Soal? Jawab!

قصص الأنبياء
سين وجيم


Kisah-kisah Anbia'
S dan J
(soalan dan jawapan)

Rujukan daripada buku ini, yang diterjemahkan oleh aku sendiri.
:D


س 1) كيف أهلك الله سبحانه وتعالى ثمود؟
بصَيْحة هائلة

S 1) Bagaimanakah Allah membinasakan kaum Tsamud?
Dengan teriakan yang menakutkan.


س 2) كم أخا كان ليوسف عليه السلام؟
أحد عشر أخا

S 2) Berapakah saudara (adik-beradik) Yusuf?
11 orang.



س 3) مَن الذي أمر بإطلاق سَراح يوسف من سِجنه؟
مَلِك مصر بعد أن فسَّر يوسف عليه السلام إحدى رُؤى الملك

S 3) Siapakah yang mengarahkan pembebasan Yusuf dari penjaranya?
Raja Mesir, selepas Yusuf menafsirkan salah satu mimpi baginda
.


س 4) كيف كانت نعمة الله سبحانه وتعالى على بني إسرائيل؟
أنقذهم من آل فرعون وأخرجهم من مصر على يد موسى عليه السلام

S 4) Bagaimana bentuk nikmat Allah ke atas Bani Israil?
Menyelamatkan mereka daripada Firaun dan mengeluarkan mereka dari Mesir di tangan Musa.




س 5) ما أول سورة في المصحف ذكر فيها نبي الله صالح؟
سورة الأعراف

S 5) Apakah surah pertama di dalam Al-Quran yang menyebut tentang nabi Allah - Soleh?
Surah al-A'raf



CooL CheF :

Dah lama tak bermain dengan bahasa, membuatkan otak dah mula nak berkarat. Sekali-sekala menterjemah, terasa sangat bahagia. Woot2!

Buku ini aku dapat hadiah cenderahati Pertandingan Catur Pingat Kasparov anjuran BAKANS (Badan Kebajikan Anak-anak N9) di Mesir tau! Jangan main-main, main catur dapat buku tu! Yang sedihnya, aku tak dapat jadi juara. Oh, sedih! Tak apa, tak apa! Kalah bermaruah! Blehhh..=P

No comments: