Wei budak-budak dorm...



JOM MAIN SA!!!


Siapa budak asrama kat sini? Mesti pernah dengar pasal SA kan? Kalau tak pernah dengar, memang kehidupan asrama korang amat menyedihkan~ Yang bukan asrama, aku tak tahulah korang main juga atau tak. Kalau main, bestkan? Yang tak pernah dengar atau tak pernah main, korang memang kesian! Hahaha!


SA bermakna Secret Admirer. -Pemuja Rahsia-. Suka-suka je aku translate. =D. SA ni selalu dimainkan dekat-dekat hari terakhir sekolah, selepas peperiksaan akhir tahun. Selalunya ketika jamuan perpisahan. Sangat seronok kalau disertai secara beramai-ramai, samada antara ahli-ahli dorm atau kelas atau puak (geng) ataupun nak lagi gempak - antara kawan-kawan satu tingkatan! The more the merrier! (Tapi bercelaru gak..hoho!)

Motif permainan ini adalah bertukar-tukar hadiah. Biasanya pertukaran hadiah dibuat dengan cabutan nombor. Kalau cabut nombor 8, maka akan dapat hadiah nombor 8. Tapi tukar hadiah cara ini dah biasa sangat, tak best, kena ada sedikit perubahan. Maka, wujudlah SA.


Cara-cara bermain SA :

1) Tetapkan kumpulan sasaran. Hehe! Siapa yang nak main?

2) Tulis nama setiap orang atas kertas, letak dalam kotak, dan cabut. Setiap orang kena cabut satu nama. Kalau dapat nama sendiri, sila letak balik dan cabut lagi sekali. Nama orang yang dicabut itu adalah orang yang kita kena beri hadiah dan kita adalah SA beliau. Kiranya dia tak tahu siapa yang akan beri hadiah kat dia.

3) Sekarang semua orang tulis wishlist atau hadiah yang dikehendaki atas sekeping kertas. Semua orang kena tulis atas kertas yang sama dan kemudian tampal kat mana-mana tempat yang senang baca supaya SA kita tahu hadiah apa yang kita nak.


4) Bilangan hadiah yang diminta adalah tidak terhad tapi cuma satu saja yang akan ditunaikan. (Mampuslah SA kau kalau semua benda kena beli!). Harga hadiah juga ditetapkan. Kebiasaannya budak-budak asrama yang tak berduit ni akan tetapkan atas RM10 dan bawah RM20. Yang lagi advance bawah RM30. Ada jugak yang main bawah RM50! Suka hati koranglah. Asalkan tak membebankan sesiapa.

5) No 1 - 4 kena dibuat paling kurang seminggu sebelum jamuan akhir tahun supaya ada masa nak membeli hadiah untuk SA masing-masing. (SA ni sebenarnya gelaran untuk pemberi hadiah sebab penerima tak tahu siapa yang akan beri hadiah kat dia. Tapi bila kitorang main, tak kisahlah pemberi atau penerima, dua-dua dipanggil SA.)

6) Hari pertukaran hadiah : Time inilah terbongkar segala-galanya - siapa SA kita? Biasanya ketua dorm / kelas akan mulakan dulu. Beliau (A) akan bagitahu siapa SA (B) dia dan serahkan hadiah. Kemudian B pulak kata C adalah SA dia. C ke D, begitulah seterusnya sampai semua orang dah tahu siapa SA masing-masing dan dah terima hadiah. Time ni sangat fun, sebab kita main teka-teka siapa SA kita. Semua orang pun curious nak tahu. Haha! Best best!


7) Acara kemuncak adalah membuka hadiah dan bergambar beramai-ramai! Hoi hoi, siapa tak suka dapat hadiah??? Syok gilaaaa!!!

Bestkan? Tapi jangan ingat semua hadiah menepati permintaan atau citarasa korang. So, janganlah sedih. Maybe SA korang tengah kering tak ada duit atau dia belikan hadiah yang korang tak berapa suka walaupun korang ada minta. Ini selalu terjadi kalau korang ada banyak wishlist. Korang paling nak hadiah no 1,2 dan 3, tapi dia belikan no 4 dan 5 yang korang tak berapa minat. Bukan korang tak nak hadiah tu, tapi korang lagi suka kalau dapat benda yang paling korang nak. Tulah! Lain kali wish 1 hadiah cukup!

OK. Panjang pulak aku explain. Faham ke? Tak faham sudah. Tapi aku nasihatkan, mainlah! Sangat enjoy!


Saja nak tayang hadiah SA yang aku dapat :


Dari kanan (SA masa form 1) :
Lilin wangi : Daripada Kak Apek, SA dorm
Mug : Faiz A, SA kelas
Frame : Cikgu Aswani, ini bukan SA tapi hadiah melalui cabutan nombor
untuk gantikan jamuan kelas yang tak dapat diadakan.
Semua orang dapat frame, tapi lain-lain. =D


Form 1
Tshirt NIKE : Daripada Faei, SA geng
(Siapa ingat SA geng time ni? hehe!)


Form 2 :
Keychains, kad dan duit RM2 : Daripada Neza, SA kelas


Form 2 :
Beg : Daripada Aina, SA dorm
Percaya tak, aku dapat hadiah ni time form 2,
dan sampai sekarang aku masih bawa beg ni kalau pergi mana-mana.
Nearly 10 years okay!!


Form 3 :
Tshirt DENIM BLUE JEANS : Daripada Miza, SA kelas


Form 4 :
2 tshirts : Daripada adik dorm yang aku-lupa-nama-dia-tapi-ingat-muka,
SA dorm
Actually, dia suruh pilih salah satu je, pastu aku bergurau kata nak dua-dua.
Alih-alih memang dia bagi dua-dua kat aku!
Oh! Malam SA yang sungguh bahagia!




Banyakkan baju yang aku dapat! Memang aku suka minta baju, boleh selalu guna. Sebenarnya ada lagi hadiah lain, tapi aku tak ingat mana aku letak, dan yang lagi sadis, ada hadiah yang aku tak ingat apa bendanya dan tak ingat siapa yang bagi aku! Haha! Sedih kan? Aku pun lupa jugak hadiah apa yang aku beri kat orang lain dan siapa orang tu! Adoi! Banyaknya memori aku yang dah hilang...Sesiapa boleh tolong ingatkan aku??? Hehehe! Tolonglah, sayang betul kalau hilang memori nih. Ish!


Ada sesiapa nak main SA?


Bayu Bosphorus

3 Sept 2009, +-0100 am

Kami tidak menunggu lama selepas mengambil bagasi di airport. Lambaian kenalan maya kami di ruangan menunggu benar-benar melegakan. Aini manis tersenyum menyambut kami bersama suaminya, anak jati Turki.

Kami menumpang bermalam di rumahnya untuk semalaman. Apartment mewah dan sangat selesa. Betullah dunia bukannya luas. Sampai di Turki pun, bau tom yam memikat selera kami. Dan itulah kali pertama aku tengok dan makan BUDU! Serius aku tak tipu. Sedap gaklah sampai jilat-jilat jari. Tempat aku tak ada jual menatang ni la. Tempat korang ada ke?


Budu cap Kelantan. =)


0900 - 1000 am

Oleh sebab kami dah booking hostel, awal-awal lagi Aini dan suaminya menghantar kami ke jeti feri Kadikoy. Hostel itu terletak di sebelah Istanbul eropah sedangkan rumah Aini berada di Istanbul asia. Jadi, kami terpaksa menaiki feri untuk ke sana dan di sinilah kami harus berdikari untuk meneruskan perjalanan sendiri.

Jeton feri


Setelah membeli jeton (token untuk menaiki kenderaan awam seperti feri dan tram), kami menyeret bagasi masuk ke dalam feri. Selepas beberapa minit, feri itu mula berlayar, membelah Selat Bosphorus yang memisahkan Istanbul kepada dua bahagian. Selat Bosphorus juga dikenali sebagai Selat Istanbul (Istanbul Strait) dan menghubungkan Laut Hitam dengan Laut Marmara.
Di kejauhan, bayangan Masjid Biru, Aya Sophia dan Istana Topkapi menggamit retina. Bau pengembaraan menusuk hingga ke kalbu!


Kedudukan Selat Bosphorus.
Faham sekarang betapa pentingnya Geografi???


Setelah tiba di pelabuhan Eminonu, kami agak terbangak-terbangak sebelum disapa oleh seorang pemandu teksi yang bertanyakan destinasi kami. Tawar menawar dibuat dan kami bersetuju untuk membayar 2 lira setiap seorang. Walaupun pemandu teksi tu tak tahu jalan ke hostel, dia sangat bertanggungjawab sebab sanggup turun teksi pergi tanya orang-orang sekeliling arah jalan.

Pemandangan dari feri


Mavi Onur Guesthouse berlokasi strategik; hampir dengan pusat tumpuan pelancong. Kami menginap di bilik ground floor dengan 2 katil double-decker lengkap dengan pendingin hawa dan tandas yang mempunyai sistem lampu pengesan haba. Suis lampu tandas tiada, tapi siling tandas ini mempunyai sensor untuk mengesan haba pengguna. Setiap 5 - 10 minit lampu ini akan terpadam dan kita terpaksa menghulurkan mana-mana bahagian badan untuk membiarkan haba kembali dikesan. Agak leceh dan mengganggu sebenarnya, tapi aplikasinya sangat sesuai untuk meminimakan jumlah elektrik yang digunakan di samping memberi amaran kepada pengguna tandas supaya cepat keluar sebab orang lain nak guna! (Sesuai pakai kat asrama...)

Mavi Onur Guesthouse.
Mavi bermaksud biru dalam bahasa Turki.


Puas berehat dan mengemas diri, kami memulakan misi meneroka bandar Sultanahmet, bandar pelancongan ternama di Istanbul. Bandar inilah yang menempatkan monumen-monumen penting seperti Masjid Biru, Aya Sophia, Grand Bazaar dan Istana Topkapi. Matlamat utama kami sebenarnya untuk membeli sim card AVEA untuk memudahkan perhubungan dengan pemandu pelancong tak rasmi kami yang merupakan penuntut Malaysia di Turki. Sambil mencari kedai menjual sim card, sambil kami menyaksikan suasana sekeliling dengan gayatnya dan cuba menghafal jalan. Harap-harap ada 8 pasang mata lagi untuk menyaksikan semuanya!

Cantik kan? Ayuh berjalan!


Bersambung selepas Nightline...



BLING$ BLING$ BLING$

Jeton feri (Kadikoy - Eminonu) : TL 1.5 (1.5 lira)
Mavi Onur Guesthouse : € 12 / malam (12 euro)


Turki ep. 1 : Sabiha Gokcen's White Ticket...gilo! Nak dekat setahun baru ada sambungan kembara ni! -Harus rajin meng'update'-

Someone wants to know me!

"Once you have been tagged, you are supposed
to write a note with 25 random things,
facts, or goals about you.
In the end, choose 5 people to be tagged.
You have to tag the person who tagged you.
If I tag you,it is because I want to know you more."
( ye lah tu..=D)



Important info.
1). I have no job right now. Will you give me some?
2). I love my bed!
3). I like to draw and really want to make a manga of my own.
4). I hate romantic movie / drama / film. It's just disgusting...
5). I dont have an idea what to write...hmmm.


Mom said that ...
1). I am genius! Yeah!
2). I am Sleeping Beauty! You know what it means? =P
3). I am her daughter. (lol..of course!)
4). ...go search for a job!
5). ...come help me. ( Yes mom!)


Bad habits.
1). Being a koala all day.
2). Always wasting my precious time. Fuhh...-.-'
3). Always being tired when it comes to study / work etc...
4). Day dreaming like Shin Chan!
5). Wait...why do you want to know my bad habits???


So-called dreams.
1). Own my very own hotel! No alcohol beverages, no drugs, no porks, no mixed bedroom! I'll kick your butt!
2). To be a main character in Harry Potter...lol!
3). To have my fav job asap. ( Why do I always talking about job?? )
4). To have a pHD before 30. Yeah.. go on!
5). To make sure all my dreams come true!


Randomness.
1). Dont like to communicate too much, thats why I'm randomly use my phone. Seriously Im too lazy to ask people " How are you? ", " What are you doing right now? ", " Where do you study? ", " Have you eaten? ", " Not sleeping yet? It's midnight already! " ...what a waste of credits!

2). Like to critic or comment everything!

3). Love to buy book, but lazy to read it. If I bought ten books, I'll just read 1! lmao!

4). When I love a character in a movie, doesnt mean I like the actor, or another character in another movie that the same actor plays. I like Severus Snape, but I dont really admire the actor, Alan Rickman. And I dont like his role in his other movies. Got it??! Plus, I dislike the main character, mostly. I prefer the sidekick one. Always the coolest one. Yo!

5). Like to do something I like, but getting bored of it in a few days.


My victims :

1) Wawa
2) Pnut
3) Ama
4) Salem
5) Fedit


Ok. Be hardworking!

Oh yeah. This tag is from Prof Ecah!

CREAMMY AWARD

AWARD
no 1




1. Berikan satu nickname untuk pemberi award:

WAWAwa tu bulan tu bintang tu pokok kayu ara,
tu tunang WAWA datang dia duduk atas tangga~

2. Ucapan untuk pemberi award ini:

1 je ke award? =D

3. Berikan nama 6 artis yang korang minat:

C . R . E . A . M . Y

4. Beri award ini kepada 10 kawan blog atau follower:

1) Saya

2) Kedekut


3) Dan


4) Tamak


5) Award


6) Jadi


7) Tak


8) Mahu


9) Bagi


10) Sesiapa




This is my first award! So, dah tentulah aku tak mahu bagi kat sesiapa! Yiiha!


CooLCheF :

Baru semalam / kelmarin cik WAWA kata nak bagi aku award. Masin macam Laut Mati betul mulut dia sebab hari ni aku dah dapat award tu. Terima kasih aiskrim keladi ye, cik WAWA! Lain hari boleh bagi ubi keladi pulak! =D

Si Parut Petir

Mr Potter...
our new celebrity!

Keternamaan mamat berparut bentuk petir kat dahi ni memang tak perlu dipertikaikan lagi. Sampaikan aku yang susah nak minat sesuatu ni pun, tergila-gila kat beliau dan dunia tongkat saktinya!


Aku start jadi kipas susah mati dunia magis ni time form 3, lepas habis PMR. Tak ada apa nak buat lepas exam, so aku yang rajin ni pun pergi ke perpustakaan untuk pinjam buku. Belek punya belek, jari-jemari aku yang runcing ni pun tersentuh sebuah buku bertajuk 'Harry Potter dan Batu Hikmat'. Disebabkan aku dah tak ada idea buku apa nak pinjam (iya, aku rajin pinjam buku!) ditambah pulak dengan keinginan nak tahu kenapa budak berparut ni famous, aku pun pinjamlah buku tu.

Entah apa jampi si J.K. Rowling tu pakai time tulis cerita Harry Potter, aku pun tak tahu sampai dia berjaya 'sihir'kan aku jugak supaya masuk kelab kipas 'Budak Lelaki Yang Terselamat' itu. Memang fan betul sampai kad-kad raya yang aku bagi kawan-kawan aku semuanya aku lukis gambar Harry Potter (tak percaya tanya diorang!). Member-member aku pun sporting habis bagi kad raya kat aku dengan alamat Hogwarts dan ucapan-ucapan yang berunsurkan magik. Ahahaha! Seronok habis!

Masa form 5 pulak, kami berlakon watak-watak dalam cerita Harry Potter. Watak utama mestilah aku yang pegang. Habis dahi aku hitam kena celak, nak bagi ada parut petir. Wakaka! LINA jadi Profesor Snape dengan rambut Snapenya yang memang real habis! Muka pun ketat je. Hehe! MARY jadi musuh ketat Harry Potter - Draco Malfoy, tapi tak jadi langsung sebab rambut tak sama. Haha! Dia sesuai watak Ron Weasley. Lagi seorang yang bawak watak penting : IZZA. Tak lain tak bukan watak Hermione Granger! Siap pegang buku dengan pen bulu pelepah (bulu ayam/burung mana entah kitorang cabut) untuk tunjukkan sifat Hermione yang ulat buku!

Jubah pulak kitorang rembat jubah konvokesyen warna ungu sebelum dipulangkan balik kat cikgu. Mana ada wizard yang tak ada tongkat saktikan? Maka, kami pun ambil bendera Malaysia yang selalu guna kibar-kibar time sambut merdeka tu, tanggalkan kain bendera dan ambil batang bendera tu. Apa lagi? Kanak-kanak Hogwarts pun beraksi depan kamera dengan gayatnya! Wahahaha!

Dah nama pun minat, tak sahlah kalau tak jadi collector! Walaupun tak banyak, tapi aku memang sayang betul koleksi aku ni :


1) Koleksi buku Harry Potter

Buku versi Bahasa Melayu. Teringin juga nak beli English version, tapi BM pun pening-pening lalat aku nak faham, tangguhkan jelah nak beli BI. Sesiapa nak pinjam, datanglah rumah. Tapi azab kau kalau buku aku kelemot! =D

2) Game PS2

Aku tak ada game Harry Potter no 2; The Chamber of Secrets. Siapa ada, bagi kat aku eh?

3) Tshirt

Wohoo, jangan jealous! Baju HP and The Goblet of Fire! Warna oren lagi!

4) Poster

Walaupun bukan saiz pintu, tapi poster ni still cun! Nak-nak poster Harry dan Draco pakai jubah Quidditch dan pegang Nimbus!
Kredit untuk MAYE yang bagi aku poster macho ni!
Arigato!

5) Permainan

Permainan dadu versi peti Quidditch! Dalam tu ada dadu bentuk bola Quaffle dan Bludger. Jugak ada Golden Snitch yang bukannya warna emas, tapi warna merah dan biru.
Aku beli kat Pacific, Seremban. Bukan UK ok?

6) Kad

Kad ni adik aku punya. Tapi aku simpan dalam almari aku. Haha! Kad-kad ni memang menarik sebab ada banyak gambar-gambar yang dipetik daripada filem ke-3; The Prisoner of Azkaban.
Cuba teka gambar siapa kat kad A1 tu? =D

7) Belon buih

Belon buih warna biru dan merah jambu! Harry tengah ber'posing' dengan penyapu Nimbus 2000!
Beli kat Padang Besar, Kedah. (jauh tu!)

8) Pensil tekan

Hadiah daripada MARY!
Salah satu koleksi terawal aku. Ada gambar Harry dengan tulisan Harry Potter and The Sorcerer's Stone, tapi tak nampak kat foto ni.
Nampak line hitam kat tengah pensil tu?
Terpatah sebab aku terduduk kot. Huhu! Sadis! =(

9) Kad, pelekat & mini book

Pelekat : Aku beli kat Giant tak silap.
Kad : Semua sekali ada 7 keping. Aku beli dari syarikat yang buat kad nama tu. 50 sen sekeping. Haha! Gambar lawa!
Mini book : Ini ambil dari buku Gempak. Dalam ni ada macam-macam info pasal Harry Potter terutamanya cerita nombor 2 sebab time tu filem Chamber of Secrets nak keluar panggung.

10) DVD filem Harry Potter

Bukan fan kalau tak ada filem dia kan? 3 ori, 2 toto (tak ori tapi ok).
Tengah fikir-fikir, filem no 6 dan 7 nak beli ori ke toto? =P

Ok, tu je lah. Tak adalah banyak pun koleksi aku ni sebab payah nak cari barang-barang Harry Potter ni. Kena turun KL baru jumpa model dia. Kalau jumpa pun, harga boleh buat orang rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding.

Maka, sumbangan anda kepada peminat SI PARUT PETIR ini amatlah diharapkan. Hulurkan tangan, ringankan kaki!

p/s : Harry Potter and The Deathly Hallows pt 1 dah nak keluarlah! Jom beli dvd cetak rompak! (oh, inikah yang dikatakan die-hard-fan???)


Home Alone 5

Home Alone 5

Another summer day
Has come and gone away
In Paris and Rome
But I wanna go home
Mmmmmmmm



Maybe surrounded by
A million people I
Still feel all alone
I wanna go home
Oh, I miss you, you know




And I’ve been keeping all the letters that I wrote to you
Each one a line or two
“I’m fine baby, how are you?”
I would send them but I know that it’s just not enough
My words were cold and flat
And you deserve more than that



Another airplane
Another sunny place
I’m lucky I know
But I wanna go home
I’ve got to go home

Let me go home
I’m just too far from where you are
I wanna come home




And I feel just like I’m living someone else’s life
It’s like I just stepped outside
When everything was going right
And I know just why you could not
Come along with me
This was not your dream
But you always believed in me



Another winter day has come
And gone away
In even Paris and Rome
And I wanna go home
Let me go home



And I’m surrounded by
A million people I
Still feel alone
And I wanna go home
Oh, I miss you, you know

Let me go home
I’ve had my run
Baby, I’m done
I'm coming back home
Let me go home
It will all be all right
I’ll be home tonight
I’m coming back home




Home - Blake Shelton (sedap oh lagu ni!)



Home is the BESTEST place for a traveler after a long journey...

Siapa kata hujan emas di negeri orang?

Ni...hujan platinum kat negeri sendiri!


:: wOrLd OdYsSeY ::

Main masak-masak di hutan Encik Boughaba!

Oh!
Ini bukan tajuk cerita Shin Chan ye!




Pertengahan musim panas baru-baru ini, aku melepaskan boring di hutan. Haha! Dah tak ada tempat lain agaknya. Junior aku syorkan tempat ini. Dengar cerita, hutan itu merupakan tempat perkumpulan burung satu dunia! Wah! *Berangan BBQ burung helang*.

Jadi, lepas merisik sana sini, kami pun dah bersetuju dengan kenalan Arab untuk bawa kami ke tempat tersebut. Oleh sebab manusia susah nak tepati janji, kami lambat tiba di lokasi yang dah ditetapkan, lewat hampir satu jam rasanya. Lepas dah rekrut satu batalion orang-yang-teringin-nak-ke-hutan, maka kami pun menaiki teksi kabir (teksi besar) untuk ke sana.

Nak pergi ke sana, memang seksa! Lebih-lebih lagi untuk budak-budak yang tak ada kereta. Ceh. Lepas turun dari teksi, kami kena berjalan lagi untuk sampai ke tempat yang sebenarnya. Kebetulan, jalan pintas yang sering dilalui ditutup pula hari itu. Kalau nak lalu juga, kami kena melalui tanah yang cerun. Maka, nak tak nak terpaksa 'merentas desa'. Tempoh yang sepatutnya boleh 10 minit saja telah berganda 3! Hipotesis : semakin bertambah kilometer, semakin berkurang berat badan. Sains aku A1.


Pintu gerbang Sidi Boughaba

Akhirnya, setelah mencantas onak duri di sepanjang jalan, ditambah lagi dengan bahang terik matahari yang membakar, kami pun tiba di pintu gerbang Sidi Boughaba aka Encik Boughaba. Pintu gerbang baru...belum kira kena jalan kaki lagi untuk cari tempat berehat pula. Letih...letih...Melompat-lompat depan kamera dulu untuk hilangkan penat. Peace!

Sidi Boughaba boleh dikatakan sebuah hutan simpan yang memulihara haiwan. Tempat ni terletak jauh dari bandar. Sebab itu, agak sukar nak ke sini. Tempat ini berpotensi untuk dijadikan kawasan rekreasi. Sayangnya, ianya tak begitu dipelihara dan tak dibangunkan. Tandas pun tak ada. Hanya set bangku dan meja batu untuk berkelah serta tempat memanggang BBQ. Itupun jauh ke dalam.

Memanggang BBQ

Sampai saja sini, benda pertama yang aku cari : BURUNG! *BBQ burung helang. Nyum-nyum*. Malangnya kami datang bukan pada waktunya. Perkumpulan para burung hanya meriah pada musim bunga saja, sedangkan kami datang pada musim panas. Oh kecewa! Burung ni macam tahu saja aku nak panggang beliau.

Ayam dan sosej panggang. Kentang dibakar dalam longgokan arang.

Kami mencari port yang redup dan sesuai untuk memasak BBQ. Di tepi tasik, berpuluh-puluh ekor kura-kura menyambut ketibaan kami. Terubat sikit kekecewaan. Kami melemparkan roti ke arah kura-kura yang tak memilih makanan itu. Kemudian, kami mula membakar arang untuk memanggang ayam, sosej dan kentang. Sambil itu, kami menjamu mata melihat pemandangan yang menghijau.


Menjerit teruja melihat kawanan burung yang memutih mengembangkan sayap bertebaran di udara.

Mengacah-acah kura-kura yang berebutkan makanan percuma.



Menyapa itik yang berenang dengan bahagia di tengah tasik.

Tiupan bayu kembali menyejukkan badan dan hati.

Kentang berkeju.

Kalau aku masih berada lagi di Maghribi, sudah pasti aku akan menjejakkan kaki sekali lagi di sini. Tentunya pada musim bunga! Dapat memanggang burung helang dan mencedok kura-kura yang banyak itu untuk dijual. Tentu mereka bersyukur sebab aku dah nak balik dalam masa terdekat. Selamat korang!

Sedap hingga menjilat kaki!

Okay. Aku nak ke Spain. Sila jangan rindu.


BLING$ BLING$ BLING$

Teksi kabir : MAD10 (1 kepala, pergi balik)
BBQ party : Sebanyak duit yang ada..=D



:: wOrLd OdYsSeY ::

Kota Merah Marrakech

Marrakech
Land of God




Sabtu, 24 Jan 2009

Donat coklat dah siap. Nasi impit dengan kuah kacang dah dibungkus. Ayam goreng pun tinggal masa untuk diratah saja.
So, what are we waiting for? Let's start our journey to Marrakech, the tourism city!

Nama Marrakech berasal daripada bahasa Barbar ( Amazigh ) yang bermaksud 'Land of God' atau ' Tanah Tuhan '. Beberapa dekad yang lalu, negara Morocco atau Maghribi lebih dikenali sebagai Kingdom of Marrakech atau Kerajaan Marrakech dalam kalangan bangsa Arab, Parsi dan Eropah. Bandar ini juga pernah menjadi ibu kota Maghribi suatu ketika dahulu.

Gambaran suasana kota Marrakech

Kami mengambil teksi dari rumah ke stesen kereta api L'Oasis sekitar pukul 12.30 tengah hari. Terkejut juga melihat harga yang tertera pada tiket ke Marrakech; 84 dirham! Agak mahal. Mungkin kerana kedudukannya yang jauh dari bandar kediaman kami. Kereta api yang dijadualkan tiba pada pukul 12.58 pm masih tidak kunjung tiba sehinggalah jarum jam menunjukkan hampir pukul 1.30 pm. Orang pula semakin ramai. Majoritinya tak salah lagi, bermatlamatkan Marrakech juga! Resah menanti, kami merakamkan detik-detik awal pengembaraan kami di situ.

Akhirnya, kereta api yang ditunggu mula menampakkan kelibatnya. Tolak-menolak mula berlaku untuk mendapatkan tempat duduk. Sayangnya, kami terpaksa berdiri lebih kurang setengah jam kerana kepadatan gerabak seperti sardin. Setelah melepasi satu dua stesen, barulah kami dapat duduk dengan selesanya (tak adalah selesa sangat, berhimpit juga, bersyukur..bersyukur..).

Perjalanan selama tiga jam setengah agak membosankan. Mujur juga mata kami dijamu dengan pemandangan bukit-bukau dan dataran yang indah menghijau. Terhibur juga melihat gelagat manusia yang hidup di situ. Terlintas di hati, bagaimana kalau diri sendiri yang berada di tempat mereka? Tak dapat dibayangkan kehidupan di kawasan yang agak terpencil itu.

Gerbang utama stesen kereta api Marrakech

Kereta api menghentikan enjin akhirnya. Wah! Inikah stesen kereta api Marrakech? Terpukau kami dengan kemewahan dan keindahannya yang tersergam megah di depan mata. Kedatangan kami disambut oleh seorang mahasiswa yang menuntut di sana, yang seterusnya menjadi tourist guide kami sepanjang lawatan ke bumi merah itu.

Stesen kereta api Marrakech. Bukan lapangan terbang.

Sekali lagi kami terpana apabila melangkah keluar dari stesen itu. Bandar Marrakech benar-benar menarik perhatian kami. Istana budaya berkubah antara yang terawal menyambut tetamu yang tiba di bandar itu. Bas merah dengan tulisan Marrakech Tour juga menarik pelancong asing untuk mengelilingi bandar pelancongan itu. Sayangnya, kami tak cukup bajet untuk menaiki bas dua tingkat tanpa bumbung itu yang dengarnya meletakkan harga MAD 120 untuk satu kepala. Jalan raya juga penuh sesak dengan teksi dan kereta kuda yang sudah tentunya membawa pelancong menikmati keindahan kota itu.

Istana budaya berkubah, mungkin.

Kami menaiki bas yang akan menuju ke rumah yang akan diinapi. Sepanjang perjalanan terdetik rasa hairan melihat hampir kesemua bangunan berwarna merah. Persoalan itu punya jawapan tersendiri. Dahulunya, bangunan-bangunan di Marrakech dibina dengan tanah liat yang berwarna merah. Maka, demi mengekalkan tradisi ini, semua bangunan dicat dengan warna merah yang menjadi lambang dan identiti bandar itu sehingga kini.

Deretan bangunan merah. Dari kejauhan kelihatan masjid Awatif.

Masjid Awatif berdiri megah di hadapan kami. Di sebelah masjid itulah terletaknya rumah yang bakal ditumpangi. Tuan rumahnya yang bernama Abdul Aziz baik sekali. Isterinya yang tidak pernah lekang dengan senyuman bernama Amina. Punyai sepasang cahaya mata yang cukup indah budi pekerti mereka iaitu Hajar dan Bilal. Fatimah az-Zahra, sepupu mereka juga sedang bercuti sementara di situ.

Rumah tempat tumpang berteduh. Lagi best daripada hotel!

Makan malam kami dihidangkan dengan baghrir (menyerupai lempeng) yang disapu madu bersama segelas kopi susu yang amat menyelerakan (kami memang tengah lapar ketika itu). Sangka kami itulah penutup malam kami, tetapi rupanya selepas itu datang pula hidangan utama! Tajin! Wah, dah lama rasanya tidak menyantap tajin lebih-lebih lagi tajin kibas!

Baghrir bersapu madu berserta kopi susu.

Tidur kami malam itu teramat lena dengan perut yang kekenyangan seperti ular sawa ditambah pula dengan rasa letih sepanjang perjalanan pada siang hari tadi. Simpan tenaga untuk esok hari!



BLING$ BLING$ BLING$

Teksi ( Hay Inara - stesen L'Oasis ) : +-MAD20
Kereta api ( L'Oasis - Marrakech ) : MAD80 - MAD90
Bas sekitar Marrakech : MAD3.50 - MAD4.00



:: wOrLd OdYsSeY ::