OPS, PIRAMID!
KAHERAH 2011 -
Warganegara Malaysia majoritinya telah selamat dibawa balik ke Malaysia melalui penerbangan percuma dari Mesir yang kini bergolak. Rakyat bangun mendesak pengunduran Hosni Mobarak yang gila kuasa di Dataran Tahrir sehingga mengorbankan ratusan jiwa. Belum surut penentangan kali pertama, gelombang kedua pula datang melanda...
Undur masa ke 4 tahun yang lalu...
KAHERAH 2007 -
" Woi woi, dah nampak! Dah nampak! " Jerit Cafe Owner yang teruja ternampak puncak bucu piramid yang jelas kelihatan dari tingkap kameo (macam van), beberapa kilometer dari dataran tinggi Giza.
Mesir adalah medan pelajar Negeri Sembilan tajaan MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) menajamkan skil Bahasa Arab beberapa bulan sebelum memulakan pengajian. Kehidupan selama lebih 2 bulan di sini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Bukan hanya untuk menuntut ilmu, bahkan kami juga dibawa melawat ke serata tempat di bumi Anbia ini. Piramid di Giza antara salah sebuah destinasi yang harus dikunjungi.
Piramid Giza adalah salah satu daripada 7 keajaiban dunia purba, dan satu-satunya yang masih bertahan dan wujud sehingga kini walaupun piramid merupakan binaan yang paling lama berbanding yang lain.
Dah sifat manusia yang gila teruja bila datang tempat-tempat yang popular ni, nak-nak yang dikategorikan sebagai keajaiban dunia, macam tu jugalah aku time tengok piramid ni. Kagum woi, sekian lama tengok gambar je, tak sangka pula saiz dia sangat-sangatlah besarnya. Macam tak percaya pula manusia yang buat. Tapi yelah kan, manusia zaman dulu memang besar. Makin zaman bertukar, makin kecil manusia.
Apa yang bestnya piramid ni? Hmmm, macam yang aku tulis kat atas; macam tak percaya manusia yang buat. Lagi-lagi manusia zaman dulu. Kurun tu tak ada lagi jentera pembinaan yang canggih tapi masih dapat hasilkan satu monumen yang hebat dan masih bertahan sehingga ke hari ini. Macam mana tenaga manusia boleh digunakan untuk mengangkut dan menyusun bongkah-bongkah batu yang besar lagi berat tu untuk dijadikan bangunan? Mesti dah ramai yang mati sepanjang tempoh penghasilan piramid ni.
Korang tau tak piramid sebenarnya sebuah kubur atau tempat persemadian firaun? Agaknya diorang suka upacara pengebumian yang mewah, jadi awal-awal lagi dah bersiap sedia sebuah makam untuk dikebumikan bila mati.
Blok-blok batu piramid ni boleh dipanjat oleh pengunjung, tapi ada had. Sesiapa yang daki lebih had ni akan kena priitttttt! Jadi, jangan berangan nak naik sampai puncak! Masa tengah bersusah-payah panjat batu-batu tu ( panjang sebongkah je dah lebih separuh ketinggian aku! ), adalah mat saleh yang tengah terhendap-hendap satu lubang yang macam gua kat piramid tu.
Itulah pintu masuk ke dalam piramid. Tak tahulah kena bayar ke tak. Teringin jugak nak masuk, tapi kalau nak masuk lubang tu, korang kena merangkak! Heh! Poyo tak poyonya si firaun ni sampai nak masuk tengok mumia dia pun kena kowtow ( tunduk hormat la... )! Hidup dah berpangkat, mati pun dia bawak sama reputasi dia. Jadi, lupakanlah hasrat korang nak masuk ke dalam 'kubur besar' ni.
Lagi satu, selalu kita dengar ahli-ahli arkeologi yang pergi mengkaji tempat-tempat macam tu kena rasuk, santau etc... Tulah firaun? Heh, janganlah percaya tulah-tulah ni, macamlah diorang berkuasa sangat sampai ada tulah! Apa yang aku terfikir, kemungkinan ahli sihir dah jampi tempat ni, pakat-pakat dengan jin suruh duduk kat kubur firaun ni. Kan ada ahli sihir zaman firaun? Ini andaian aku, sila jangan terima bulat-bulat.
Kalau nak bergambar naik unta, ada satu tempat yang berhampiran kawasan piramid ni. Latar belakang baik punya. Boleh nampak 3 piramid yang terletak di dataran Giza.
Dipercayai firaun Khufulah yang memulakan idea membina piramid, diikuti anak dia - firaun Khafre dan seterusnya cucu dia - Menkaura. Ceh, ni kes satu keturunan nak mangkat dijulang la ni. Khafre juga dikatakan membina patung Sphinx, yang kalau dilihat dari depan seolah-olah menjadi penjaga piramid Khafre. (Ceh...)
Sphinx mengikut mitos Greek adalah makhluk berbadan manusia, berkepala singa dan bersayap burung. Kalau dapat tangkap manusia, dia akan bagi soalan. Kalau dapat jawab, terlepas, kalau tak, alamat koyak rabaklah tubuh badan dirobeknya! Khafre membina Sphinx yang melambangkan perwatakan gagah seperti singa, tapi berkeperibadian lembut seperti manusia.
Kalau diperhatikan, Sphinx ni tak ada hidung, dipercayai dibom tentera Napoleon. Tapi ada juga kata Sphinx ni memang tak berhidung sejak pembinaannya. Kat kaki depan patung ni pula dikatakan ada kuil. Tak tahulah betul ke tak. Kalau adapun, ada aku kisah? Haha...
MESIR 12 Feb 2011 -
Kebangkitan revolusi rakyat berjaya memecahkan tembok dominasi Hosni Mobarak selama 30 tahun! Satu perkataan : bersatu. Hanya sepatah perkataan yang boleh menggulingkan 3 dekad pemerintahan. Ops Piramid boleh berakhir.
CooL CheF :
1) Ops Piramid = Perpindahan warganegara Malaysia dari Mesir ke tanah air.
Perpindahan balik warganegara Malaysia dari tanah air ke Mesir = Ops KLCC ???
Mungkin KLCC boleh jadi salah satu daripada 7 benda ajaib dunia pulak lepas ni. =)
2) Aku tak tahu aku dah pergi 2 tempat yang dikategorikan sebagai 7 keajaiban dunia purba sampailah aku tulis entri ni. Piramid Giza di Mesir dan Kuil Artemis di Ephesus, Turki.

7 keajaiban dunia purba (dari kiri ke kanan, atas ke bawah ) :
Piramid Giza, Taman Tergantung Babylon, Kuil Artemis di Ephesus, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos, Patung Raksasa Rhodes dan Rumah Api Iskandariah.

Piramid berbucu putih kat tengah tu Khafre.
Yang kecil - Menkaura. Lagi satu : Khufu.
(Sebenarnya aku tak dapat beza mana satu Khufu dan Menkaura)
Kanan Menkaura kot. :)
Di dataran Giza ni ada 3 buah piramid besar yang terkenal dan patung batu Sphinx, ditambah lagi dengan beberapa piramid kecil. 3 piramid utama itu adalah : Khufu (Cheops), Khafre (Chephren) dan Menkaura (Mycerinus). Nama-nama ni adalah sebutan Mesir dan nama dalam kurungan tu bahasa Greek. Nama-nama ni diambil sempena nama firaun yang membinanya.Yang kecil - Menkaura. Lagi satu : Khufu.
(Sebenarnya aku tak dapat beza mana satu Khufu dan Menkaura)
Kanan Menkaura kot. :)
Dipercayai firaun Khufulah yang memulakan idea membina piramid, diikuti anak dia - firaun Khafre dan seterusnya cucu dia - Menkaura. Ceh, ni kes satu keturunan nak mangkat dijulang la ni. Khafre juga dikatakan membina patung Sphinx, yang kalau dilihat dari depan seolah-olah menjadi penjaga piramid Khafre. (Ceh...)
Sphinx mengikut mitos Greek adalah makhluk berbadan manusia, berkepala singa dan bersayap burung. Kalau dapat tangkap manusia, dia akan bagi soalan. Kalau dapat jawab, terlepas, kalau tak, alamat koyak rabaklah tubuh badan dirobeknya! Khafre membina Sphinx yang melambangkan perwatakan gagah seperti singa, tapi berkeperibadian lembut seperti manusia.
Kalau diperhatikan, Sphinx ni tak ada hidung, dipercayai dibom tentera Napoleon. Tapi ada juga kata Sphinx ni memang tak berhidung sejak pembinaannya. Kat kaki depan patung ni pula dikatakan ada kuil. Tak tahulah betul ke tak. Kalau adapun, ada aku kisah? Haha...
Jatuh saham tak ada hidung! Hahaha!
Ops, cuba tengok forepaw dia,
ada nampak pintu masuk ke chapel tak?
Itulah serba sedikit pengalaman aku ke Mesir. Kalau korang berpeluang jejakkan kaki ke Mesir, jangan lupa singgah piramid ok? Meh kita ambil iktibar daripada cerita firaun terlaknat itu. Tapi adakah semua firaun kejam? No idea. Setahu aku, firaun zaman Nabi Musa tu bernama Ramses II. Tapi firaun kan ada banyak, antaranya Khufu, Khafre, Menkaura, Tutankhamun (firaun terfeymes sebab termuda), Hatshepsut (firaun wanita) dan seangkatan dengan mereka. Jadi adakah mereka juga kejam, sombong, anggap diri tuhan dan semualah sifat-sifat yang negatif? Tak tahulah aku. Lu pikirlah sendiri! Yang penting kita tak ikut jejak firaun yang ditelan laut tu.Ops, cuba tengok forepaw dia,
ada nampak pintu masuk ke chapel tak?
MESIR 12 Feb 2011 -
Kebangkitan revolusi rakyat berjaya memecahkan tembok dominasi Hosni Mobarak selama 30 tahun! Satu perkataan : bersatu. Hanya sepatah perkataan yang boleh menggulingkan 3 dekad pemerintahan. Ops Piramid boleh berakhir.
CooL CheF :
1) Ops Piramid = Perpindahan warganegara Malaysia dari Mesir ke tanah air.
Perpindahan balik warganegara Malaysia dari tanah air ke Mesir = Ops KLCC ???
Mungkin KLCC boleh jadi salah satu daripada 7 benda ajaib dunia pulak lepas ni. =)
2) Aku tak tahu aku dah pergi 2 tempat yang dikategorikan sebagai 7 keajaiban dunia purba sampailah aku tulis entri ni. Piramid Giza di Mesir dan Kuil Artemis di Ephesus, Turki.
2 comments:
kak KLIA La... malu2 =_=
bukan ops KLCC, tp OPS KLIA !!
aahha
haha..ops2 ni kna tmpt feymes ngra tu. mesir feymes ngan piramid. klcc feymes kt mesia. so ops klcc r. hahaha!
apsal ko nak malu lak?? =D
Post a Comment