Marrakech
Land of God
Land of God
Sabtu, 24 Jan 2009
Donat coklat dah siap. Nasi impit dengan kuah kacang dah dibungkus. Ayam goreng pun tinggal masa untuk diratah saja. So, what are we waiting for? Let's start our journey to Marrakech, the tourism city!
Nama Marrakech berasal daripada bahasa Barbar ( Amazigh ) yang bermaksud 'Land of God' atau ' Tanah Tuhan '. Beberapa dekad yang lalu, negara Morocco atau Maghribi lebih dikenali sebagai Kingdom of Marrakech atau Kerajaan Marrakech dalam kalangan bangsa Arab, Parsi dan Eropah. Bandar ini juga pernah menjadi ibu kota Maghribi suatu ketika dahulu.
Kami mengambil teksi dari rumah ke stesen kereta api L'Oasis sekitar pukul 12.30 tengah hari. Terkejut juga melihat harga yang tertera pada tiket ke Marrakech; 84 dirham! Agak mahal. Mungkin kerana kedudukannya yang jauh dari bandar kediaman kami. Kereta api yang dijadualkan tiba pada pukul 12.58 pm masih tidak kunjung tiba sehinggalah jarum jam menunjukkan hampir pukul 1.30 pm. Orang pula semakin ramai. Majoritinya tak salah lagi, bermatlamatkan Marrakech juga! Resah menanti, kami merakamkan detik-detik awal pengembaraan kami di situ.
Akhirnya, kereta api yang ditunggu mula menampakkan kelibatnya. Tolak-menolak mula berlaku untuk mendapatkan tempat duduk. Sayangnya, kami terpaksa berdiri lebih kurang setengah jam kerana kepadatan gerabak seperti sardin. Setelah melepasi satu dua stesen, barulah kami dapat duduk dengan selesanya (tak adalah selesa sangat, berhimpit juga, bersyukur..bersyukur..).
Perjalanan selama tiga jam setengah agak membosankan. Mujur juga mata kami dijamu dengan pemandangan bukit-bukau dan dataran yang indah menghijau. Terhibur juga melihat gelagat manusia yang hidup di situ. Terlintas di hati, bagaimana kalau diri sendiri yang berada di tempat mereka? Tak dapat dibayangkan kehidupan di kawasan yang agak terpencil itu.
Kereta api menghentikan enjin akhirnya. Wah! Inikah stesen kereta api Marrakech? Terpukau kami dengan kemewahan dan keindahannya yang tersergam megah di depan mata. Kedatangan kami disambut oleh seorang mahasiswa yang menuntut di sana, yang seterusnya menjadi tourist guide kami sepanjang lawatan ke bumi merah itu.
Sekali lagi kami terpana apabila melangkah keluar dari stesen itu. Bandar Marrakech benar-benar menarik perhatian kami. Istana budaya berkubah antara yang terawal menyambut tetamu yang tiba di bandar itu. Bas merah dengan tulisan Marrakech Tour juga menarik pelancong asing untuk mengelilingi bandar pelancongan itu. Sayangnya, kami tak cukup bajet untuk menaiki bas dua tingkat tanpa bumbung itu yang dengarnya meletakkan harga MAD 120 untuk satu kepala. Jalan raya juga penuh sesak dengan teksi dan kereta kuda yang sudah tentunya membawa pelancong menikmati keindahan kota itu.
Kami menaiki bas yang akan menuju ke rumah yang akan diinapi. Sepanjang perjalanan terdetik rasa hairan melihat hampir kesemua bangunan berwarna merah. Persoalan itu punya jawapan tersendiri. Dahulunya, bangunan-bangunan di Marrakech dibina dengan tanah liat yang berwarna merah. Maka, demi mengekalkan tradisi ini, semua bangunan dicat dengan warna merah yang menjadi lambang dan identiti bandar itu sehingga kini.
Masjid Awatif berdiri megah di hadapan kami. Di sebelah masjid itulah terletaknya rumah yang bakal ditumpangi. Tuan rumahnya yang bernama Abdul Aziz baik sekali. Isterinya yang tidak pernah lekang dengan senyuman bernama Amina. Punyai sepasang cahaya mata yang cukup indah budi pekerti mereka iaitu Hajar dan Bilal. Fatimah az-Zahra, sepupu mereka juga sedang bercuti sementara di situ.
Makan malam kami dihidangkan dengan baghrir (menyerupai lempeng) yang disapu madu bersama segelas kopi susu yang amat menyelerakan (kami memang tengah lapar ketika itu). Sangka kami itulah penutup malam kami, tetapi rupanya selepas itu datang pula hidangan utama! Tajin! Wah, dah lama rasanya tidak menyantap tajin lebih-lebih lagi tajin kibas!
Tidur kami malam itu teramat lena dengan perut yang kekenyangan seperti ular sawa ditambah pula dengan rasa letih sepanjang perjalanan pada siang hari tadi. Simpan tenaga untuk esok hari!
BLING$ BLING$ BLING$
Teksi ( Hay Inara - stesen L'Oasis ) : +-MAD20
Kereta api ( L'Oasis - Marrakech ) : MAD80 - MAD90
Bas sekitar Marrakech : MAD3.50 - MAD4.00
:: wOrLd OdYsSeY ::

2 comments:
aik rasanya hari tuh p tempat lain..
apdet zaman bile nye nih..aiyark
sila baca tarikh ye adik-adik...
hehe
Post a Comment