korban itu besar ertinya
korban itu banyak hikmahnya
korban itu bermacam-macam rupa
korban itu apabila...
korban itu banyak hikmahnya
korban itu bermacam-macam rupa
korban itu apabila...
MALAM ADHA
Waktu Maghrib...satu panggilan telefon telah menukar satu kekosongan kepada sebuah kegembiraan dan keterujaan.
" Ada orang nak bagi kabsy kepada antum! " suara rakan yang duduk sebelah di jami'ah kedengaran gembira di hujung corong.
" Kabsy atau daging kabsy? " Dub dab dub dab.
" Kabsy! Malam ini juga dia akan datang. Dia tunggu di hadapan jami'ah. "
Wahhh...
Patutlah semua keluarga, ya, SEMUA KELUARGA yang berkemampuan di Maghribi ni pasti akan membeli sekurang-kurangnya seekor kabsy untuk dikorbankan pada hari yang mulia ini. Ada satu kegembiraan yang sukar untuk diungkapkan...
Banyak kali kami ditanya:
" Hal isytaraitum alkabsy? " ( Beli kabsy tak? ) Kami menggeleng.
" Limaza? " Isy, soalan LIMAZA inilah yang paling menyampah sekali untuk dijawab. Jadi, nasihat untuk anda semua, kalau nak tanya orang, cuba elakkan perkataan LIMAZA, ok?
Maka, jawapan popular kami : " Laisa 'indana annuqud " ( no money no tell la...) mana taknya, seekor kabsy boleh mencecah harga sehingga 3000 dirham! (+- RM 1500), manalah foreigner student macam kami ini mampu...( baca dengan nada girang! )
Jawapan dalam hati : " Bukannya wajib pon... " tapi kami tak cakap secara lisanlah, atau satu perdebatan yang memakan masa akan terjadi.
Tapi, apabila kami diberi, atau lebih tepat lagi DIHADIAHKAN seekor kabsy, satu keterujaan menjengah perasaan. Terasa Aidil Adha kali ini bertambah meriah!
Yeah, yeah! Korban!
PAGI ADHA
" Mereka ni tak pergi sembahyang rayakah? " Sambil melihat beberapa orang yang memegang sejadah berjalan bertentangan arah masjid.
Kami memandang mereka pelik. Mereka memandang kami hairan.
Orang ramai di rahbah juga memandang kami hairan.
Perjalanan diteruskan. Ada sesuatu yang tak kena...
Beratus-ratus orang berpusu-pusu di jalan raya. Semuanya melawan arus. Dan hampir kesemuanya memandang kami HAIRAN...
" Siapa sebenarnya yang tak sembahyang raya ni? " Sejadah di tangan disorokkan.
Err...
HIDANGAN ADHA
" Nah, makanlah ni. " Sepotong daging yang lembut dihulurkan kepada setiap seorang dari kami.
" Sedapnya! Apa ni? " Jari dijilat, menikmati daging lembut itu.
" Testicule kabsy! "
Gulp... ( bunyi 'daging lembut' ditelan tanpa dikunyah )
SUJA ADHA
" Macam mana boleh jadi macam ni, ni? " Kami berpandangan sesama sendiri. Lain yang nak dibuat lain yang jadi. Anehnya, transformasi itu amat menakjubkan.
" Geramnya! Kenapa air suja aku jadi TAU FU FA pula ni???!!! "
Musykil...musykil...
CooL CheF : Kamus Cafe
Adha أَضْحَى : asal daripada perkataan dahiyyah ضَحِيَّة yang bermaksud korban atau sembelihan korban.
Kabsy كَبْش : kibas, sejenis kambing.
Antum أنتم : kamu semua
Jami'ah جَامِعَة : universiti
Limaza لِمَاذَا : kenapa? mengapa? usah ditanya~
Rahbah رَحْبَة : kandang menjaga haiwan ternakan ( kabsy, lembu etc... )
Testicule ( french ) : cari sendiri di enjin carian...
Suja صُويَا : soya, orang sini sebut suja
~to be continue...~

~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~
No comments:
Post a Comment