagi. Ingat tak? Tak ingat tak apa. Dalam entri pertama, aku pernah taip yang aku suka both FOOD and ADVENTURE. Tapi bila belek-belek 'muka surat' cafe aku ni, kenapalah aku tak pernah tulis pasal ADVENTURE? Ini tidak adil! Jadi, untuk berlaku adil kepada diri aku, aku dengan suka-sukinya ingin memenatkan jari menaip episod-episod kembara aku yang penuh dengan kegembiraan dan keinsafan (ceh...).

Kalau anda belum pernah dengar atau tengok atau tawan tempat-tempat ni, maka aku dengan berbesar hati boleh menjadi tourist guide berbayar anda. Haha. Kepada yang dah pernah pergi atau yang dah nak terjeluak dah asyik-asyik rayau tempat-tempat tu, aku amat-amat menghargai dan berterima kasih kepada mereka yang tak jerit kat shout box tu : "eleh, dah pernah pergi dah tempat ni...baru nak pergi ke dia ni?" Hehe...no hard feelings okay?


BEZA MENGEMBARA DAN MELANCONG

Apa beza antara mengembara dan melancong?

Ada yang anggap sama. Ada yang kata, mengembara ni mencabar sikit, melancong pula sekadar cuci-cuci mata, ambil gambar sini-sana. Ada pula yang bila sebut kembara, terus terbayang masuk hutan, panjat gunung, bawak beg besar-besar isi batu lagaknya. Melancong pula setakat sangkut kamera di leher, petik sana petik sini, pose sana pose sini, pegang peta beria padahal tempat dia pergi tu kecik saja. Semua ni adalah tanggapan aku juga.

Tapi bila aku baca, aku sendiri alaminya, aku baru tahu yang kembara dan melancong tu bukan perkara yang sama, berbeza cabangnya.

Melancong tu hanya sekadar melawat tempat, bersuka-ria, merakam gambar. Sekadar untuk memenuhkan masa lapang dan cuti, bila balik mulalah bercerita betapa seronok atau bosannya tempat itu.

Tapi, bila cakap pasal kembara pula, ia sedikit berbeza. Kembara juga melawat tempat, beriang-ria, melompat depan kamera, berkongsi cerita suka duka selepas pulang. Namun perlu ditambah sedikit rencah dalam kembara; iaitu ILMU.

Keinginan untuk mengetahui sejarah sesuatu tinggalan, kemahuan untuk mengkaji jawapan kepada sebuah persoalan, kesedaran untuk menghayati dan mempelajari sebab jatuh bangunnya sebuah tamadun yang pernah mengecap kegemilangannya pada suatu zaman; itulah ilmu yang diperlukan agar kembara tidak lagi dinamakan pelancongan, bahkan satu perjalanan yang mendidik insan.

Semoga segenap zahir dan batinku punya kudrat dan nafsu untuk menawan bumiMu menjejak ilmu.


HIKMAH KEMBARA

mirwana

Di sini kau berdiri berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa
Berjalan bermusafirlah…
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia
Tiada beza warna kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah…
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan…

Fikirkanlah…ke mana arah kita
Renungilah…ooo
Hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita kepadaNya…
Ini kembara kita
Berjalan dan bermusafirlah…
tuk melihat kebesaranNya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia…


:: wOrLd OdYsSeY ::


~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~

No comments: