Silhouette Siblings

...sambungan Salam Syawal dari pulau.

Masih hari pertama.

Walaupun belum puas amik gambar kat laluan jeti Kg Genting, kitorang dibawa oleh En Azizan ke Island Reef Resortnya. Resort dia memang berkedudukan strategik sebab laluan dia betul-betul di penghujung jalan jeti tersebut dan terletak antara tadika dan Klinik Desa Kg Genting.

Gerbang Island Reef Resort.
Sebelah kanan klinik.
Sebelah kiri tadika yang toiletnya horror sebab ada balak hanyut. Shi..lake!

Tinggi jugak resort ni wei. Atas bukit tu ha! Dengan beg satu tan sorang lagik! Sampai-sampai je kat atas, lobi resort menyambut kitorang. Err..lobi ke ha? Ah..yang penting kat situ la pejabat recipient, kantin, port melepak, tempat main dart etc...

Setelah sesi berbincang dan tawar-menawar pasal bot laju (cerita pasal bot laju dan bot biasa entri yang kemudian2), kitorang pon diberi kunci bilik dan dibawa ke chalet kitorang yang terletak di...hujungggg sekali aka puncak bukit! Mendaki lagi wei! Tapi aku puas hati sebab panorama alam dari chalet teratas ni memang cantik terutamanya kalau korang penggemar sunset dan sunrise-watching.

Timur Laut (counterclockwise) : 1. Kunci bilik no 9 & 10.
2. Chalet2 di Island Reef Resort.
3. Chalet kitorang kat hujung dunia.
4. Pemandangan walawei dari beranda chalet.

1. Tilam Vono beb siap tulis Maya Karin lagi. Hehe. Ada tv, air-cond, toilet luas. Water-heater je air kecik dan tak panas airnya.

2. Siap heater tok wat air 3 in 1, toilet paper utk aquaphobia, ashtray utk pesakit paru-paru dan sabun mandi. Seterika je takde, bawak sendiri. Jam oren tu aku punya!

Aku bagi markah 8/10 untuk resort ni. 1 mata tolak sebab awal-awal datang sini takde air waktu pagi 8am dan maghrib (ramai pengunjung lain time tu). 1 mata lagi tolak sebab water-heater tak panas (menggigil aku mandi air bukit wei!) dan air-cond panas coz penapis tak dibersihkan (kitorang cuci sendiri penapis tu, pehtu baru sejuk menggigil macam dalam salji). Overall, aku memang recommend resort ni sebab : 1- dekat dengan jeti, 2 - privacy (atas bukit), 3 - nice service, 4 - aku rasa harga berpatutan (aku tak sure sebab tak tau resort2 lain punya pakej) dan, 5 - ... errr..pergi sendiri la tengok! ^_^"


Pakej Island Reef Resort (IRR)

Ni berdasarkan pakej yang kitorang ambil.

Merah2 tu apa yang termasuk dan tak termasuk dalam pakej utk korang ambil perhatian, so ley buat bajet.
Sumber

Kitorang amik pakej 4 hari 3 malam sebab 3 hari tak cukup. Kekeke. So harga pakej ni adalah RM360 seorang (sebab amik 2 bilik triple untuk 6 orang ), termasuk bayaran feri pergi balik (RM70), makan 8 kali sepanjang duduk sana (bukan 8x sehari!) dan naik bot biasa ke tiga tempat iaitu Kg Tekek (duty free shop), Marine Park (tempat snorkeling - bayaran tak termasuk pakej) serta Pulau Renggis (juga untuk snorkeling).

Maklumat lanjut sila terjah web Island Reef Resort

p/s : aku tak dibayar untuk buat review ni, tapi kalau En Azizan dan sesiapa warga IRR yang terharu dengan entri ni, saya tak menolak jika anda tawarkan pakej percuma. Kuang3. =P


Selesai mentekadarah nasi goreng dan drummet tapau dari rumah, kitorang membut..aaa.. berehat lepas perjalanan berkereta selama 4 jam tambah perjalanan feri selama sejam setengah. Tapi, aku tidur tak lena pun sebab excited + angin panas (air-cond tak sejuk, macam mana nak tido?).

Disebabkan hari pertama tu takde aktiviti, maka kitorang bercadang bersiar-siar di sekitar kampung dan di tepi pantai. Selepas bersiap ala kadar, kitorang pun turun dari chalet sekitar 5.30 pm dan menuju arah utara pulau sebab nampak kawasan ni lagi happening dan ramai orang. Di kiri kanan jalan ada kedai runcit,kedai makan dan kedai souvenir. Selain IRR, terdapat jugak penginapan lain seperti Sun Beach Resort yang agak mewah dan sentiasa menjadi pilihan pelancong, serta Dumba Bay Resort (eh takpe2, snorkeling free pon ok encik tuan punya resort!).

Layanlah gambar-gambar ni. Aku cerita takde feeling. Heh~

Clockwise : 1. Ini mungkin amaran kiasan untuk orang yang intai tingkap toilet ni.
2. Kubur kecik taktau sape punya.
3. Aku first time dengar nama ni.
Aku dah jatuh cinta dengan fotografi.


If you did this, your 'childhood' was awesome!

Coz static is too mainstream.

Puas memekak kat pantai macam tempat tu kitorang punya, kakipun melangkah balik ke bilik buat apa yang patut sebelum turun makan malam pada pukul 7.30 pm (pakej makan 1st). Perut memang tengah lapar, hidangan pulak depan mata. Tak pandang kiri kanan terus sambar dengan gelojoh nasi putih lauk kari ayam, telur dadar, ikan sweet & sour, sup sayur, buah tembikai merah dan air oren. Aku dengan muka malu-malu kambing siap tapau nasi dengan air-air sekali. Aku bet orang resort tu tak pernah jumpa orang yang berani me'napau' makanan diorang selain aku. Hak3!

Selesai kalimantang-light dinner, kitorang sambung balik aktiviti merayau pulau. Kitorang singgah di kedai-kedai souvenir dan tshirt untuk cari barang-barang yang boleh dijadikan kenangan. Banyak pilihan yang ada, tapi tak banyak yang kitorang minat. Harga pun...

Satu fridge magnet ni RM7! Nasib baik besar + cun.
Malam tu hanya beli fridge magnet je dulu. Barang-barang lain kitorang just usha-usha untuk banding-banding harga dan design mana yang menarik. Apa yang aku perasan, kebanyakan tshirt di'design' untuk scuba-diver which pada pandangan aku agak tak puas hati sebab lagi ramai yang datang Tioman untuk snorkeling. So, patut buat baju snorkeler. Aku tak beli pun tshirt gambar scuba-diving sebab aku masih belum jadi diver, tapi baju tu buat aku bersemangat nak ambil lesen open water pada masa depan. (Kalau tak berpeluang scuba-diving, aku taram je la beli tshirt ni nanti bila-bila masa aku pergi pulau. Hik3. Cun woo!)

Kitorang jugak beli burger sebab ada orang lapar (bukan aku!). Harga burger ayam biasa RM3! Tercekik woi! Tapi tak dinafikan sos lada hitam dia memang sedap, memang menyelerakan! Malam tu aku tidur macam ular sawa kekenyangan siap conquer Vono sorang2 - buruk perangai.

Opss...apa jadi dengan nasi tapau?

Aku bangun sahur pukul 3 pagi!!! (Tapi tak puasa)


...to be continued...

Eh, tamat dah rupanya hari pertama! Yehoo~

Salam Syawal dari pulau

Walaupun dah hari raya ke berapa dah ni, tapi aku still nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin! Meh datang umah. Aku bagi biskut kering je...




Tahun ni (baca dalam mode sedih + background lagu raya emo) aku tak balik kampung. Kampung ada untuk dibaliki, tapi dah tak ada sesiapa untuk dilawati. Al-Fatihah untuk allahyarham2 datuk nenek dan makcik aku.

So, daripada balik kampung just untuk tengok rumah tinggal je, baik aku pergi Tioman!

Yes! Pergi Tioman! (baca dengan nada excited + tutup radio lagu raya emo). Tiomaannnnnnnnnnn!!!


21 Ogos 2012 (hari ke-3 raya)

Kitorang sefamily plan nak ke Tioman dalam seminggu dua sebelum raya. Tapi booking resort, trip semua time last-last minute. Sebab semua malas nak carik maklumat pasal Tioman.

Sehari sebelum bertolak, kitorang plan nak gerak ke Mersing dari Seremban lepas Subuh sebab nak kejar feri ke Tioman pukul 11.30 am. Tapi...sebab masing-masing susah nak bang..errr..sebab masalah bukan teknikal kitorang mula bertolak dari Seremban dalam pukul 8.45 am.

Sebelum ni dalam entri Singapore, aku cakap perjalanan ke Johor yang memakan masa lebih kurang 4 jam teramatlah bosannya. Kali ni pun sama. Cuma kali ni disebabkan aku jadi co-pilot, so aku bertugas buat 'report' pasal keadaan traffic, spot port polis dengan kamera high speed trapnya, accident etc dalam Samsung Galaxy abang aku pakai application Waze. Bagus dan best oh application ni sebab bukan saja dapat kumpul maklumat dari user lain (in case ada high speed camera, boleh berlakon jadi pengguna jalan raya berhemah), tapi dapat kumpul point jugak kalau send report aka information untuk berkongsi dengan driver-driver lain (kumpul mata untuk unlock item-item lain dalam Waze. Alaa..macam main game). Selain layan mende alah ni, aku bantai tidur la, apa lagi!

Untuk ke Tioman dari Seremban, korang lalu highway PLUS, lepas tu amik exit Ayer Hitam. And then, ikut jalan ke Kluang. Dari Kluang boleh terus masuk ke Mersing. By the way, ada dua route untuk ke Tioman. Kebiasaannya, orang dari Selatan amik jalan Mersing. Tapi, orang dari Utara akan lalu ikut Tanjung Gemok di Rompin, Pahang. Disebabkan jeti Mersing selalu padat dengan manusia termasuk foreigner sekali, korang boleh amik second choice ke Tanjung Gemok. Jarak Mersing dengan Tanjung Gemok lebih kurang 45 minit perjalanan naik bas je pun. Lagi satu, feri Tanjung Gemok tak se'meriah' feri Mersing. So, tak payah pening-pening kepala nak berebut seat. Takpun kalau korang duit bersepah, boleh ambil flight terus ke Tioman.

Dalam pukul 1.15 pm barulah kitorang sampai di Mersing. Ini first time aku pergi Mersing. First impression aku : bandar ni macam old town. Banyak bangunan seolah-olah dibina pada zaman penjajahan Inggeris dulu (entah-entah memang ye). Hehe.

Welcome je? Air takde?

Sampai di kawasan jeti Mersing, kitorang park kereta kat tempat khas untuk mereka yang nak tinggalkan kereta dua tiga hari. Aku tak ingat bayaran untuk sehari berapa, tapi tak silap aku lebih kurang RM8 untuk car park yang tak berbumbung. Yang berbumbung aku tak pasti berapa harganya, tapi better korang carik berbumbung laa. Sayangi kenderaan korang. Hahaha...

Lepas selesai menunaikan hajat setelah beberapa lama duduk dalam kereta, kitorang pun menapak ke pintu masuk feri Mersing. Perghhh..punyalah ramai orang. Dahlah sesak, panas lagi, sakit jiwa aku. Ceh...

Tengok tu! Punyalah ramai manusia! Sesak nafas wei...

Kaunter bayaran tiket untuk ke Taman Laut (Marine Park) di pintu masuk jeti.

Tambang feri pergi balik Mersing - Tioman - Mersing adalah sebanyak RM70 (RM35 sehala). Aku tak pasti jadual tepat feri dari Mersing ke Tioman, tapi yang aku dengar boleh naik feri pukul 9 am / 11.30 am / 2 pm. Apapun jadual feri ni depends on pasang surut air laut. Sebab tu last call untuk naik feri pukul 2 pm sebab air laut surut waktu petang yang akan menyukarkan feri untuk rapat ke jeti. Disebabkan kitorang lambat bertolak dari Seremban, maka kitorang ambik feri terakhir hari tu iaitu pukul 2 petang.

Kalau korang ada book mana-mana resort kat Tioman, kebiasaannya fees dia dah masuk sekali bayaran feri ni. So, korang just amik tiket feri jelah kat sini. Tapi, kalau korang nak ke Marine Park (salah satu hot spot snorkeling di Tioman dan kawasan wajib pergi) korang boleh beli tiket masuk kat pintu masuk jeti Mersing ni dengan bayaran RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk senior citizen (aku rasa tiket senior citizen sama dengan kanak-kanak) sebab bayaran masuk Marine Park memang tak masuk mana-mana pakej percutian yang korang ambik.

Kiri : tiket feri Mersing - Tioman - Mersing.
Kanan : tiket Marine Park.
Korang jugak akan diberi boarding pass pelbagai warna yang tertera nama feri.
Setahu aku, boarding pass kaler kuning seat paling bawah dan boarding pass hijau seat kat bahagian atas.


Lepas beratur-tak-beratur-sangat-la untuk masuk feri dan penumpang dari Tioman dah selesai mengosongkan feri, barulah pengawal bukak pagar untuk bagi kitorang pulak masuk. Potong queue dan tolak-menolak tu adegan biasa di mana-mana tempat beratur di Malaysia. Jangan lupa bagi hadiah siku kat diorang.

Tak kisah syarikat mana punya feri atau apapun nama feri tu, asal kau ada tiket naik je.

Sticker Island Reef Resort iaitu resort yang kitorang book. Pakai sticker ni, so diorang boleh spot korang bila korang sampai Tioman nanti. Aku lekat kat beg, sudahnya dah tak boleh tanggal. Ciss..

Lepas semua seat dah penuh, feri pun mula bertolak pada pukul 2 pm. Perjalanan dari jeti Mersing ke Tioman memakan masa selama 1 jam setengah memandangkan jarak antara kedua-duanya adalah 51 km (kenapa tak pakai batu nautika?).

Peta jarak dari Mersing ke Tioman dan pulau-pulau lain.
Sumber

Aku bukanlah aquaphobia atau anti-air, tapi kalau feri yang kau naik acapkali berayun-ayun ke kiri kanan depan belakang selang 10 saat selama sejam setengah, mau kau tak mengucap time tu! Nak-nak aku duduk kat aras paling bawah, kalau karam memang kitorang kena dululah. Aku asyik jeling safety jacket yang terletak kat bahagian atas kepala seat penumpang je. In case feri terbalik, memang aku terus sambar safety jacket tu sebab aku tak pandai berenang! Setakat menyelam kat pool atau sungai cetek bolehlah.

Jeti Kg Genting.
Search google untuk tau resorts yang terdapat di kampung ni.


Kitorang sampai di Kampong Genting, Pulau Tioman dalam pukul 3.20 pm. Untuk pengetahun korang, Tioman bukanlah satu pulau kecil yang hanya terdapat pokok-pokok kelapa, batu-batu besar, pantai dan terumbu karang. Tapi Pulau Tioman ni boleh diibaratkan seperti sebuah daerah, yang bukan sahaja ada sifat-sifat stereotaip sebuah pulau, tapi jugak ada beberapa perkampungan yang lengkap dengan kedai runcit, kedai makan, kedai cenderamata, gelanggang bola tampar, sekolah, mini airport, duty free shop dan sebagainya. Boleh bayang?

Beberapa perkampungan yang wujud di Pulau Tioman. Feri akan menurunkan penumpang di Kampong Genting dahulu sebelum menuju ke perkampungan lain.
Sumber

Semua perkampungan ini kecuali Kg. Juara menghadap semenanjung Malaysia, manakala Kg. Juara adalah satu-satunya perkampungan yang menghala ke arah Laut China Selatan. Risiko tinggi kalau bencana alam seperti tsunami melanda kampung ni.

Turun je dari feri, aku terpaku. Subhanallah. Memang kagum gila aku tengok pemandangan pulau tu. Alam hijau, pasir pantai yang putih dan air laut di kiri kanan jambatan yang jernih ditambah pulak dengan ikan yang colourful berebut makanan...memang heaven! Tenang dan rilex je rasa. Jambatan yang boleh diseberang dalam masa setengah minit boleh jadi 10 minit, ambik gambar punya pasal, sebab scenery dia memang cantik.

Ada bakat jadi pro photographer tak?

Selamat datang ke Kg Genting. Nampak bangunan biru kat hujung jalan tu?
Laluan ke Island Reef Resort yang kami book betul-betul terletak di sebelah kanannya. 

Sesampainya di jeti Kg Genting, Rompin, En. Azizan iaitu pengurus Island Reef Resort menyapa kitorang setelah melihat sticker resortnya yang terpampang di baju dan beg masing-masing. Kami dibawa menuju ke kawasan resort untuk penyerahan kunci bilik dan urusan tempahan bot laju.

Ok ke Island Reef Resort ni?


Bersambung...

p/s : penat woi tulis cerita panjang macam ni. Ingat nak buat satu hari satu entri untuk cerita 4 hari di Tioman, tapi hari pertama je dah...pengsan~

p/s 2 : kebanyakan entri travel aku bertujuan untuk memberi maklumat kepada traveler dan pelancong tentang kos perjalanan, fakta tempat, lokasi tumpuan, makanan tempatan dan souvenir berpatutan, jadi...karangan 2,3 helai kertas A4 adalah satu kemestian.

Pai Kotej Derhaka

Ramadhan kareem untuk semua!

Macam mana baram (bazar Ramadhan) tempat korang? Memuaskan? Apa-apa pun jangan jadikan bazar Ramadhan sebagai bazir Ramadhan. Hargai rezeki, bersederhana dan bersyukurlah dengan apa yang ada.

Setiap kali Ramadhan, aku biasa ikut ayah pergi baram cari makanan. Selalunya dekat baram ni kita akan jumpa makanan yang tak biasa jumpa pada bulan-bulan lain. Itu salah satu sebab aku rajin pergi baram. Tapi tahun ni tak tahu kenapa aku bosan pergi baram. Mungkin sebab aku selalu sangat pergi ataupun sebab makanan-makanan yang dijual tak bervariasi.

Sana jual ayam percik, sini pun jual ayam percik. Kiri soya kanan soya. Depan jerit roti john belakang pun laung benda yang sama. Lauk pauk pun lebih kurang je semua gerai. Aku bertambah fed-up bila peniaga-peniaga ni suka menjerit-jerit nak tarik perhatian. Biasanya kalau dengar peniaga jerit, confirm aku takkan pergi gerai dia. Menyampah aku. Rilex-rilex sudahlah. Kalau makanan kau sedap, orang akan datang sukarela tanpa perlu dipanggil.

Disebabkan aku boring tengok benda yang sama kat baram, aku pun decide masak sendiri menu yang tak biasa orang jual. Inilah dia - COTTAGE PIE! Act, aku dah lama nak buat benda alah ni, cuma masa dan bahan-bahan tak mengizinkan. Akhirnya, setelah lama merengek kat mak aku nak buat benda ni, mak aku pun tolonglah belikan bahan-bahannya. Haha. Terima kasih mama!


PAI KOTEJ DERHAKA

Memang nampak sedap kalau aku masak. Wakaka

Kenapa derhaka? Sebab aku main taram bahan-bahan dia ikut suka. Hahahaha. (gelak gaya penjahat nak takluk dunia)

Aku tibai resepi dari sini. Simple dan tak merumitkan cara masak dia. Terima kasih puan empunya blog. :)

Cottage pie ialah sejenis masakan Inggeris yang inti utamanya adalah daging lembu cincang, kentang lecek dan keju. Ia menyerupai Shepherds pie tapi sedikit berbeza yang mana Shepherds pie menggunakan daging kambing sebagai ramuan utama.

Pai kotej derhaka aku pulak guna daging ayam cincang. Hentam sajalah labu. Janji sedap!

Boleh jadi snek petang.
Sumber : google.


Bahan-bahan (aku dah susun bahan-bahan ni ikut turn, senang korang) :

A
1 setengah biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - hiris, remuk suka hati korang
2 atau 3 sudu pes rempah kari daging (pes tu rempah tambah air kalau korang tak tahu)
Daging cincang (suka hati nak letak banyak mana, ikut kapasiti perut dan bilangan pemakan)
Setengah batang lobak merah
3 setengah biji tomato (pelik-pelik kuantiti sayur aku ni)
Garam dan lada hitam sesedap lidah merasa
Beberapa batang daun sup

Aku pakai Ramly punya.
Sumber


B
3 biji ubi kentang
Sepapan ais
(apa kaitan kentang dengan ais, tunggu! ngehehe~)

C
Sebungkus keju slice

Jenama SCS. InsyaAllah diperakui halal.
Sumber : google.


Cara-cara taram :

A (masak serentak dengan B! - tengok cara masak B)
1- Panaskan minyak. Aku pakai minyak zaitun. Sedap lagi berkhasiat. Jangan risau, kalau korang tak suka bau dia, bau tu akan hilang bila pai ni siap dibakar nanti.

2- Masukkan semua bawang besar dan bawang putih dan tumis sampai garing.

3- Masukkan pes kari daging. Walaupun aku cakap 2,3 sudu je, tapi korang boleh tambah lagi kalau korang suka. Kari ni tak rasa sangat nanti. Kasi lagi garing.

4- Giliran daging/ayam cincang pulak terjun kuali. Masak sampai masak. (paham ke ayat aku ni?)

5- Once ayam tu dah lembut, masukkan pulak lobak merah dan tomato. Boleh jugak tambah sayur lain macam kacang peas. Aku masuk dua jenis je sebab tu je yang aku jumpa dalam peti ais. Hakhak! Tak kelakar...

6- Garam dan lada hitam pulak. Masuk selagi korang boleh tahan dengan kemasinan dan kepedasannya.

7- Tutup api. Siat / gunting daun sup. Gaul. Settle.


B
1- Sekarang meh kita aplikasikan sains di dapur. Hehe. Toreh nipis sekeliling kulit ubi kentang. Kulit je!

2- Rebus sampai empuk.

3- Sediakn semangkuk air + sepapan ais. Rendam ubi kentang yang dah rebus tu selama 10 saat.

4- Cuba try kupas / tarik kulit kentang tu. Tadaaa. Test dulu baru tau. Setakat baca arahan ni je korang tak faham. Tengok video kat bawah.



C
1- Potong sekaligus sebungkus keju slice korang panjang-panjang.

2- Kalau korang kaya, beli keju cheddar atau parmesan etc.. dan parut.

Tabur banyak-banyak, dan lagi dan lagi.


Orite. Sediakan bekas yang sesuai dan masukkan A, B dan C ikut urutan. A bawah sekali, B kat tengah dan C dekat atas. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 30 minit atau lebih bergantung kepada ketebalan pai korang (apa pun, semua bahan dah siap masak actually).

Lepas siap bakar, keluarkan, baca doa dan... MAKAN!!!

Perghh sedap gila wa cakap sama lu. Lagi membunuh sedapnya kalo letak banyak daging cincang dan keju. Serius sedap. Aku sorang je boleh makan 3/4 bekas pai kotej ni.

Cuba ok! Nanti bagitau hasil korang macam mana.