KroNoloGi aIDiL adHa Di cAsaBLancA 2

Tahukah kamu?
Yang kamu TAK TAHU?



JENIS-JENIS KAMBING KORBAN (di Maghribi)

1) Sardi سَرْدِي : jenis kambing terbaik untuk korban. Antara ciri-cirinya, mukanya putih dan mulutnya hitam. Majoriti masyarakat Maghribi memilih baka ini sebagai pilihan utama untuk sembelihan.

2) Sahrawi صَحْرَوِي : dinamakan sedemikian kerana jenis kambing ini berasal dari sahrak.

3) Damman (ejaan arab tak dapat dipastikan) : kurang maklumat tentang kambing jenis ini.

4) Ma'az مَعْذ : ini kambing bergaya, sebab ada rambut!


jenis Sardi...jenis lain tak ada gambar

Inilah kambing-kambing pilihan untuk Aidil Adha setakat pengetahuan aku yang cetek ilmu ini. Sebab, ini pertama kali aku dengar adanya berjenis-jenis nama kambing dan ada pula baka yang terbaik untuk dikorbankan. Kambing yang dihadiahkan kepada kami adalah dari jenis Sardi (bukan adik-beradik sardin). Patutlah keluarga arab yang tolong menyembelihkannya tak habis-habis memuji kambing kami. Ala, mereka lagilah...seekor lembu dan 2 ekor kambing! Memang keluarga duit bersepah! (kayalah maksudnya...).

Jadi, anda tergolong dalam jenis mana? Eh, KAMBING anda tergolong dalam jenis mana?



PERAH SUSU LEMBU KORBAN


Macam pelik saja bunyinya. Perkataan 'korban' sengaja ditambah untuk menyelaraskan tajuk. Hehe...Pernah berpengalaman memerah susu lembu? Bagi anak petani atau peladang berjaya, mungkin ianya bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa, namun bagi anak-anak yang tak pernah merasa hidup berselubung bau bendang, ladang dan kandang, ianya pasti memberikan kenangan yang mengujakan!

macam ni perah...

Sudah lama kami ingin mencuba memerah susu lembu di badiah sejak duduk di Morocco ini. Dan, baru-baru ini kami berpeluang melihat susu lembu diperah secara 'live', tapi masih tidak berpeluang untuk melakukannya sendiri. Nak pergi dekat dengan lembu pun takut, apatah lagi nak perah susunya!

hasil tenusu

ATURAN HIDANGAN KORBAN

Hari PERTAMA :

1) Harirah : ini memang hidangan wajib di pagi raya. Sejenis bubur yang dimakan, diminum, dihirup selepas selesai sembahyang raya. Bahan-bahannya terdiri daripada bawang, tomato, tepung, kacang 'adas, kacang kuda, sya'riah, daun ketumbar dan daging atau ayam. Rasanya? Tak payah cerita...memang tangkap leleh~



lagi sedap makan harirah kalau tambah kammun + milh...walaa!

2) Organ dalaman : selepas upacara menyembelih (macam seram je bunyi...huhu) bahagian pertama yang dimakan adalah organ dalaman. Lahm akan disimpan dahulu kerana masih panas yang boleh memberi kesan kepada kesihatan (terutama bagi mereka yang lemah antibodi atau daya tahan tubuh).


Biasanya organ dalaman seperti kabid, qalb, ri-ah, syahm dan tihal akan dipanggang dahulu di atas fahm sehingga setengah masak (keluarlah darah-darah sikit...nyum!nyum!nyum!). Kemudian dipotong kecil-kecil dan dicucuk dengan batang besi secara berselang seli (qalb, ri-ah, syahm...) ataupun bahagian-bahagian seperti kabid dan tihal dibalut dengan syahm, lalu dipanggang di atas fahm sehingga masak.


Maka, jadilah ia kutban aka sate. Tapi, mungkin aku lebih suka kutban (bukan lupa daratan ok). Kutban ini akan dimakan dengan khubz bulat dan tambah menyelerakan kalau dicicah dengan kammun dan milh berserta hidangan sampingan iaitu salatoh. Fuh, memang melelehlah~ Berminyak-minyak mulut dibuatnya.


sate Morocco

Aku memang PENCINTA SYAHM!

Hari keDUA :

1) Hari kedua pula hidangan batn menanti. Batn masak taqolliah! Juga dimakan dengan khubz. Khubz adalah makanan asasi masyarakat arab sepertimana aruz menjadi makanan ruji penduduk asia. Jadi, tidak dapat tidak, kena makan juga. Taqolliah ini adalah sejenis masakan berkuah. Menyerupai tojin, tapi sedikit berbeza. Makanan ini juga lazat tapi bau batn lembu agak kuat.

Ketika menjamah hidangan batn itu, terbayang batn lembu masak lemak cili api dengan rebung. Wahhh, nak balik Malaysia!!!

Sorry, no picture available!

2) Raks dan aqdam kambing! Ha, dekat Maghribi ini, semua bahagian binatang korban tak akan dibuang, semua akan dimakan! Berlainan dengan masyarakat Malaysia yang umumnya tidak memakan raks dan aqdam kambing atau lembu, orang arab Maghribi mempunyai cara tersendiri untuk memasak kedua-dua bahagian itu.



Raks dan aqdam akan dibakar di atas fahm sehingga menjadi hitam dan kulit mengelupas. Setelah itu, barulah ianya dihidangkan dengan kus-kus. Kami belum pernah lagi berpeluang merasai raks dan aqdam kambing walaupun teringin juga untuk mencubanya. Ermm...

upacara bakar-membakar...

...di hadapan JAMI'AH!

Oh ya, qarn tak dimakan ya!

Hari keTIGA :

Pada hari ini, barulah lahm akan dikeluarkan dari peti-peti sejuk dan dimasak. Masakan yang tak lain tak bukan - TOJIN! Diambil sempena nama bekas tanah liat yang digunakan untuk memasak makanan ini.



Merupakan salah satu makanan termasyhur di Maghribi selepas kus-kus. Lazimnya, tojin lahm ini akan dimasak dengan barquq dan misy-misy. Tojin lahm merupakan antara makanan Maghribi kegemaran CAFE OWNER! Jadi, kalau dah gourmet's favourite tu, faham-fahamlah macam mana sukarnya nak gambarkan perasaan memakannya!

tojin lahm+barquq+misy misy+telur rebus..fuhh!


Licin tojim lahm berbanding tojin dajaj~

Hari keSIMPULAN :

Ini adalah aturan hidangan secara umum yang diinfokan kepadaku oleh rakan jami'ah; Hanan. Tak semestinya, diulang, TAK SEMESTINYA semua keluarga di Morocco ini mengikut aturan ini. Ada juga kami makan lahm pada malam hari pertama raya dan kutban pada hari raya kedua. Tapi majoriti masyarakat Maghribi berbuat demikian. Inilah yang dinamakan tradisi dan budaya.

Setiap negara mempunyai ciri kebudayaan tersendiri. Sebab itulah, kita digalakkan untuk mengembara di atas muka bumi ini untuk mengetahui keagungan Allah yang telah mengaturkan segala-galanya dengan cukup sempurna dan mengagumkan. Apa istimewanya kalau pergi ke Rusia dengan bercakap bahasa Melayu? Atau makan nasi lemak di Jepun selama duduk di situ? Atau membeli-belah di Perancis dengan ringgit Malaysia? Lebih baik duduk di Malaysia kerana semua negara sama sahaja tradisinya!

Jadi, kepada mereka yang berpeluang menawan negeri orang, hargailah detik-detik berharga anda dengan sebaik-baiknya. Masa yang ada jangan hanya digunakan untuk melancong sahaja, tetapi berusahalah untuk mempelajari budaya sesuatu bangsa. Pengalaman adalah guru yang paling baik!


Itu dia ceramah percuma daripada CAFE OWNER kita. Diharapkan para pembaca mengambil pengajaran dan iktibar. Walaupun agak terlambat, kami krew-krew CREAMMYFIODESI mengucapkan...

مبروك العيد
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H!



CooLCheF : Kamus Café

Sahrak صَحْرَاء : padang pasir

Badiah بادِيَة : kampung, pedalaman

Sya'riah شَعْرِية : mee, makaroni

Lahm لَحْم : daging

Kabid كَبِد : hati

Qalb قَلْب : jantung

Ri-ah رِئة : paru-paru

Syahm شَحْم : lemak

Tihal طِحال : limpa

Fahm فَحْم : arang

Khubz خُبْز : roti

Kammun كَمّون : jintan

Milh مِلْح : garam

Salatoh سَلَطَة : salad

Batn بَطْن : perut

Aruz أرُز : nasi

Raks رَأس : kepala

Aqdam أَقْدَام : kaki (kata ganda)

Kus-kus كٌسْكٌسْ : sejenis masakan daripada bijirin yang khas, dimakan dengan daging atau ayam, dan dihidangkan setiap hari jumaat selepas sembahyang jumaat

Qarn قَرْن : tanduk

Barquq بَرْقوق : buah prun atau plum (di Malaysia dijual dalam tin dan dikenali sebagai 'Sunsweet')

Misy-misy مِشْمِشْ : aprikot

Dajaj دَجاج : ayam

p/s : Entri-entri sempena raya haji ini banyak memberi anda perkataan baru. Selamat mempelajari bahasa syurga! The Language of Paradise~


~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~


No comments: