Seminggu di Syurga

"هل يوجد انترنيت؟"


Apakah perasaan anda jika tidak dapat bercakap selama SEMINGGU?

Apa yang anda rasa apabila tidak dapat meluahkan sesuatu yang sangat ingin dikongsikan?

Bagaimanakah rasanya jika sepanjang seminggu, anda amat perlu berfikir semasak-masaknya sebelum bercakap?

Pernahkah anda menjadi GAGAP seminggu lamanya?

Bagaimana jika bahasa ibunda anda adalah BAHASA LARANGAN?




Rasa seperti terPENJARA?

Anehnya...

Kenapa aku merasa seolah terawang di SYURGA???



أسبوع اللغة العربية

التاريخ : 7 - 13 آذار 2010

الموضوع : تثقيف لغة الجنة في حياة الطلبة

V2c المشارك : أهل بيت



MINGGU BAHASA ARAB
TARIKH : 7 - 13 MAC 2010
TEMA : MEMBUDAYAKAN BAHASA SYURGA DALAM KEHIDUPAN MAHASISWA
PESERTA : AHLI RUMAH V2C



Seminggu tak cakap Bahasa Melayu wa cakap sama lu! (ada je terbabas sikit-sikit~)




PEMERHATIAN

1) Semua ahli berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk minggu ini. Gagap pun gagaplah, janji cakap ARAB ! Bangun subuh je terus speaking : كم الساعة الآن ؟ (pukul berapa sekarang?)

2) Semua berusaha meng'arab'kan pancaindera. Cakap arab, dengar arab, tengok arab (bukan skodeng maaa...), tulis arab. Bayangkan seminggu aku dengar lagu arab je??? Dahlah lagu arab aku sikit. Pengajaran : kurangkan download lagu inggeris!

3) Rumah yang selalu gegak-gempita macam disko, tiba-tiba berubah sepi umpama diserang garuda. Kenapa? Kerana semua mengambil masa untuk berfikir dahulu sebelum bercakap. Yang ada cerita menarik terpaksa bersabar bercerita dengan slow motionnya sebab nak fikir cara menyusun ayat dulu. Ada juga yang terus hentam cakap Melayu. Dan yang lagi best, ada yang tahan je cerita sebab sukarnya nak menyusun ayat dalam Bahasa Arab!

4) Terasa agak janggal apabila bercakap Bahasa Melayu! ~Bukan bermakna lupa asal-usul~


BANCIAN dan MAJORITI

(1
ما رأيكم عن هذا الأسبوع؟
- جيد و ممتاذ


1) Apa pandangan anda tentang minggu Bahasa Arab ini?
- Terbaik!


(2
هل يمكن التكرار هذا الأسبوع في وقت آخر؟
- طبعا


2) Patutkah minggu Bahasa Arab ini diadakan lagi pada waktu lain?
- Semestinya!


(3
من تتكلم اللغة العربية أكثر في نظرك؟ أعطيني إسمان (2 إسم) إلا المسؤولة وإلا أنت
- أختنا فرح


3) Pada pandangan anda, siapa yang paling banyak bercakap Arab? Berikan 2 nama kecuali nama penganjur dan nama anda sendiri!
- Saudari Fawaha! ~Satu lagi nama terpaksa dirahsiakan demi mengekalkan keamanan bumi!~


(4
أي هدية أعجبتك؟ إختاري 1 فقط
- المأكولات
- الدب! لكي أنام جيدا
- النقود! قد إنتهى فلوسي في البنك
- الأخر ... أكتبي


4) Hadiah yang manakah idaman kalbu? Sila pilih 1 sahaja!
- Makanan! (Saya anti diet!)
- Teddy bear! Supaya tidur saya lebih lena~ zzz
- Duit! Dalam bank dah kering~
- Lain-lain... sila nyatakan :

=Kenapa perempuan suka Teddy Bear? 4/7! Mungkin tidur tak lena selama ni...


'Coz I'm as cool as Elvis Presley!

(5
ما هي العقوبة لمن الذي يتكلم غير اللغة العربية؟
- درهم


5) Apa hukuman yang sepatutnya untuk mereka yang tidak bertutur dalam Bahasa Arab?
- $$$ semestinya! Bayar! Bayar! Bayar!



TAHUKAH ANDA YANG ANDA TAK TAHU?


  • Tema warna untuk MINGGU BAHASA ARAB adalah warna PELANGI.
  • Nombor terpilih adalah nombor 7, yang mewakili :
7 ahli V2C
7 hari
7 warna


Dari kiri : Izzaty, Aini, Atiqah, Salmee, Naeilah, Farah dan Athira


  • Pemilihan PESERTA TERBAIK (paling banyak bertutur Bahasa Arab) terpaksa dilakukan 2 kali kerana persaingan yang sengit.
  • Hadiah untuk peserta terbaik
Depan : kupon 7 dirham ber'liminate'


Belakang : syarat-syarat penggunaan

  • Saguhati untuk semua
Coklat MILKA perasa Truffle and Almonds dan kupon 7 dirham tak ber'liminate' dan tak available untuk digunakan.


CooL CheF :

Akhirnya, MINGGU BAHASA ARAB melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang. Sekalung penghargaan dan TAHNIAH kepada semua yang memberikan kerjasama. Tirai akan kembali disingkap tidak lama lagi... Bersedia untuk cabaran yang seterusnya!

Lepas ni kita buat MINGGU BAHASA ISYARAT pula. Semua ahli V2C sila berlatih untuk tidak bercakap langsung selama seminggu!


~Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima~

9 comments:

Anonymous said...

wah...!!!!!!!!!!!!!!!interesting!!!!!!!!!!!!!!!!!can i suggest to my fren to do this toooooo?????haha

creamyfiodesi said...

yeah..it's so interesting! you're please to do that..wish you'll happy! good luck! =D

creamyfiodesi said...

err...mind if i ask your name?

aisyah said...

Waaa...
Best nye camni...
But I can't imagine. You? Not talking? For a week?
Haha ^.^
Talkative girl!

mrym said...

haha betull ecah..

rinduu nye bhse arabb >.<

aisyah said...

aisyah to maryam:
Buat cam my blog la pulak kan..
Haha =)
Sorry Trex..
Aah rindunye bahase arab..
Sekarang sepatah haram pun tak reti nak cakap arab huhu~
Mesti ust Fauzi (my crush haha^^) ngan ust Farizan sedih kan :(

Syafinaz Razak said...

ha...akaq...jgn lupe...dah ckp Arab seminggu tue,kenelah ajar orang kat sini..baru lagi improve arab akaq..
hehehe...
rindu nk blaja arab balik...
huhuhu~

Saya said...

bagusnya..nak suruh budak rumah buat jugak la..hikhikhik

ahli V2D said...

huhu sambutan yang amat hebat..
rasanya kalau kita sume uat cmtuh, meriah bahasa arab dlm hidup seharian .. barulah mantop!!

rasa nak lagi..