February Flight

ATTENTION PLEASE

To all passengers,
please fasten your seat belt,
because we're in scared to death - danger zone!


Apakah yang anda suka tentang kapal terbang?

Cara pemanduan berhemah pilot? Pramugara kacak? Servis pramugari? TV mini untuk setiap orang? Duduk sebelah tingkap? Pilihan makanan sejuk beku dan jus? Tidur dalam kepulan awan? Bantal dan selimut yang boleh dirembat? Tandas yang mempunyai sistem menyedut? Butang memanggil pramugara/pramugari? Apa? APA?

Aku suka order kopi bersama creamer. Dan melayan filem atau main game, kemudian tidur bila kapal terbang bakal mendarat satu / dua jam lagi.


Apa pula sebab anda berharap tak naik kapal terbang?

Acrophobia aka penggamang tinggi? Bayaran untuk mendapatkan hidangan? Tempat duduk yang sempit? Otot leher kejang ketika cuba tidur? Sakit perut sampai tahap diarrhea? Beg-beg yang asyik terjatuh ke atas kepala dari tempat meletak bagasi? Beg kertas muntah yang tak mencukupi? Orang belakang tekan skrin TV kuat-kuat sampai tempat duduk anda bergegar? Orang sebelah tak reti diam walaupun dalam penerbangan selama 10 jam? Apa? APA?

Aku sangat cuak apabila kapal terbang melalui zon angin lintang! Dan jantung aku berdenyut lebih pantas daripada kelajuan cahaya!



CAFE CONTEST KEMBALI LAGI!!!

1) Contest kali ini sangat mudos! (Mudah tahap melampau! =P)

2) Bayangkan korang melalui detik-detik mendebarkan apabila kapal terbang mengalami kerosakan jentera dan korang terpaksa terjun dari kapal terbang sebagai satu-satunya pilihan yang ada!

3) Apakah yang bakal terjadi kepada korang?

Terjatuh dalam laut lalu terjumpa raja duyung yang menghadiahkan korang kotak pandora?

Terdampar di padang pasir yang tidak mempunyai walau sehelai daun dan bersuhu melebihi takat didih?

Terperosok jauh ke dalam bumi sehingga sampai ke bahagian mantel dan terjumpa makhluk asing yang merupakan penemuan terbesar dalam sejarah arkeologi dan X-Files?

4) Tolong jangan bagi jawapan yang stereotaip - MATI. Melainkan mati dipijak oleh gergasi di negara orang kerdil. <<< Jawapan seperti ini akan diterima. =D

5) Walaupun lukisan berlatarbelakangkan Malaysia (KLCC dan tanglung kongming tahun baru Cina), korang bebas mereka latar tempat korang sendiri.

6) Cubalah berseronok dengan berimaginasi! ^_^




Selamat Ulang Tahun Ke-2
Cafe Creammyfiodesi


Biodata : Makanan Kegemaran



Hobi : Makan
Makanan kegemaran : Masakan sendiri


1) Nasi Lemak Malaysia

Nasi lemak sangaaaaaat sedap! Lagi-lagi yang ada telur kuning cair meleleh.
Perghhh. Hari-hari makan nasi lemak pun tak muak, sampai abah kena beli roti canai atau nasi kerabu sebab ingat aku boring makan nasi lemak hari-hari. Padahal aku suka je. Nasi lemak tradisional paling best; nasi, telur, kacang, ikan bilis, timun, sambal pastu bungkus dalam daun pisang. Siapa tak suka nasi lemak, korang memang PATI! Hahaha!

2) Tojin Maghribi


Tojin ni dah pernah cerita di menu ini dan ini.

3) Chicken Chop Eropah


Aku selalu makan kat Mama Chop Papa Grill (sekarang Mama Grill) sebab situlah tempat Chicken Chop yang paling best! Dapat pulak sos lada hitam atau sos cendawan. Tambah lagi mocha/cappuccino ice blended. Fuhhh!! Balik rumah terus rebah.

4) Temaki Jepun


Selama ni aku ingatkan namanya California Roll, rupanya Temaki. First time makan di Carrefour, KL. Lebih kurang macam sushi, tapi bagi aku lagi sedap. Bentuk macam kon, dibalut dengan nori (rumpai laut), dalam tu nasi, sayur, ketam dan mayonis. Sedap wei. Pergilah cuba di mana-mana pasar raya. Hehe!

5) Paella Sepanyol


Sebutan : Paiya. (dalam bahasa Sepanyol double L disebut Y). Walaupun asal dari Sepanyol, tapi aku makan kat Maghribi. Sangat beruntung bila paella pertama yang aku makan adalah dibelanja orang (terima kasih warga Mohammedia!) Paella ni lebih kurang macam nasi goreng la. Ada macam-macam jenis, tapi yang pernah aku cuba seafood paella je. Macam gambar di atas, habis semua isi laut disumbat dalam paella ni, perah pula lemon atau limau nipis, sedap tak boleh nak cakap! Kat Malaysia ni tak tahu mana nak cari paella. Korang tahu mana-mana kedai makan Sepanyol yang halal?

6) Lasagna Itali


Sama macam kes paella, lasagna berasal dari Itali, tapi aku makan kat Maghribi. Maghribi ni memang syurga makanan. Habis semua makanan boleh jumpa (makanan Malaysia je tak ada, huk huk huk!) Lasagna terdiri daripada lapisan pasta, keju, daging dan sos. Keju pula jenis yang meleleh, lagilah menaikkan lagi saham lasagna ni. Sedap oh! Tak jumpa lagi restoran jual lasagna kat Malaysia. Tapi kalau nak buat sendiri, lapisan pasta tu boleh dibeli di pasar raya.


Sambungan tag daripada Mayau. 5 foods. ^-^


<^> oPs PiramiD <^>

OPS, PIRAMID!


KAHERAH 2011 -

Warganegara Malaysia majoritinya telah selamat dibawa balik ke Malaysia melalui penerbangan percuma dari Mesir yang kini bergolak. Rakyat bangun mendesak pengunduran Hosni Mobarak yang gila kuasa di Dataran Tahrir sehingga mengorbankan ratusan jiwa. Belum surut penentangan kali pertama, gelombang kedua pula datang melanda...


Undur masa ke 4 tahun yang lalu...


KAHERAH 2007 -

" Woi woi, dah nampak! Dah nampak! " Jerit Cafe Owner yang teruja ternampak puncak bucu piramid yang jelas kelihatan dari tingkap kameo (macam van), beberapa kilometer dari dataran tinggi Giza.


Puncak piramid dah nampak dari jauh.

Mesir adalah medan pelajar Negeri Sembilan tajaan MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) menajamkan skil Bahasa Arab beberapa bulan sebelum memulakan pengajian. Kehidupan selama lebih 2 bulan di sini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Bukan hanya untuk menuntut ilmu, bahkan kami juga dibawa melawat ke serata tempat di bumi Anbia ini. Piramid di Giza antara salah sebuah destinasi yang harus dikunjungi.

Piramid Giza adalah salah satu daripada 7 keajaiban dunia purba, dan satu-satunya yang masih bertahan dan wujud sehingga kini walaupun piramid merupakan binaan yang paling lama berbanding yang lain.


7 keajaiban dunia purba (dari kiri ke kanan, atas ke bawah ) :
Piramid Giza, Taman Tergantung Babylon, Kuil Artemis di Ephesus, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos, Patung Raksasa Rhodes dan Rumah Api Iskandariah.

Dah sifat manusia yang gila teruja bila datang tempat-tempat yang popular ni, nak-nak yang dikategorikan sebagai keajaiban dunia, macam tu jugalah aku time tengok piramid ni. Kagum woi, sekian lama tengok gambar je, tak sangka pula saiz dia sangat-sangatlah besarnya. Macam tak percaya pula manusia yang buat. Tapi yelah kan, manusia zaman dulu memang besar. Makin zaman bertukar, makin kecil manusia.

Apa yang bestnya piramid ni? Hmmm, macam yang aku tulis kat atas; macam tak percaya manusia yang buat. Lagi-lagi manusia zaman dulu. Kurun tu tak ada lagi jentera pembinaan yang canggih tapi masih dapat hasilkan satu monumen yang hebat dan masih bertahan sehingga ke hari ini. Macam mana tenaga manusia boleh digunakan untuk mengangkut dan menyusun bongkah-bongkah batu yang besar lagi berat tu untuk dijadikan bangunan? Mesti dah ramai yang mati sepanjang tempoh penghasilan piramid ni.


Hamba-hamba yang dikerah untuk membina piramid.

Korang tau tak piramid sebenarnya sebuah kubur atau tempat persemadian firaun? Agaknya diorang suka upacara pengebumian yang mewah, jadi awal-awal lagi dah bersiap sedia sebuah makam untuk dikebumikan bila mati.

Blok-blok batu piramid ni boleh dipanjat oleh pengunjung, tapi ada had. Sesiapa yang daki lebih had ni akan kena priitttttt! Jadi, jangan berangan nak naik sampai puncak! Masa tengah bersusah-payah panjat batu-batu tu ( panjang sebongkah je dah lebih separuh ketinggian aku! ), adalah mat saleh yang tengah terhendap-hendap satu lubang yang macam gua kat piramid tu.


Penghidap asma naik perlahan-perlahan ok? Memang penat wei!

Itulah pintu masuk ke dalam piramid. Tak tahulah kena bayar ke tak. Teringin jugak nak masuk, tapi kalau nak masuk lubang tu, korang kena merangkak! Heh! Poyo tak poyonya si firaun ni sampai nak masuk tengok mumia dia pun kena kowtow ( tunduk hormat la... )! Hidup dah berpangkat, mati pun dia bawak sama reputasi dia. Jadi, lupakanlah hasrat korang nak masuk ke dalam 'kubur besar' ni.

Nampak tempat yang macam rekahan besar tu?
Dekat-dekat area tulah lubang masuk tu.

Lagi satu, selalu kita dengar ahli-ahli arkeologi yang pergi mengkaji tempat-tempat macam tu kena rasuk, santau etc... Tulah firaun? Heh, janganlah percaya tulah-tulah ni, macamlah diorang berkuasa sangat sampai ada tulah! Apa yang aku terfikir, kemungkinan ahli sihir dah jampi tempat ni, pakat-pakat dengan jin suruh duduk kat kubur firaun ni. Kan ada ahli sihir zaman firaun? Ini andaian aku, sila jangan terima bulat-bulat.

Kalau nak bergambar naik unta, ada satu tempat yang berhampiran kawasan piramid ni. Latar belakang baik punya. Boleh nampak 3 piramid yang terletak di dataran Giza.


Piramid berbucu putih kat tengah tu Khafre.
Yang kecil - Menkaura. Lagi satu : Khufu.
(Sebenarnya aku tak dapat beza mana satu Khufu dan Menkaura)
Kanan Menkaura kot. :)

Di dataran Giza ni ada 3 buah piramid besar yang terkenal dan patung batu Sphinx, ditambah lagi dengan beberapa piramid kecil. 3 piramid utama itu adalah : Khufu (Cheops), Khafre (Chephren) dan Menkaura (Mycerinus). Nama-nama ni adalah sebutan Mesir dan nama dalam kurungan tu bahasa Greek. Nama-nama ni diambil sempena nama firaun yang membinanya.

Dipercayai firaun Khufulah yang memulakan idea membina piramid, diikuti anak dia - firaun Khafre dan seterusnya cucu dia - Menkaura. Ceh, ni kes satu keturunan nak mangkat dijulang la ni. Khafre juga dikatakan membina patung Sphinx, yang kalau dilihat dari depan seolah-olah menjadi penjaga piramid Khafre. (Ceh...)


Kepala Sphinx ni diyakini diukir menyerupai firaun Khufu.
Anak nak abadikan kepala bapak kot. Entah.

Sphinx mengikut mitos Greek adalah makhluk berbadan manusia, berkepala singa dan bersayap burung. Kalau dapat tangkap manusia, dia akan bagi soalan. Kalau dapat jawab, terlepas, kalau tak, alamat koyak rabaklah tubuh badan dirobeknya! Khafre membina Sphinx yang melambangkan perwatakan gagah seperti singa, tapi berkeperibadian lembut seperti manusia.

Kalau diperhatikan, Sphinx ni tak ada hidung, dipercayai dibom tentera Napoleon. Tapi ada juga kata Sphinx ni memang tak berhidung sejak pembinaannya. Kat kaki depan patung ni pula dikatakan ada kuil. Tak tahulah betul ke tak. Kalau adapun, ada aku kisah? Haha...


Jatuh saham tak ada hidung! Hahaha!
Ops, cuba tengok forepaw dia,
ada nampak pintu masuk ke chapel tak?

Itulah serba sedikit pengalaman aku ke Mesir. Kalau korang berpeluang jejakkan kaki ke Mesir, jangan lupa singgah piramid ok? Meh kita ambil iktibar daripada cerita firaun terlaknat itu. Tapi adakah semua firaun kejam? No idea. Setahu aku, firaun zaman Nabi Musa tu bernama Ramses II. Tapi firaun kan ada banyak, antaranya Khufu, Khafre, Menkaura, Tutankhamun (firaun terfeymes sebab termuda), Hatshepsut (firaun wanita) dan seangkatan dengan mereka. Jadi adakah mereka juga kejam, sombong, anggap diri tuhan dan semualah sifat-sifat yang negatif? Tak tahulah aku. Lu pikirlah sendiri! Yang penting kita tak ikut jejak firaun yang ditelan laut tu.


MESIR 12 Feb 2011 -

Kebangkitan revolusi rakyat berjaya memecahkan tembok dominasi Hosni Mobarak selama 30 tahun! Satu perkataan : bersatu. Hanya sepatah perkataan yang boleh menggulingkan 3 dekad pemerintahan. Ops Piramid boleh berakhir.


CooL CheF :

1) Ops Piramid = Perpindahan warganegara Malaysia dari Mesir ke tanah air.
Perpindahan balik warganegara Malaysia dari tanah air ke Mesir = Ops KLCC ???
Mungkin KLCC boleh jadi salah satu daripada 7 benda ajaib dunia pulak lepas ni. =)

2) Aku tak tahu aku dah pergi 2 tempat yang dikategorikan sebagai 7 keajaiban dunia purba sampailah aku tulis entri ni. Piramid Giza di Mesir dan Kuil Artemis di Ephesus, Turki.



Lolipop yang Manis



Woi dah lama betul tak makan gula-gula.

Selalu makan coklat je. Coklat kan lagi sedap daripada gula-gula. Gula-gula ni untuk budak berhingus je lah. Hahahaha.

Tapi gula-gula kat atas ni lain sikit. Kalau gula-gula yang selalu jual kat kedai tu banyak kandungan gula sampai boleh buat manusia kena kencing manis + gigi rongak + segala penyakit yang berkaitan dengan gula, gula-gula di atas ni pula ada rasa manisnya yang istimewa. Tak ada sebarang penyakit berbahaya yang boleh mengancam kesihatan!

Itulah gula-gula daripada sahabat zaman sekolah aku yang dah lama lost contact sejak daripada tingkatan dua (atau tiga?), tapi bertemu semula di dunia blog! Ajaib betul! Walaupun tak dengar suara, tapi rancak juga kami berborak di dunia maya. Hehehe...

Terima kasih Syawana (sedap kan nama dia? Pertama kali dengar. Wana jangan kembang okay! :P) aka Wana Kudo! Hahaha! Masih fan Detektif Conan oh!

Ok. Korang nak ke berkongsi lolipop yang aku dah jilat + gigit + masuk dalam mulut ni? Tak mau kan? Jadi lolipop ni aku tak past kat siapa-siapa dah. Aku nak telan sorang-sorang! Haha! Sedap woooo...

Jangan sedih. Dont be sad. La tahzan.

Banyak lagi gula-gula kat kedai menanti anda untuk ditelan.