KroNoloGi aIDiL adHa Di cAsaBLancA 2

Tahukah kamu?
Yang kamu TAK TAHU?



JENIS-JENIS KAMBING KORBAN (di Maghribi)

1) Sardi سَرْدِي : jenis kambing terbaik untuk korban. Antara ciri-cirinya, mukanya putih dan mulutnya hitam. Majoriti masyarakat Maghribi memilih baka ini sebagai pilihan utama untuk sembelihan.

2) Sahrawi صَحْرَوِي : dinamakan sedemikian kerana jenis kambing ini berasal dari sahrak.

3) Damman (ejaan arab tak dapat dipastikan) : kurang maklumat tentang kambing jenis ini.

4) Ma'az مَعْذ : ini kambing bergaya, sebab ada rambut!


jenis Sardi...jenis lain tak ada gambar

Inilah kambing-kambing pilihan untuk Aidil Adha setakat pengetahuan aku yang cetek ilmu ini. Sebab, ini pertama kali aku dengar adanya berjenis-jenis nama kambing dan ada pula baka yang terbaik untuk dikorbankan. Kambing yang dihadiahkan kepada kami adalah dari jenis Sardi (bukan adik-beradik sardin). Patutlah keluarga arab yang tolong menyembelihkannya tak habis-habis memuji kambing kami. Ala, mereka lagilah...seekor lembu dan 2 ekor kambing! Memang keluarga duit bersepah! (kayalah maksudnya...).

Jadi, anda tergolong dalam jenis mana? Eh, KAMBING anda tergolong dalam jenis mana?



PERAH SUSU LEMBU KORBAN


Macam pelik saja bunyinya. Perkataan 'korban' sengaja ditambah untuk menyelaraskan tajuk. Hehe...Pernah berpengalaman memerah susu lembu? Bagi anak petani atau peladang berjaya, mungkin ianya bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa, namun bagi anak-anak yang tak pernah merasa hidup berselubung bau bendang, ladang dan kandang, ianya pasti memberikan kenangan yang mengujakan!

macam ni perah...

Sudah lama kami ingin mencuba memerah susu lembu di badiah sejak duduk di Morocco ini. Dan, baru-baru ini kami berpeluang melihat susu lembu diperah secara 'live', tapi masih tidak berpeluang untuk melakukannya sendiri. Nak pergi dekat dengan lembu pun takut, apatah lagi nak perah susunya!

hasil tenusu

ATURAN HIDANGAN KORBAN

Hari PERTAMA :

1) Harirah : ini memang hidangan wajib di pagi raya. Sejenis bubur yang dimakan, diminum, dihirup selepas selesai sembahyang raya. Bahan-bahannya terdiri daripada bawang, tomato, tepung, kacang 'adas, kacang kuda, sya'riah, daun ketumbar dan daging atau ayam. Rasanya? Tak payah cerita...memang tangkap leleh~



lagi sedap makan harirah kalau tambah kammun + milh...walaa!

2) Organ dalaman : selepas upacara menyembelih (macam seram je bunyi...huhu) bahagian pertama yang dimakan adalah organ dalaman. Lahm akan disimpan dahulu kerana masih panas yang boleh memberi kesan kepada kesihatan (terutama bagi mereka yang lemah antibodi atau daya tahan tubuh).


Biasanya organ dalaman seperti kabid, qalb, ri-ah, syahm dan tihal akan dipanggang dahulu di atas fahm sehingga setengah masak (keluarlah darah-darah sikit...nyum!nyum!nyum!). Kemudian dipotong kecil-kecil dan dicucuk dengan batang besi secara berselang seli (qalb, ri-ah, syahm...) ataupun bahagian-bahagian seperti kabid dan tihal dibalut dengan syahm, lalu dipanggang di atas fahm sehingga masak.


Maka, jadilah ia kutban aka sate. Tapi, mungkin aku lebih suka kutban (bukan lupa daratan ok). Kutban ini akan dimakan dengan khubz bulat dan tambah menyelerakan kalau dicicah dengan kammun dan milh berserta hidangan sampingan iaitu salatoh. Fuh, memang melelehlah~ Berminyak-minyak mulut dibuatnya.


sate Morocco

Aku memang PENCINTA SYAHM!

Hari keDUA :

1) Hari kedua pula hidangan batn menanti. Batn masak taqolliah! Juga dimakan dengan khubz. Khubz adalah makanan asasi masyarakat arab sepertimana aruz menjadi makanan ruji penduduk asia. Jadi, tidak dapat tidak, kena makan juga. Taqolliah ini adalah sejenis masakan berkuah. Menyerupai tojin, tapi sedikit berbeza. Makanan ini juga lazat tapi bau batn lembu agak kuat.

Ketika menjamah hidangan batn itu, terbayang batn lembu masak lemak cili api dengan rebung. Wahhh, nak balik Malaysia!!!

Sorry, no picture available!

2) Raks dan aqdam kambing! Ha, dekat Maghribi ini, semua bahagian binatang korban tak akan dibuang, semua akan dimakan! Berlainan dengan masyarakat Malaysia yang umumnya tidak memakan raks dan aqdam kambing atau lembu, orang arab Maghribi mempunyai cara tersendiri untuk memasak kedua-dua bahagian itu.



Raks dan aqdam akan dibakar di atas fahm sehingga menjadi hitam dan kulit mengelupas. Setelah itu, barulah ianya dihidangkan dengan kus-kus. Kami belum pernah lagi berpeluang merasai raks dan aqdam kambing walaupun teringin juga untuk mencubanya. Ermm...

upacara bakar-membakar...

...di hadapan JAMI'AH!

Oh ya, qarn tak dimakan ya!

Hari keTIGA :

Pada hari ini, barulah lahm akan dikeluarkan dari peti-peti sejuk dan dimasak. Masakan yang tak lain tak bukan - TOJIN! Diambil sempena nama bekas tanah liat yang digunakan untuk memasak makanan ini.



Merupakan salah satu makanan termasyhur di Maghribi selepas kus-kus. Lazimnya, tojin lahm ini akan dimasak dengan barquq dan misy-misy. Tojin lahm merupakan antara makanan Maghribi kegemaran CAFE OWNER! Jadi, kalau dah gourmet's favourite tu, faham-fahamlah macam mana sukarnya nak gambarkan perasaan memakannya!

tojin lahm+barquq+misy misy+telur rebus..fuhh!


Licin tojim lahm berbanding tojin dajaj~

Hari keSIMPULAN :

Ini adalah aturan hidangan secara umum yang diinfokan kepadaku oleh rakan jami'ah; Hanan. Tak semestinya, diulang, TAK SEMESTINYA semua keluarga di Morocco ini mengikut aturan ini. Ada juga kami makan lahm pada malam hari pertama raya dan kutban pada hari raya kedua. Tapi majoriti masyarakat Maghribi berbuat demikian. Inilah yang dinamakan tradisi dan budaya.

Setiap negara mempunyai ciri kebudayaan tersendiri. Sebab itulah, kita digalakkan untuk mengembara di atas muka bumi ini untuk mengetahui keagungan Allah yang telah mengaturkan segala-galanya dengan cukup sempurna dan mengagumkan. Apa istimewanya kalau pergi ke Rusia dengan bercakap bahasa Melayu? Atau makan nasi lemak di Jepun selama duduk di situ? Atau membeli-belah di Perancis dengan ringgit Malaysia? Lebih baik duduk di Malaysia kerana semua negara sama sahaja tradisinya!

Jadi, kepada mereka yang berpeluang menawan negeri orang, hargailah detik-detik berharga anda dengan sebaik-baiknya. Masa yang ada jangan hanya digunakan untuk melancong sahaja, tetapi berusahalah untuk mempelajari budaya sesuatu bangsa. Pengalaman adalah guru yang paling baik!


Itu dia ceramah percuma daripada CAFE OWNER kita. Diharapkan para pembaca mengambil pengajaran dan iktibar. Walaupun agak terlambat, kami krew-krew CREAMMYFIODESI mengucapkan...

مبروك العيد
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H!



CooLCheF : Kamus Café

Sahrak صَحْرَاء : padang pasir

Badiah بادِيَة : kampung, pedalaman

Sya'riah شَعْرِية : mee, makaroni

Lahm لَحْم : daging

Kabid كَبِد : hati

Qalb قَلْب : jantung

Ri-ah رِئة : paru-paru

Syahm شَحْم : lemak

Tihal طِحال : limpa

Fahm فَحْم : arang

Khubz خُبْز : roti

Kammun كَمّون : jintan

Milh مِلْح : garam

Salatoh سَلَطَة : salad

Batn بَطْن : perut

Aruz أرُز : nasi

Raks رَأس : kepala

Aqdam أَقْدَام : kaki (kata ganda)

Kus-kus كٌسْكٌسْ : sejenis masakan daripada bijirin yang khas, dimakan dengan daging atau ayam, dan dihidangkan setiap hari jumaat selepas sembahyang jumaat

Qarn قَرْن : tanduk

Barquq بَرْقوق : buah prun atau plum (di Malaysia dijual dalam tin dan dikenali sebagai 'Sunsweet')

Misy-misy مِشْمِشْ : aprikot

Dajaj دَجاج : ayam

p/s : Entri-entri sempena raya haji ini banyak memberi anda perkataan baru. Selamat mempelajari bahasa syurga! The Language of Paradise~


~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~


KroNoloGi aIDiL adHa Di cAsaBLancA

korban itu besar ertinya
korban itu banyak hikmahnya
korban itu bermacam-macam rupa
korban itu apabila...




MALAM ADHA

Waktu Maghrib...satu panggilan telefon telah menukar satu kekosongan kepada sebuah kegembiraan dan keterujaan.

" Ada orang nak bagi
kabsy kepada antum! " suara rakan yang duduk sebelah di jami'ah kedengaran gembira di hujung corong.

" Kabsy atau daging kabsy? " Dub dab dub dab.

" Kabsy! Malam ini juga dia akan datang. Dia tunggu di hadapan jami'ah. "

Wahhh...

Patutlah semua keluarga, ya, SEMUA KELUARGA yang berkemampuan di Maghribi ni pasti akan membeli sekurang-kurangnya seekor kabsy untuk dikorbankan pada hari yang mulia ini. Ada satu kegembiraan yang sukar untuk diungkapkan...


semua tak sabar nak dikorbankan~

Banyak kali kami ditanya:

" Hal isytaraitum alkabsy? " ( Beli kabsy tak? ) Kami menggeleng.

"
Limaza? " Isy, soalan LIMAZA inilah yang paling menyampah sekali untuk dijawab. Jadi, nasihat untuk anda semua, kalau nak tanya orang, cuba elakkan perkataan LIMAZA, ok?

Maka, jawapan popular kami : " Laisa 'indana annuqud " ( no money no tell la...) mana taknya, seekor kabsy boleh mencecah harga sehingga 3000 dirham! (+- RM 1500), manalah foreigner student macam kami ini mampu...( baca dengan nada girang! )

Jawapan dalam hati : " Bukannya wajib pon... " tapi kami tak cakap secara lisanlah, atau satu perdebatan yang memakan masa akan terjadi.

Tapi, apabila kami diberi, atau lebih tepat lagi DIHADIAHKAN seekor kabsy, satu keterujaan menjengah perasaan. Terasa Aidil Adha kali ini bertambah meriah!

Yeah, yeah! Korban!


PAGI ADHA

" Mereka ni tak pergi sembahyang rayakah? " Sambil melihat beberapa orang yang memegang sejadah berjalan bertentangan arah masjid.

Kami memandang mereka pelik. Mereka memandang kami hairan.

Orang ramai di
rahbah juga memandang kami hairan.

Perjalanan diteruskan. Ada sesuatu yang tak kena...

Beratus-ratus orang berpusu-pusu di jalan raya. Semuanya melawan arus. Dan hampir kesemuanya memandang kami HAIRAN...

" Siapa sebenarnya yang tak sembahyang raya ni? " Sejadah di tangan disorokkan.

Err...



suasana di masjid...

HIDANGAN ADHA

" Nah, makanlah ni. " Sepotong daging yang lembut dihulurkan kepada setiap seorang dari kami.

" Sedapnya! Apa ni? " Jari dijilat, menikmati daging lembut itu.

"
Testicule kabsy! "

Gulp... ( bunyi 'daging lembut' ditelan tanpa dikunyah )


mana bahagian testicule??? cari kalau terer!

SUJA ADHA

" Macam mana boleh jadi macam ni, ni? " Kami berpandangan sesama sendiri. Lain yang nak dibuat lain yang jadi. Anehnya, transformasi itu amat menakjubkan.

" Geramnya! Kenapa air
suja aku jadi TAU FU FA pula ni???!!! "

Musykil...musykil...


iya...jadi macam ni! percayalah~



CooL CheF : Kamus Cafe

Adha أَضْحَى : asal daripada perkataan dahiyyah ضَحِيَّة yang bermaksud korban atau sembelihan korban.

Kabsy
كَبْش : kibas, sejenis kambing.

Antum
أنتم : kamu semua

Jami'ah
جَامِعَة : universiti

Limaza
لِمَاذَا : kenapa? mengapa? usah ditanya~

Rahbah
رَحْبَة : kandang menjaga haiwan ternakan ( kabsy, lembu etc... )

Testicule ( french ) : cari sendiri di enjin carian...

Suja
صُويَا : soya, orang sini sebut suja


~to be continue...~


~ Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima ~

الضرير

O say what is that thing called light,
Which I must never enjoy,

What are the blessings of the sight,

O tell you poor BLIND boy!





الضرير

يا أمي ما شكل السماء وما الضياء وما القمر
بجمالها تتحدثون ولا أرى منها أثر

هل هذه الدنيا ظلامٌ في ظلامٍ مستمر
يا أمي مدي لي يديك عسى يزايلني الضجر
أمشي أخاف تعثراً وسط النهار أو السحر
لا أهتدي في السير إن طال الطريق وإن قصُر

أمشي أحاذر أن يصادفني إذا أخطو خطر
والأرض عندي يستوي منها البسائط والحُفر

عكازتي هي ناظري هل في جمادٍ من نظر
يجري الصغار ويلعبون ويرتعون ولا ضرر

وأنا ضرير قاعد في عقر داري مستقر
الله يلطف بي ويصرف ما أقاسي من كدر



- للشيخ مشاري العفاسي




SI BUTA

Ibu, bagaimanakah rupa langit, cahaya dan bulan?
Yang kamu semua bicarakan
Sedang aku sedikitpun tidak dapat melihatnya...

Mungkinkah dunia ini akan selamanya gelap?
Ibu, hulurkanlah tanganmu agar dapat kukeluar dari kebosanan ini
Ku melangkah, bimbang ku akan tersungkur siang dan malam
Tiada petunjuk dalam perjalanan
Pendek atau panjangkah jalan

Ku berjalan dengan berhati-hati
Bimbang bertemu bahaya secara kebetulan
Atau tanah yang ku pijak padanya lubang

Tongkatku umpama mata
Adakah dalam kakunya pandangan
Kanak-kanak bermain dan menggembala ternakan tanpa kemudaratan?

Dan aku si buta hanya mampu duduk di rumahku sendiri
Namun Tuhan sentiasa mengasihaniku
Dan menghilangkan derita yang kutanggung...


oleh : Syeikh Masyari al-'Affasi




LOUBNA...butanya kamu mencelikkan hatiku. Meski kamu tidak dapat melihat bulan, namun percayalah...kamulah bulan. Semoga celiknya hatimu menyinari setiap hati yang kelam di permusafiran ini...

Aku menyayangimu kerana Allah...Dia yang mempertemukan kita, Dia yang bakal memisahkan kita,dan Dia jua yang akan mempertemukan kita semula di syurga dengan izin-Nya...



لابد أن نشكر الله على نعمة البصر
Seharusnya kita bersyukur kepada Allah atas nikmat penglihatan



Sumber :

The Blind Boy poem by Colley Cibber



~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~

~ Sya Lah Lah ~


What time is it?
Summer time!
What time is it?
Party time!




Hakikatnya, memang cuti musim panas adalah masa untuk berparti dan berjoli! Lebih-lebih lagi poket pun tengah penuh sampai melimpah-ruah (bukan hiperbola...). Rancangan diatur, ada juga yang tak dirancang, tapi jalan tetap jalan. Tempoh tiga bulan tidak akan dipersia-siakan.

Misi mencacak bendera Malaysia serta menjadi duta kecil negara sudah tiba.

Barisan pengembara muda mula mengorak langkah menjejak tamadun dunia!



ANTARA SYALAH DAN BAB SYALAH

" Bab Syalah, pakcik! " gelengan diterima. Hek eleh pakcik ni. Dekat je, itupun tak nak bawa. Tak nak duit ke? (cakap budak bajet kaya...). Teksi lain pula ditahan. Pemandu itu bernasib baik, kami tidak mengumpatnya kerana dia sudi membawa kami ke sana.

" Err..abang (muda sikit daripada tadi), tahu ke Bab Syalah di mana? Bukan lalu jalan sana ke? "

" Mestilah tahu. Bab Syalah tu tempat jualan macam-macam barang. " Jawab beliau dengan confirmnya.

" Eh, apa pulak! Bukanlah! Kami nak pergi tempat yang macam istana tu. Kubu lama! " Jawab aku pula dengan yakin sekali.

" Itu Syalah la, bukan Bab Syalah. Bab Syalah ni tempat jual barang-barang. Ada lima bab (pintu gerbang) di situ iaitu Bab Syalah, Bab..., Bab...(terpaksa lupa, ish! ish! ish!). Kalau kubu lama yang kamu kata tu namanya Syalah." terang abang itu.

Oh, macam tu rupanya. Siapalah yang buat cerita tipu dekat aku kata nama kubu lama tu Bab Syalah. Bukan Bab Syalah la, SYALAH!



Pintu masuk Syalah

CERITA 2 JAM

Syalah dianggap sebagai salah satu kawasan bersejarah yang penting di wilayah Rabat yang padanya ditemukan kesan mastautin manusia semasa awal era sejarah. Kedudukannya pula strategik di muara sungai Abi Raqraaq, menjadikannya salah satu pusat tumpuan yang utama.

Nama Sala termaktub sejak pretengahan kurun pertama selepas masihi dan digunapakai oleh penulis-penulis silam serta terdapat dalam piagam serta dokumen purba seperti matawang.



Kebarangkalian tempat ini merupakan bekas hamam adalah 90%


Bandar Sala mempunyai ciri ketamadunan tersendiri sejak zaman pemerintahan Raja Mori sebelum dijajah Rom dengan penemuan monumen seperti rumah ibadat. Bandar ini juga pernah mempunyai hubungan dagang dengan negara-negara Mediterranean dengan penemuan artifak seperti tembikar seramik dan duit syiling. Hubungan perdagangan ini seterusnya membawa kepada penempaan duit syiling yang termaktub nama bandar ini.

Terdapat juga kesan-kesan pembinaan awam ketika era penaklukan Sala di tangan Rom seperti rumah ibadat utama (capital), dataran umum, hamam, dewan majlis negara dan sebagainya. Selain itu, masih wujud lagi tembok yang menganjur dari Selat Mediterranean sehingga lembah 'Aqrasy yang dipercayai berfungsi sebagai pelindung bagi bandar Sala.



Tembok yang mengelilingi Syalah


Pada tahun 1284, Sultan Marini Abu Ya'kob Yousef membina masjid dan makam untuk dijadikan kawasan perkuburan diraja yang mana baginda dan isterinya akhirnya dikebumikan di situ.

Walaubagaimanapun, zaman kemuncak kegemilangan Syalah tidak dapat dikenalpasti melainkan pada zaman Sultan Abi Hassan yang membina sebuah tempat pengajian yang dikelilingi tembok dengan tiga pintu gerbang, dengan gerbang yang paling besar adalah di bahagian barat daya. Makam sultan ini berbeza dengan makam yang lain dari segi seni binanya dan perhiasannya yang diukir dan diwarnai.


Salah satu makam yang terdapat di situ. Agak...panjang?


Pada zaman Sultan Abi 'Annan, baginda memilih bandar Fes sebagai kawasan perkuburan baru bagi keluarga pemerintah. Bermula dari situ, kepentingan Syalah lenyap sedikit demi sedikit, namun keasliannya masih terpelihara sehingga kini.

Kesimpulannya, tempat ini memang terdapat banyak makam dan kubur.

Sejarahnya panjang lagi, tapi ini saja yang mampu ditulis.(alasan...)

Enjoy the photos!


Pelan Syalah

Eel pond aka wishing pond. Siapa yang percaya benda karut, bolehlah campak duit syiling ke atas batu yang terletak di tengah-tengah kolam tu. Yang nak seru belut yang gemuk, sila mintak daripada pakcik ni telur rebus!

Bahagian atas patung ini tak dapat dipastikan tercampak ke mana. Patung ini pun tidak diketahui samada untuk tujuan penyembahan atau sekadar perhiasan. Harap maklum.


Err...jamban?

Batu bersurat Syalah. Hanya Nico Robin yang tahu apa yang tercatat di permukaannya.

Bekas hamam yang disangka penjara..=P

PENJARA

" Eh, ni tempat apa ni? "

" Entah. Nampak macam penjara! "

" Penjara? " Ketika itu, macam-macam andaian bermain dalam fikiran kami. Bayangan banduan dikurung dan mati ketika dalam tahanan cukup membuatkan kami menelan air liur kegerunan.

" Apa kata kita pergi masuk tengok nak? "

" Eh, tak payahlah. Horror semacam je tempat ni. " Tak jadi kami nak masuk. Tiba-tiba datang seorang pakcik jaga dengan segelas teh di tangannya.

" Ooop. pakcik! Pakcik! Sorry kacau. Ni tempat apa ni? Penjara ke? Boleh ke nak masuk tengok? "
" Ini hamam daaa. Nak masuk? Boleh je, tapi dalam tu berkunci la. "

Owh, hamam. Dah agak da...Suka-suka cakap penjara. Pengajarannya, lain kali kalau tak tahu, tanya! Tapi, walaupun hamam, meremang jugak bulu roma ketika masuk ke tempat tu. Huuuuuuu.......

" Eh, pakcik! "

" Apa lagi? Haisy budak-budak ni! "

" Ni...teh tertinggal! Hehe! "


BLING$ BLING$ BLING$

Bayaran masuk : 10DH
Teksi dari stesen keretapi Rabat Ville ke Syalah : 13DH



:: wOrLd OdYsSeY ::



~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~

SALAM PERANTAUAN 1430H/2009M

Lemang, ketupat, rendang dan laksa,
Kus kus, bastela, syawarma dan panini,

Walau dipisah laut dan benua,

Jauh di mata tetap dekat di hati.




30 hari perjuangan di bulan Ramadhan tahun ini melabuhkan tirai akhirnya. 1 Syawal menjelma, berkunjung tiba. Kehadirannya disambut dengan takbir dan tahmid seisi dunia yang bersaudara atas nama Yang Maha Esa.



Pagi raya dimulakan dengan solat sunat Aidilfitri bersama-sama. Disusuli khutbah yang memberi insaf dan mengundang air mata. Bersalaman, bermaafan sesama kita minta diampun salah silap dan dosa. Ada yang nakal nak minta duit raya walaupun dah sampai usia yang tak layak nak menerima. Saya belum bekerja, alasan mereka yang sayang nak keluarkan duit yang pelbagai warna.



Berkumpul sanak-saudara, ada juga dengan rakan sebaya. Masing-masing memperagakan baju raya yang dibeli sebelum, semasa atau selepas puasa. Ada baju Melayu, baju kurung, jubah dan kebaya. Tambah sikit eksesori; spek mata dan rantai mutiara. Ada jenama Malaysia, tak kurang juga buatan luar negara. Kasut bermacam-macam rupa, selipar jepun pun ada juga rasanya.



Bermulalah pesta rumah terbuka. Menghadap juadah beraneka, daripada rendang ayam sampailah kuih popia. Tak cukup dengan itu, nasi impit kuah kacang, lemang, ketupat; cakap saja apa, semua ada! Sambil makan, sambil dihidang dengan halwa telinga. Kalau merdu seronok mendengar, kalau sebaliknya, tak apa, tadah je la telinga.



Bagi yang tak sayang nyawa atau mungkin dah cukup amalnya, ataupun nak korban anggota, bolehlah main meriam buluh dan mercun bola. Orang bagi nasihat, tak nak dengar. Lepas ditarik nikmat yang ada, selamat mendengar ucapan " Kan aku dah kata..." atau " Duit raya boleh saja tapi, anggota...minta maaf, aku tak rasa nak derma la!" Jadi, beringat-ingatlah sebelum kena.



Yang berada di hujung benua, atau di mana-mana asalkan bukan Malaysia, tanah air tercinta, jangan sedih atau merana. Hari raya tetap ada, tak lari ke mana. Telefonlah keluarga yang jauh di sana, hantar gambar kat surat khabar biar masuk berita, muka terpampang dengan macam-macam gaya, berserta ucapan yang panjang berjela-jela, tanda ingatan terpahat sentiasa, kasih dan sayang masih terbina.



Tak apa ayahanda dan bonda, anakanda akan pulang dengan segera, selamanya menjadi permata keluarga, juga berjasa untuk agama, bangsa dan negara. Itu janji saya, bukan hanya cakap kosong, tak tentu hala. Kumohon restu dan doa, yang tiada putusnya daripada papa, mama, keluarga, sanak saudara, para pendidik yang besar jiwanya dalam mengasuh anak bangsa, serta rakan taulan di seluruh negara. Ampunkan salah silap sepanjang kita bersama. Semoga kita dipertemukan lagi dengan izin-Nya.



EID MUBARAK SAID
KULLU 'AM WAANTUM BIKHER

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SEMOGA BERBAHAGIA SENTIASA

SALAM SYAWAL 1430H




CooLCheF :

Pantun daripada mama yang tercinta:

Pagi raya teringat kaklang,
Mengalir air mata sampai keluar hingus,
Berhati-hati di tempat orang,
Semoga bergembira makan kus-kus.


Hahaha...so lovely la this poem. I really like it!


~Salam Daripada Perantau Yang Merantau Di Perantauan~

==> the Art of august August <==

for all Augustian
make a WISH!




MOVIES VERSION


Harry Potter...the favourite-all-the-time movie!


Bagginss...from the famous The Lord of The Rings

The Nightmare Before Christmas


form 2 literature...The Phantom of The Opera

R2...from Star Wars


MODERNS VERSION


Guitar maniac!


the best Spa in the world!


Lappy cake for dad?


2 in 1...cake and Louis Vuitton!

cake Band...


MALATOPS VERSION


bestnya dapat XBox nih!


Rock n Roll


the Lost Atlantic


speechless...


menangis tengok! huaaaa, mantap gile!



HAPPY BIRTHDAY AUGUSTIAN!
-dont eat too much cake-