Krisis Baju Kurung Sukarelawan

Kau dah tak ada tajuk lain ke Cafe Owner?


Baru jadi sukarelawan sementara, kau dah bajet busy.
Itu belum lagi ada kafe sendiri atau jadi Perdana Menteri.


Abalon : "Kerja kena pakai baju kurung. Rasmi tu." (sambil tengok aku yang memakai baju biasa dan seluar jeans)

Cafe Owner (CO) : "Apa salahnya pakai seluar?" (sambil tengok balik abalon yang pakai seluar slack dengan kemeja dan tali leher...)


Baikkkk! Aku akan pakai baju kurung. Tapi, berlakunya kejadian yang di luar jangkaan.

CO : "What the heck?!! Mana baju-baju kurung aku???" (sambil selongkar almari habis-habisan sampai terkeluar isi perut almari tu)

Tak puas hati, aku pergi punggah pulak almari baju lama. Penuh dengan baju emaklah pulak. Selongkar lagi bagasi-bagasi yang aku bawa balik dari perantauan, tak ada juga walau sehelai bulu kain baju kurung! Nak kerja lagi 2 hari, baju kurung aku hanya ada +- 5 pasang saja?

Oh, ini krisis terburuk dalam sejarah dunia!

Apa akan terjadi kalau bekalan baju kurung tak ada?

Terbayang mata-mata yang memandang slack CO yang pakai baju yang sama setiap minggu.

Terdengar suara-suara umpatan makcik Murai dengan bisikan yang sengaja dikuatkan volumenya "Kesian budak baru tu, tak ada gaji lagi nak beli baju baru."

Terfikir kata-kata bakal majikan yang matanya memandang laptop sedangkan aku berdiri di depan beliau : "Prestasi kita merudum disebabkan penampilan kamu yang hanya ada 5% baju kurung berbanding yang dimiliki anak perempuan 5 tahun saya. Oleh itu, gaji pertama kamu akan dipotong 5% juga."

Oh tidakkkkk!!! Karier aku akan musnah sebelum sempat aku membinanya!!!

Bagaimanaaaaaaaaaaa?????????????????????

Ok, beratur. Beratur! Jangan rambang mata ya.

Bila difikir-fikirkan semula, aku memang mengalami kekurangan baju kurung sejak dulu lagi. Dalam setahun, purata baju kurung baru yang dibeli adalah 2 pasang! Itupun sempena hari raya. Pembelian baju kurung selain waktu ini adalah suatu kejanggalan pada aku!

Maaf baju kurung. Aku masih tak sanggup berpisah dengan encik Seluar...

Dengan langkah yang longlai, aku menuju ke almari emak yang sedang dalam permusafiran dan merembat beberapa pasang baju kurung yang cantik dipandang mata aku. Terima kasih kepada baju kurung beliau yang banyak, karier aku bermula dengan cemerlangnya! Oh ibu! Kau sentiasa ada walau di saat suka dan duka! =)

Setelah emak balik dari bermusafir, beliau telah membelikan aku beberapa pasang lagi baju kurung! Wah, saat ini baru aku rasa betapa pentingnya memiliki baju kurung! Terima kasih emak! =D

Emak : "Pakailah jubah."

Oh emak! Tolong jangan buat lawak!

Jubah macam ni aku nak! Cool walawei!


Oh ya, aku sukarelawan bergaji ye!

11 comments:

una husna said...

salam tirex.. lawak betul part jubah yg ko nak tu. the same tirex i knew long years ago!! rindu ko ~

creamyfiodesi said...

wsalam.
yep, im the same as before. :)
bile nak jumpe ye? harap2 dpt bwk aku tour indonesia!
mohon dgn sgt! hehehe!

wanacesh said...

haha3,kelaka la mak kau trex suh pakai jubah,,ko dh nk stat koje ke bestnyer!!!

pst2,,aku pon slalu rembat baju kurung mak aku gk,wakaka

creamyfiodesi said...

haha.. merembat baju kurung adlh aksi terlarang. dont do this at home! =)

Syafinaz Razak said...

huhuhuhu...
memang kak trex boto...

creamyfiodesi said...

pnut jeles la tu org nak pkai jubah akatsuki! hahaha! :D

Sha-na.Szied said...

salam!!! wahh tahniah yer dah masuk kerja.. suka-rela ape tu..?? bukan serta-paksa ker.. ?? ehehhe

kt mains or kat mana?? dapat gaji lak tuh.. So jgn TAK PAKAI baju kurung.. nt kene ptong gaji hihihih...

*saya tahu ade yg akak tokok tmbah kan dalam cite nih ??? :P *

una husna said...

salam cik tirex.. ko dah ada kat mesia ke? dah abeh belaja ke camne? dah keje ye?
kalau ada cuti inform la aku kat sini.. sementara ak belaja kat jogja ni boleh la aku bawak ko jejalan :)

creamyfiodesi said...

--> Sha-na.Szied
ey..kan dah bgtaw dlm emel, msti ko xbkak kan emel tu? cet.

*hmmm...ape yg ditokok tambah tu ye? hehehe..*


--> una husna
wsalam puan husna. haah tgh kt mesia nih, dah xmerasa la ek kpl trbg dlm masa skang..haha.
wahhh..terima kasih atas offer anda! nnti aku mntak cuti kt boss aku seminggu. hehehe. xsabar nih! :)

Maryam H said...

Bahahhaaaaaa...rex ko kije dah? kat nerrr...cukop bulan belanje? hehe

Cuba la pakai jubah tu. Sure reputasi naik!

creamyfiodesi said...

gaji xckop la. hahaha!

aik, kalo pkai baju kurung reputasi statik ke? lol! :D