Ma Dumta fil Maghrib La Tastaghrib *Part 1*



Selama kamu berada di Maghribi (Morocco)
Janganlah berasa pelik!





Tinggal beberapa bulan je lagi sebelum aku bakal angkat kaki pergi meninggalkan negara ini (ceh...tesis tak siap lagi, ada hati cakap pasal balik). Mehlah aku cerita sikit perkara-perkara yang kita kurang atau tak biasa dengar kat Malaysia tapi sebenarnya ada di negara lain. Benda-benda yang kalau kita dengar mesti terlahirnya perkataan (HUH?) atau (What the...?).

Tapi benda tu tak pelik pon sebenarnya bagi penduduk tempatan. Entah-entah dia lagi pelik tengok kita pelik tengok negara dia pelik (pelik betul ayat ni...). Alaa...macam dia pelik tengok kita beriya-iya jilat jari sampai licin lepas makan selori durian padahal dia baru bau dari jarak 1 km pon dah termuntah. Macam tu lah contoh dia lebih kurang. Yang penting setiap negara tak sama budaya kan? Maka, kepentingan mengembara sekali lagi ditekankan di sini!



WANG $$$ FULUS

Apa ada pada duit??? Kita mulakan dengan duit sebab aku tau semua orang mata duitan. Hahaha! Duit kat Morocco ni biasa je, tak ada apa-apa pon, macam duit negara-negara lain juga, tapi ada juga beberapa perkara yang berkaitan dengan duit ni yang buat kita rasa aneh. Kalau korang tak rasa pelik, lantak koranglah.


1) Pertama sekali kita tengok dulu apa rupa duit Morocco ni. Oh ya, matawang sini ialah dirham. Kalau ditukar ke ringgit Malaysia, RM 1 = MAD 2.5.


dari atas : MAD 100, MAD 50 dan MAD 20


syiling 2 dirham


Apa yang ada pada duit ni? Dekat dua-dua jenis duit ni ada gambar seorang mamat (dilarang keras panggil mamat di negara ini!) aka RAJA MAGHRIBI sekarang. Untuk pengetahuan, beliau adalah Raja Muhammad ke-6 yang merupakan pemegang jawatan tertinggi kat negara ini. Lagi tinggi daripada Perdana Menteri. Penduduk Morocco ni sangat-sangat bangga dengan raja mereka. Sampai ada yang jual gambar raja mereka kat pelancong asing. Gambar raja berburulah, raja dan isterilah, raja dan puteralah...macamlah aku nak beli. Terfikir gak aku tak ada ke orang yang nak bomohkan gambar tu ye? Hmmm...

Ok, berbalik kepada topik, cuba bandingkan duit ni dengan duit kita. Duit kita semua gambar Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama. Dari dulu sampai sekarang. Tak ada pula tukar jadi gambar Tuanku Mizan Zainal Abidin (cuba teka ni agong ke berapa?). Tapi duit Morocco ni bertukar gambarnya ikut raja pada zaman tu. Fuh, best gak jadi raja Morocco ni eh? Gambar sendiri tertera dekat matawang negara. Kalau gambar akulah, memang aku suruh buat satu muzium, letak semua duit yang ada gambar aku je dari sen sampailah ringgit. Best! Best!


2) Kalau kita pakai duit sen, sini pula pakai sentem. Duit paling kecil adalah 5 sentem. Macam 5 senlah. Duit 5 sentem ni memang susah sikit nak jumpa. Kalau jumpa tu lebih baik tak payah guna. Buat koleksi peribadi je.

Biasa kita pergi super market mesti harga barang 99 sen. Minyak masak 30.99, sabun 5.99, biskut 3.99, selipar jepun 1.99. Kat sini pun macam tu juga. Tapi yang aku tak puas hatinya, diorang tak ada duit 1 sentem, tapi sibuk nak buat sistem 99 sen ni jugak. Jadi, bila korang nak pergi bayar bil air dan elektrik yang berjumlah MAD 456.78, ianya akan digenapkan menjadi MAD 456.80. Baki 2 sen yang sepatutnya korang dapat kat Malaysia, akan ditelan macam tu je!

duit 5 sentem (warna emas, 3 dari kiri)


Macam tu jugak kalau korang pergi ke super market. Biasa kat super market pakai sistem 95 sentem. Adalah amat menyakitkan hati bila korang membayar MAD 10.00 untuk sebuku roti yang berharga MAD 9.95, dan korang tak dapat baki! Sebabnya, 5 sentem amat minima penggunaannya dan mungkin diorang tak sediakan stok duit 5 sentem di kaunter pasaraya. Baki 5 sen yang sepatutnya masuk kocek korang, telah masuk ke poket diorang tanpa rasa bersalahnya! Baik letak harga 10 dirham terus. Kalau kat Malaysia memang aku komen kat persatuan pengguna Malaysia.

Tapi yang lagi peliknya, bila aku beli barang dengan harga MAD 34.05, dia akan kira MAD 34.00 je. Masa ni, tak ada pula aku sibuk nak komen. Senyum sampai telinga je time keluar dari super market! Ceh...

3) Apa perasaan korang, pergi pasar beli ayam sekilo, tapi harga dia 340 riyal?!! Ini satu penipuan! Ambik ni, tendangan tanpa bayang! Wacaaa! Tapi itulah yang terjadi kat sini. Bawang sekilo 80 riyal, ikan sardin sekilo 200 riyal, baju sepasang 600 riyal.

Tapi ini sebenarnya membuktikan diorang ni amat terer matematik. Aish, macam mana pula tu? Caranya, duit riyal tu bahagi dengan 20 dan korang akan dapat harganya dalam dirham! Contoh : 600 riyal bahagi 20 = 30 dirham! Ceh, tak adalah mahal mana...Tak silap aku, sebelum ni diorang guna riyal sebelum tukar matawang jadi dirham sekarang. Jadi, benda tu dah terbiasa dan diorang masih guna riyal sewaktu jual beli walaupun bayar dalam dirham. Tapi, leceh jugaklah sebab setiap kali beli barang kena bahagikan dengan 20 dulu, baru tahu harga sebenar.


otak kalkulator diorang ni...


Sebab tu aku cakap diorang terer matematik. Penjual cakap dalam riyal, tapi pembeli bayar dalam dirham time tu jugak. Tak ada fikir-fikir dulu, bahagi 20 macam kitorang buat. Benda tu semua dah ada dalam kepala diorang. Walaupun pelik, tapi aku amat respect sama diorang dalam bab ni! Tapi markah subjek Mawarith aku still lagi tinggi daripada mereka. Hahaha! (gelak keji).



CooLCheF : Pelik ke?


Kamus Cafe :

Mawarith مواريث : Harta pusaka. Subjek ni banyak pakai kira-kira. Belajar laa. Best...


Sumber :
http://www.malaysianmonarchy.org.my
http://my-koleksi.blogspot.com/2008/08/gambar-siapakah-pada-wang-kertas.html



ما دمت في المغرب لا تستغرب

3 comments:

-И α Ě ɨ Ľ α- said...

salam malam2 dalam gelap..

lah itu je ke??? pelik2.. heheh
plg menarik bhagian otak matematik..
sy pon kalah terkial2 nak kira..hahah!

x per2 baru part1 kan?? huhu~~
pelik peringkat awal..

nti part ke10, pelik thap kronik~

MistyTiny said...

SALAM..
HAHAHAHAHA..

sangat lawak...
tapi...saya rase...
bab yg harga barang ??.99 dirham tue..
saye x rase pelik..coz...Malaysia pun dah x gune 1 sen and 5 sen dah skrg..
sume dah di rounded kan..
kalo harge brg RM1.99...
So, it bcome RM2..
KALO RM.1.98, pun jadi 2 rgit..
kalo RM1.95 rasenye jadi 2 ringgit jugak..
xtaulah..lame dh x gne 1 sen and 5 sen..
hehe...part nie jea yg saye xplik..part len..
PELIK PELIK PELIK...

creamyfiodesi said...

--> -И α Ě ɨ Ľ α-
haah la, baru part 1st..nnti part ke 10 baru tebabom!!

--> MistyTiny

oh ye? Mesia pon da wat gtu? aish, ni yg xpuas hati ni...ape la nasib duit 1 sen ngan 5 sen..uuuuu!!!

=D