Malam semakin larut. Salji semakin tebal.
Kepulan-kepulan kabus keluar dari bibir mungilnya.
Sekotak mancispun tidak berjaya dijual.
Dingin salju menembusi lapisan pakaian yang robek di sana-sini,
menggigit hingga ke tulang sum-sum.
Sebatang mancis digores, dinyalakan...
datanglah wahai kehangatan!
**********
7 orang pakar pembuat patung salji ingin mendaki gunung...
Mereka menaiki sebuah kenderaan yang dipanggil 'kereta kabel'...
Kenderaan ini sungguh ajaib! Ianya dapat terbang di angkasa dengan kelajuan yang sekata. Ianya juga dapat membuatkan penumpangnya mengingati Pencipta setiap kali ia terhenti di tengah-tengah udara! Terbukti, ianya lebih hebat daripada kereta labu Cinderella.
Kenderaan itu membawa mereka melepasi awan. Umpama pokok kacang yang membawa Jack naik ke langit.
Mereka terjumpa sebuah binaan yang bukan milik bidadari kayangan mahupun raksasa. Di atasnya tertulis 'Oukaimden : 3260 meter'
Mereka bersyukur kerana tidak bertemu Yeti seperti yang dijangka, malah bertemu tiga adik-beradik Narnia tanpa ditemani Aslan, singa mereka.
Adik-beradik Narnia akhirnya menjemput mereka menaiki baghal (kacukan keldai dan kuda) setelah penat memujuk 7 orang pembuat patung salji itu yang berkeras nak menunggang faun dan singa.
Mereka dibawa ke istana milik White Witch yang tak ada di istananya kerana pergi bercuti musim panas di Malaysia.
Mereka dihidangkan dengan minuman yang istimewa yang merupakan hidangan khas kerabat witch iaitu ' air batu sirap '.
*AMARAN! Ini bukan iklan minuman keras!
Setelah menghabiskan hampir satu bongkah iceberg untuk dibuat air batu sirap, merekapun memulakan kerja dan berjaya mencipta sebuah patung salji dalam tempoh kurang satu jam. Hasil tangan itu akhirnya menjadi satu masterpiece yang masyhur seantero dunia. Mereka amat gembira dan they lived happily ever after.

Brrrr.......yeah, it's cold up here! Badan berjaya diselamatkan dengan 6 lapisan baju! Tapi, minta maaf wahai kaki, tangan dan jari jemari. Anda semua terpaksa merasai sakitnya kesejukan salji!
Pesta salji di Oukaimden, Marrakech mengulang tradisi!
And let the pictures tell the story!
Pada suatu hari di musim salji...Pesta salji di Oukaimden, Marrakech mengulang tradisi!
And let the pictures tell the story!
7 orang pakar pembuat patung salji ingin mendaki gunung...
Mereka menaiki sebuah kenderaan yang dipanggil 'kereta kabel'...
Kenderaan ini sungguh ajaib! Ianya dapat terbang di angkasa dengan kelajuan yang sekata. Ianya juga dapat membuatkan penumpangnya mengingati Pencipta setiap kali ia terhenti di tengah-tengah udara! Terbukti, ianya lebih hebat daripada kereta labu Cinderella.
Kenderaan itu membawa mereka melepasi awan. Umpama pokok kacang yang membawa Jack naik ke langit.
Mereka terjumpa sebuah binaan yang bukan milik bidadari kayangan mahupun raksasa. Di atasnya tertulis 'Oukaimden : 3260 meter'
Mereka bersyukur kerana tidak bertemu Yeti seperti yang dijangka, malah bertemu tiga adik-beradik Narnia tanpa ditemani Aslan, singa mereka.
Adik-beradik Narnia akhirnya menjemput mereka menaiki baghal (kacukan keldai dan kuda) setelah penat memujuk 7 orang pembuat patung salji itu yang berkeras nak menunggang faun dan singa.
Mereka dibawa ke istana milik White Witch yang tak ada di istananya kerana pergi bercuti musim panas di Malaysia.
Mereka dihidangkan dengan minuman yang istimewa yang merupakan hidangan khas kerabat witch iaitu ' air batu sirap '.
*AMARAN! Ini bukan iklan minuman keras!
Setelah menghabiskan hampir satu bongkah iceberg untuk dibuat air batu sirap, merekapun memulakan kerja dan berjaya mencipta sebuah patung salji dalam tempoh kurang satu jam. Hasil tangan itu akhirnya menjadi satu masterpiece yang masyhur seantero dunia. Mereka amat gembira dan they lived happily ever after.
**********
Datang seorang yang berbaju salji merah
dan berhenti di hadapan gadis kecil yang menjual mancis,
merenung mata bundarnya yang tersimpan 1001 derita,
lidah kelu sebentar sebelum memulakan bicara :
" Adik, saya nak beli semua mancis yang awak jual. "
Se...semua?
" Ya, sebab aku memang tak tahan gila sejuk niiiiii!!! Kejang urat leher aku! "

Tamatlah sudah kisah Gadis Kecil Yang Menjual Mancis yang akhirnya gembira dapat menjual semua mancisnya kepada seorang manusia berbaju salji MERAH...
~manusia berbaju salji merah~
CooL CheF :
Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada mereka yang sentiasa menemani aku ketika aku menjadi Gadis Kecil Yang Menjual Mancis yang meringkuk kesejukan digigit kedinginan salji. Sesi perkhidmatan 2008/09/10 tidak akan aku lupakan. Pengalaman jatuh bangun kita bersama selamanya terabadi. Semoga kita dapat bersama lagi selepas ini. Walau bukan di Maghribi, insyaAllah di tempat lain atas muka bumi.
Dedikasi ini khas ditujukan kepada :
Salji...
mengenalimu adalah satu kesyukuran...
bersamamu adalah satu kepuasan...
meninggalkanmu adalah satu kelegaan...
p/s : Baiklah. Sebenarnya ini adalah gabungan kisah-kisah dongeng. Bukan Gadis Kecil Yang Menjual Mancis sahaja. Jadi, kudoh kepada : The Little Match Girl, Cinderella, Jack and The Bean-Stalk dan The Chronicles of Narnia.
~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~
Dedikasi ini khas ditujukan kepada :
- Baju salji merah yang dibeli dari Mesir. You're so cool! And you make me cool too!
- Mafla biru-hitam-kelabu tahi itik yang juga dari bumi anbiya'. Melilitmu di leherku adalah satu kebahagiaan! xD
- Sarung tangan racing, juga dari negara piramid. Kalau kau tak ada, memang kena potonglah jari jemari aku!
- And last but not least, khuf ! Ini satu-satunya kelahiran Maghribi. Aku amat menghargai kehadiranmu yang memudahkan permusafiranku.
Salji...
mengenalimu adalah satu kesyukuran...
bersamamu adalah satu kepuasan...
meninggalkanmu adalah satu kelegaan...
p/s : Baiklah. Sebenarnya ini adalah gabungan kisah-kisah dongeng. Bukan Gadis Kecil Yang Menjual Mancis sahaja. Jadi, kudoh kepada : The Little Match Girl, Cinderella, Jack and The Bean-Stalk dan The Chronicles of Narnia.
~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~
13 comments:
testing lagi~
testing banyak2~
cube lagi~
wow.rex,tis is lyk,da coolest analogy ever! tehe.
teroskan usaha anda,love it man. eh i mean,mate.
xxxxxx
hehe...everybody loves bedtime stories!
xD
[bad witch come]
kenapa tidak kamu storykan kepadaku semasa malam itu..?
pasti ku tidur dengan lebih lena..
wahai gadis berbaju merah.
wahai gadis..
kamu taknak buat SPECIAL THX to me ker..sbb penat lelahku memicit butang hpku untuk mengekspresikan ciptaan Allah di jabal oukeimeden melalui kecanggihan hp sony 2megapixel tuh..?
p/s: beku tangan sebab amek gambar kene bukak glove. bayar2!!~
2.30 am~
cerita yang menarik..heh...
wahhh.cantekla view tu...erm..asal mcm penah nmpak je trexx pakai baju tu kat dlm dorm dulu ?hahahaha:)
->> AKMAL AND HANIFFAH
mmg amat menarik~ =P
->> Cahaya kesempurnaan
iyer? kat dorm nombor berape tuh? =D
best nau cito kau..haha..
menarik sekali..nnti aku nak minum lah sirap batu yg witch tu minum..hahaha
->>AnipMazlan
xley minum la...sirap batu witch tu spesel tok kitorg je..haha! =D
la..tak kan kat cafe nie tak jual..z de? x pe la..nnti aku post pasal sirap rozell pulak..dari pokok sampai ke kordial die ek..haha..
tapi yg nie hanye tuk spesis vampire jer,,huhu
vampire xminum sirap la..
diorg ada jus tomato spesel..haha! =P
Post a Comment