Bayu Bosphorus

3 Sept 2009, +-0100 am

Kami tidak menunggu lama selepas mengambil bagasi di airport. Lambaian kenalan maya kami di ruangan menunggu benar-benar melegakan. Aini manis tersenyum menyambut kami bersama suaminya, anak jati Turki.

Kami menumpang bermalam di rumahnya untuk semalaman. Apartment mewah dan sangat selesa. Betullah dunia bukannya luas. Sampai di Turki pun, bau tom yam memikat selera kami. Dan itulah kali pertama aku tengok dan makan BUDU! Serius aku tak tipu. Sedap gaklah sampai jilat-jilat jari. Tempat aku tak ada jual menatang ni la. Tempat korang ada ke?


Budu cap Kelantan. =)


0900 - 1000 am

Oleh sebab kami dah booking hostel, awal-awal lagi Aini dan suaminya menghantar kami ke jeti feri Kadikoy. Hostel itu terletak di sebelah Istanbul eropah sedangkan rumah Aini berada di Istanbul asia. Jadi, kami terpaksa menaiki feri untuk ke sana dan di sinilah kami harus berdikari untuk meneruskan perjalanan sendiri.

Jeton feri


Setelah membeli jeton (token untuk menaiki kenderaan awam seperti feri dan tram), kami menyeret bagasi masuk ke dalam feri. Selepas beberapa minit, feri itu mula berlayar, membelah Selat Bosphorus yang memisahkan Istanbul kepada dua bahagian. Selat Bosphorus juga dikenali sebagai Selat Istanbul (Istanbul Strait) dan menghubungkan Laut Hitam dengan Laut Marmara.
Di kejauhan, bayangan Masjid Biru, Aya Sophia dan Istana Topkapi menggamit retina. Bau pengembaraan menusuk hingga ke kalbu!


Kedudukan Selat Bosphorus.
Faham sekarang betapa pentingnya Geografi???


Setelah tiba di pelabuhan Eminonu, kami agak terbangak-terbangak sebelum disapa oleh seorang pemandu teksi yang bertanyakan destinasi kami. Tawar menawar dibuat dan kami bersetuju untuk membayar 2 lira setiap seorang. Walaupun pemandu teksi tu tak tahu jalan ke hostel, dia sangat bertanggungjawab sebab sanggup turun teksi pergi tanya orang-orang sekeliling arah jalan.

Pemandangan dari feri


Mavi Onur Guesthouse berlokasi strategik; hampir dengan pusat tumpuan pelancong. Kami menginap di bilik ground floor dengan 2 katil double-decker lengkap dengan pendingin hawa dan tandas yang mempunyai sistem lampu pengesan haba. Suis lampu tandas tiada, tapi siling tandas ini mempunyai sensor untuk mengesan haba pengguna. Setiap 5 - 10 minit lampu ini akan terpadam dan kita terpaksa menghulurkan mana-mana bahagian badan untuk membiarkan haba kembali dikesan. Agak leceh dan mengganggu sebenarnya, tapi aplikasinya sangat sesuai untuk meminimakan jumlah elektrik yang digunakan di samping memberi amaran kepada pengguna tandas supaya cepat keluar sebab orang lain nak guna! (Sesuai pakai kat asrama...)

Mavi Onur Guesthouse.
Mavi bermaksud biru dalam bahasa Turki.


Puas berehat dan mengemas diri, kami memulakan misi meneroka bandar Sultanahmet, bandar pelancongan ternama di Istanbul. Bandar inilah yang menempatkan monumen-monumen penting seperti Masjid Biru, Aya Sophia, Grand Bazaar dan Istana Topkapi. Matlamat utama kami sebenarnya untuk membeli sim card AVEA untuk memudahkan perhubungan dengan pemandu pelancong tak rasmi kami yang merupakan penuntut Malaysia di Turki. Sambil mencari kedai menjual sim card, sambil kami menyaksikan suasana sekeliling dengan gayatnya dan cuba menghafal jalan. Harap-harap ada 8 pasang mata lagi untuk menyaksikan semuanya!

Cantik kan? Ayuh berjalan!


Bersambung selepas Nightline...



BLING$ BLING$ BLING$

Jeton feri (Kadikoy - Eminonu) : TL 1.5 (1.5 lira)
Mavi Onur Guesthouse : € 12 / malam (12 euro)


Turki ep. 1 : Sabiha Gokcen's White Ticket...gilo! Nak dekat setahun baru ada sambungan kembara ni! -Harus rajin meng'update'-

2 comments:

Sha-na.Szied said...

assalamualaikum yeah,, setelah setahun br sy singgah sni heheh sbb x hapdet nye pasal :P

best .. akk masukkan byk gmbar..
dgn gmbar jeorg leh cuci mata :)

creamyfiodesi said...

waalaikumsalam...

eyemo pun boley cuci mata~

=D