Siapa Aku ?

مَنْ أنَا؟



أنا إن سألتَ القومَ عني مَنْ أنا
أنا مؤمن سأَعِيشُ دَوْمًا مؤمنا
فاليَعْلَمِ الجَميعُ عني ها هُنا
لَنْ أنْحَني لن أنْتَني لن أرْكَنا


Andai kau bertanya siapakah aku
Aku seorang mukmin dan selamanya mukmin
Ketahuilah semua di sini tentangku
Takkan sekali-kali ku cenderung dan tunduk kepada yang lain




إنّي رَأَيتُ اللهَ في أكْوانِهِ
وسَمِعْتُ صَوْتَ الحَقِّ في قُرآنِهِ
ولَمَسْتُ حِكْمَتَهُ وفَيْضَ حَنانِهِ
في سيرَةِ المُخْتارِ في إيمانِهِ


Sesungguhnya aku melihat Allah melalui ciptaan-Nya
Dan aku mendengar suara kebenaran dalam Kitab-Nya
Kusentuh hikmahnya dan keindahannya
Dalam sirah dia yang terpilih imannya



أنا مُصْحَفٌ يَمْشي وإسلامٌ يُرَى
أنا نَفْحَةُ العَلِيَّةٌ فَوْقَ الثَّرى
الكَوْنُ لي ولِخِدْمَتي قد سُخِرَ
ولِمَنْ أنا أنا لِلّذي خَلَقَ الوَرى


Aku mushaf yang bergerak dan Islam diperlihatkan
Aku angin tinggi yang bertiup di atas bumi
Alam untukku dan berkhidmat padaku
Untuk siapa aku? Untuk Dia yang mencipta manusia



أنا كَوكَبٌ يَهْدي القَوافِلَ في الثرى
وأنا شِهابٌ إذا رَأيْتُ المُنْكَرات
مالي سِوى نَفْسٌ تَعُدُّ على الشِّرى
قَدْ بِعْتُها لِلهِ واللهُ اشْتَرى


Aku bintang petunjuk kepada kafilah di bumi
Dan aku jua bintang andai aku melihat kemungkaran
Semua hartaku menuju keburukan kecuali jiwaku
Yang telah kujual kepada Tuhan dan Dia telah membelinya




CooLCheF :

1) Salah satu nasyid arab kegemaran lidah aku melalak.

2) Payah juga rupanya nak terjemah guna ayat-ayat yang indah.

Teksi Unik

Kadang-kadang sesuatu yang pelik itu,
boleh juga dianggap unik.

Pernahkah korang bergaduh dengan pemandu teksi?
(Apa punya soalan daaa... sebab soalan "pernahkah anda menaiki teksi?" dah selalu disoal, aku cuba bagi soalan lain)

Woi, pernah sangat! Pemandu teksi kurang ajar, tak pakai meter, caj lebih, memandu laju, tak berhemah, mencarut, hisap rokok, ikut jalan jauh, bla bla bla...

Ok ini bukan sesi mengumpat pemandu teksi, buat dosa kering jelah korang ni.

Ada pemandu teksi yang baik dengan dunia teksinya yang unik...


1) Warna warni teksi




Apa persamaan dan perbezaan gambar-gambar di atas?

Semuanya adalah teksi yang dikenali sebagai 'petit taxi' means 'teksi kecil' dalam bahasa Perancis. Perbezaannya adalah pada warna teksi-teksi ini. Bayangkan kalau satu hari korang melancong ke Maghribi. Tengah sedap-sedap shopping barang, tiba-tiba korang diculik masuk dalam teksi ke destinasi yang tak diketahui. Mulut kena tutup, tangan ikat belakang, just mata je yang boleh nampak sekeliling. Kebetulan handphone kat poket seluar belakang, korang bolehlah taip sms bagi kepada member. Soalnya siapa? Eh, soalnya : anda di mana?

Ha, time nilah warna-warni teksi memainkan peranan. Taip teksi MERAH kalau anda di Casablanca, HIJAU jika dibawa ke Mohammedia, Rabat teksi BIRU dan KUNING untuk Kenitra. (1-Sila google peta Maghribi untuk mengetahui lokasi tempat-tempat berikut. 2- Aku tak tahu warna teksi wilayah-wilayah lain/ada yang mempunyai warna teksi serupa dengan wilayah-wilayah yang disebut. 3- Aku doakan korang tak diculik.)


2) Petit et Grand



Teksi kecil dan teksi besar.

Teksi kecil : tak jauh, setakat dalam bandar je dia bawak. Sesuai untuk orang yang nak cepat ke destinasi dan tak mahu penumpang lain masuk teksi yang sama. Bayar lebih sikitlah sebab teksi tu bawak engkau je.

Teksi besar : jauh atau dekat, harga tetap sama : DH 5 / 6. Sangat untung kalau destinasi korang agak jauh dan ada member lagi 5 orang. Berhimpit sikitlah, janji murah! Mercedes beb! (Loqiak punya Mercedes~)

Teksi besar + buruk sikit : selalunya untuk perjalanan ke luar wilayah / negeri. Selalunya untuk mereka yang nak balik kampung area pedalaman yang tak ada kenderaan sendiri dan tak ada pengangkutan awam untuk ke tempat itu. Sakit kepala wei duduk dalam teksi begegar 5.0 skala ritcher kalau perjalanan lebih 4 jam!

3) Kapasiti penumpang

Petit taxi : Maksima 3 orang penumpang. Kerek sungguh pemandu teksi tak bagi kitorang naik lebih 3 orang even 4 orang saja pun! Alasannya : nanti kena saman polis! Wah wah wah! Engkau bawa laju + bahaya macam haram, kemudian gaduh dan maki pemandu lain, and then naik divider (pembahagi jalan) untuk ke jalan sebelah sebab terperangkap traffic jam (note: jalan sebelah lalu lintas lancar) dan bla..bla..bla..tak ada pula kau takut kena saman polis??? Tambahan lagi, aku rasa max 3 orang penumpang tu untuk warga Arab yang bersaiz agak besar daripada warga Asia, kami saiz kecil apa salahnya naik 4, 5 orang?

Grand taxi : 8 orang termasuk pemandu. Bayangkan sardin sungguh 'tin' teksi ni. 3 orang depan, 5 orang belakang. (Tolonglah bayangkan!) Memang ramailah berebut nak naik teksi ni sebab boleh naik ramai dan tambang murah. Tapi yang geramnya, budak Malaysia selalu naik beramai-ramai, so orang-orang Arab yang nak naik seorang dua ni nak jugak berebut teksi dengan kitorang padahal kitorang dah bagitahu kitorang ramai. Degil jugak pergi masuk, last-last pemandu teksi persilakan beliau keluar sebab dia dahulukan group besar macam kitorang (senang hantar satu destinasi je, kalau pakcik tu masuk sama leceh kena bawa dia pergi destinasi lain). Ok pakcik, sila berambus dan tolong serahkan seat pakcik kepada kami. (Mode : bengang dengan orang yang tak faham bahasa dan suka cari pasal)


4) Tambang

Teksi besar : Dah diberitahu nilainya.

Teksi kecil :

1) Kurang 100m : DH 5/6/7. Bergantung kepada bandar. Semakin besar/sibuk bandar, semakin naiklah tambangnya.

Ada juga pakai meter, tapi sengaja lalu jalan jauh untuk tambah tambang.


2) Lebih 100m : Bergantung kepada meter. Ada juga yang memandai letak harga sendiri walaupun meter tunjuk harga lain. Pernah ada delegasi dari Malaysia datang untuk sesuatu urusan. Sambil menyelam minum air, so makcik-makcik yang join rombongan ni nak pergi jalan-jalan cari makan. Tahan satu teksi ni dan pemandu teksi ni caj harga yang mahal. Makcik ni komenlah kenapa mahal sangat. Agak-agak apa pemandu teksi ni buat? Dia jawab (atau ugut?) " Awak nak saya hantar awak balik ke stesen tadi dan pergi cari sendiri teksi lain?" Wow, makcik ni terdiam dan tak berani nak jawab, so bayar jelah ikut kehendak driver. Pergi mana-mana pun, banyak pemandu teksi suka menipu orang asing. Biadab betul manusia nih!

3) Waktu malam : Dicaj 2x ganda! Hindarkan menaiki teksi waktu malam!


5) Lain-lain

Tahu tak kalau nak naik atau turun dari petit taxi mahupun grand, hanya pintu sebelah kanan sahaja yang boleh digunakan (bagi tempat duduk belakang). Kiranya pintu bahagian belakang seat driver tu memang langsung tak digunakan. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe boleh guna, tapi sangat jarang aku nampak orang keluar atau masuk melalui pintu ni. Kalau ada 5 orang penumpang di belakang, lima-lima pun turun melalui satu pintu. Kesian orang yang paling hujung tu. Hahaha!


CooL CheF :

Yang paling pelik bila pada suatu malam di Kenitra, aku dan member menaiki teksi pulang ke rumah dari pasar. Sampai di rumah, kami menghulurkan wang kepada pemandu teksi. Tapi, dengan coolnya abang teksi tu menolak sambil berkata :

" Tak perlu bayar sebab kamu IBNU SABIL.
Hanya minta kamu mendoakan saya sahaja."
Kalau dah pass pun, mesti tak bagi free jugak!


Serius aku terkesima ketika itu. Itulah kali pertama aku teringin betul nak membayar tambang teksi. Pelik eh?


*Ma Dumta fil Maghrib La Tastaghrib Part 1*

Krisis Baju Kurung Sukarelawan

Kau dah tak ada tajuk lain ke Cafe Owner?


Baru jadi sukarelawan sementara, kau dah bajet busy.
Itu belum lagi ada kafe sendiri atau jadi Perdana Menteri.


Abalon : "Kerja kena pakai baju kurung. Rasmi tu." (sambil tengok aku yang memakai baju biasa dan seluar jeans)

Cafe Owner (CO) : "Apa salahnya pakai seluar?" (sambil tengok balik abalon yang pakai seluar slack dengan kemeja dan tali leher...)


Baikkkk! Aku akan pakai baju kurung. Tapi, berlakunya kejadian yang di luar jangkaan.

CO : "What the heck?!! Mana baju-baju kurung aku???" (sambil selongkar almari habis-habisan sampai terkeluar isi perut almari tu)

Tak puas hati, aku pergi punggah pulak almari baju lama. Penuh dengan baju emaklah pulak. Selongkar lagi bagasi-bagasi yang aku bawa balik dari perantauan, tak ada juga walau sehelai bulu kain baju kurung! Nak kerja lagi 2 hari, baju kurung aku hanya ada +- 5 pasang saja?

Oh, ini krisis terburuk dalam sejarah dunia!

Apa akan terjadi kalau bekalan baju kurung tak ada?

Terbayang mata-mata yang memandang slack CO yang pakai baju yang sama setiap minggu.

Terdengar suara-suara umpatan makcik Murai dengan bisikan yang sengaja dikuatkan volumenya "Kesian budak baru tu, tak ada gaji lagi nak beli baju baru."

Terfikir kata-kata bakal majikan yang matanya memandang laptop sedangkan aku berdiri di depan beliau : "Prestasi kita merudum disebabkan penampilan kamu yang hanya ada 5% baju kurung berbanding yang dimiliki anak perempuan 5 tahun saya. Oleh itu, gaji pertama kamu akan dipotong 5% juga."

Oh tidakkkkk!!! Karier aku akan musnah sebelum sempat aku membinanya!!!

Bagaimanaaaaaaaaaaa?????????????????????

Ok, beratur. Beratur! Jangan rambang mata ya.

Bila difikir-fikirkan semula, aku memang mengalami kekurangan baju kurung sejak dulu lagi. Dalam setahun, purata baju kurung baru yang dibeli adalah 2 pasang! Itupun sempena hari raya. Pembelian baju kurung selain waktu ini adalah suatu kejanggalan pada aku!

Maaf baju kurung. Aku masih tak sanggup berpisah dengan encik Seluar...

Dengan langkah yang longlai, aku menuju ke almari emak yang sedang dalam permusafiran dan merembat beberapa pasang baju kurung yang cantik dipandang mata aku. Terima kasih kepada baju kurung beliau yang banyak, karier aku bermula dengan cemerlangnya! Oh ibu! Kau sentiasa ada walau di saat suka dan duka! =)

Setelah emak balik dari bermusafir, beliau telah membelikan aku beberapa pasang lagi baju kurung! Wah, saat ini baru aku rasa betapa pentingnya memiliki baju kurung! Terima kasih emak! =D

Emak : "Pakailah jubah."

Oh emak! Tolong jangan buat lawak!

Jubah macam ni aku nak! Cool walawei!


Oh ya, aku sukarelawan bergaji ye!

February Flight

ATTENTION PLEASE

To all passengers,
please fasten your seat belt,
because we're in scared to death - danger zone!


Apakah yang anda suka tentang kapal terbang?

Cara pemanduan berhemah pilot? Pramugara kacak? Servis pramugari? TV mini untuk setiap orang? Duduk sebelah tingkap? Pilihan makanan sejuk beku dan jus? Tidur dalam kepulan awan? Bantal dan selimut yang boleh dirembat? Tandas yang mempunyai sistem menyedut? Butang memanggil pramugara/pramugari? Apa? APA?

Aku suka order kopi bersama creamer. Dan melayan filem atau main game, kemudian tidur bila kapal terbang bakal mendarat satu / dua jam lagi.


Apa pula sebab anda berharap tak naik kapal terbang?

Acrophobia aka penggamang tinggi? Bayaran untuk mendapatkan hidangan? Tempat duduk yang sempit? Otot leher kejang ketika cuba tidur? Sakit perut sampai tahap diarrhea? Beg-beg yang asyik terjatuh ke atas kepala dari tempat meletak bagasi? Beg kertas muntah yang tak mencukupi? Orang belakang tekan skrin TV kuat-kuat sampai tempat duduk anda bergegar? Orang sebelah tak reti diam walaupun dalam penerbangan selama 10 jam? Apa? APA?

Aku sangat cuak apabila kapal terbang melalui zon angin lintang! Dan jantung aku berdenyut lebih pantas daripada kelajuan cahaya!



CAFE CONTEST KEMBALI LAGI!!!

1) Contest kali ini sangat mudos! (Mudah tahap melampau! =P)

2) Bayangkan korang melalui detik-detik mendebarkan apabila kapal terbang mengalami kerosakan jentera dan korang terpaksa terjun dari kapal terbang sebagai satu-satunya pilihan yang ada!

3) Apakah yang bakal terjadi kepada korang?

Terjatuh dalam laut lalu terjumpa raja duyung yang menghadiahkan korang kotak pandora?

Terdampar di padang pasir yang tidak mempunyai walau sehelai daun dan bersuhu melebihi takat didih?

Terperosok jauh ke dalam bumi sehingga sampai ke bahagian mantel dan terjumpa makhluk asing yang merupakan penemuan terbesar dalam sejarah arkeologi dan X-Files?

4) Tolong jangan bagi jawapan yang stereotaip - MATI. Melainkan mati dipijak oleh gergasi di negara orang kerdil. <<< Jawapan seperti ini akan diterima. =D

5) Walaupun lukisan berlatarbelakangkan Malaysia (KLCC dan tanglung kongming tahun baru Cina), korang bebas mereka latar tempat korang sendiri.

6) Cubalah berseronok dengan berimaginasi! ^_^




Selamat Ulang Tahun Ke-2
Cafe Creammyfiodesi


Biodata : Makanan Kegemaran



Hobi : Makan
Makanan kegemaran : Masakan sendiri


1) Nasi Lemak Malaysia

Nasi lemak sangaaaaaat sedap! Lagi-lagi yang ada telur kuning cair meleleh.
Perghhh. Hari-hari makan nasi lemak pun tak muak, sampai abah kena beli roti canai atau nasi kerabu sebab ingat aku boring makan nasi lemak hari-hari. Padahal aku suka je. Nasi lemak tradisional paling best; nasi, telur, kacang, ikan bilis, timun, sambal pastu bungkus dalam daun pisang. Siapa tak suka nasi lemak, korang memang PATI! Hahaha!

2) Tojin Maghribi


Tojin ni dah pernah cerita di menu ini dan ini.

3) Chicken Chop Eropah


Aku selalu makan kat Mama Chop Papa Grill (sekarang Mama Grill) sebab situlah tempat Chicken Chop yang paling best! Dapat pulak sos lada hitam atau sos cendawan. Tambah lagi mocha/cappuccino ice blended. Fuhhh!! Balik rumah terus rebah.

4) Temaki Jepun


Selama ni aku ingatkan namanya California Roll, rupanya Temaki. First time makan di Carrefour, KL. Lebih kurang macam sushi, tapi bagi aku lagi sedap. Bentuk macam kon, dibalut dengan nori (rumpai laut), dalam tu nasi, sayur, ketam dan mayonis. Sedap wei. Pergilah cuba di mana-mana pasar raya. Hehe!

5) Paella Sepanyol


Sebutan : Paiya. (dalam bahasa Sepanyol double L disebut Y). Walaupun asal dari Sepanyol, tapi aku makan kat Maghribi. Sangat beruntung bila paella pertama yang aku makan adalah dibelanja orang (terima kasih warga Mohammedia!) Paella ni lebih kurang macam nasi goreng la. Ada macam-macam jenis, tapi yang pernah aku cuba seafood paella je. Macam gambar di atas, habis semua isi laut disumbat dalam paella ni, perah pula lemon atau limau nipis, sedap tak boleh nak cakap! Kat Malaysia ni tak tahu mana nak cari paella. Korang tahu mana-mana kedai makan Sepanyol yang halal?

6) Lasagna Itali


Sama macam kes paella, lasagna berasal dari Itali, tapi aku makan kat Maghribi. Maghribi ni memang syurga makanan. Habis semua makanan boleh jumpa (makanan Malaysia je tak ada, huk huk huk!) Lasagna terdiri daripada lapisan pasta, keju, daging dan sos. Keju pula jenis yang meleleh, lagilah menaikkan lagi saham lasagna ni. Sedap oh! Tak jumpa lagi restoran jual lasagna kat Malaysia. Tapi kalau nak buat sendiri, lapisan pasta tu boleh dibeli di pasar raya.


Sambungan tag daripada Mayau. 5 foods. ^-^


<^> oPs PiramiD <^>

OPS, PIRAMID!


KAHERAH 2011 -

Warganegara Malaysia majoritinya telah selamat dibawa balik ke Malaysia melalui penerbangan percuma dari Mesir yang kini bergolak. Rakyat bangun mendesak pengunduran Hosni Mobarak yang gila kuasa di Dataran Tahrir sehingga mengorbankan ratusan jiwa. Belum surut penentangan kali pertama, gelombang kedua pula datang melanda...


Undur masa ke 4 tahun yang lalu...


KAHERAH 2007 -

" Woi woi, dah nampak! Dah nampak! " Jerit Cafe Owner yang teruja ternampak puncak bucu piramid yang jelas kelihatan dari tingkap kameo (macam van), beberapa kilometer dari dataran tinggi Giza.


Puncak piramid dah nampak dari jauh.

Mesir adalah medan pelajar Negeri Sembilan tajaan MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) menajamkan skil Bahasa Arab beberapa bulan sebelum memulakan pengajian. Kehidupan selama lebih 2 bulan di sini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Bukan hanya untuk menuntut ilmu, bahkan kami juga dibawa melawat ke serata tempat di bumi Anbia ini. Piramid di Giza antara salah sebuah destinasi yang harus dikunjungi.

Piramid Giza adalah salah satu daripada 7 keajaiban dunia purba, dan satu-satunya yang masih bertahan dan wujud sehingga kini walaupun piramid merupakan binaan yang paling lama berbanding yang lain.


7 keajaiban dunia purba (dari kiri ke kanan, atas ke bawah ) :
Piramid Giza, Taman Tergantung Babylon, Kuil Artemis di Ephesus, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos, Patung Raksasa Rhodes dan Rumah Api Iskandariah.

Dah sifat manusia yang gila teruja bila datang tempat-tempat yang popular ni, nak-nak yang dikategorikan sebagai keajaiban dunia, macam tu jugalah aku time tengok piramid ni. Kagum woi, sekian lama tengok gambar je, tak sangka pula saiz dia sangat-sangatlah besarnya. Macam tak percaya pula manusia yang buat. Tapi yelah kan, manusia zaman dulu memang besar. Makin zaman bertukar, makin kecil manusia.

Apa yang bestnya piramid ni? Hmmm, macam yang aku tulis kat atas; macam tak percaya manusia yang buat. Lagi-lagi manusia zaman dulu. Kurun tu tak ada lagi jentera pembinaan yang canggih tapi masih dapat hasilkan satu monumen yang hebat dan masih bertahan sehingga ke hari ini. Macam mana tenaga manusia boleh digunakan untuk mengangkut dan menyusun bongkah-bongkah batu yang besar lagi berat tu untuk dijadikan bangunan? Mesti dah ramai yang mati sepanjang tempoh penghasilan piramid ni.


Hamba-hamba yang dikerah untuk membina piramid.

Korang tau tak piramid sebenarnya sebuah kubur atau tempat persemadian firaun? Agaknya diorang suka upacara pengebumian yang mewah, jadi awal-awal lagi dah bersiap sedia sebuah makam untuk dikebumikan bila mati.

Blok-blok batu piramid ni boleh dipanjat oleh pengunjung, tapi ada had. Sesiapa yang daki lebih had ni akan kena priitttttt! Jadi, jangan berangan nak naik sampai puncak! Masa tengah bersusah-payah panjat batu-batu tu ( panjang sebongkah je dah lebih separuh ketinggian aku! ), adalah mat saleh yang tengah terhendap-hendap satu lubang yang macam gua kat piramid tu.


Penghidap asma naik perlahan-perlahan ok? Memang penat wei!

Itulah pintu masuk ke dalam piramid. Tak tahulah kena bayar ke tak. Teringin jugak nak masuk, tapi kalau nak masuk lubang tu, korang kena merangkak! Heh! Poyo tak poyonya si firaun ni sampai nak masuk tengok mumia dia pun kena kowtow ( tunduk hormat la... )! Hidup dah berpangkat, mati pun dia bawak sama reputasi dia. Jadi, lupakanlah hasrat korang nak masuk ke dalam 'kubur besar' ni.

Nampak tempat yang macam rekahan besar tu?
Dekat-dekat area tulah lubang masuk tu.

Lagi satu, selalu kita dengar ahli-ahli arkeologi yang pergi mengkaji tempat-tempat macam tu kena rasuk, santau etc... Tulah firaun? Heh, janganlah percaya tulah-tulah ni, macamlah diorang berkuasa sangat sampai ada tulah! Apa yang aku terfikir, kemungkinan ahli sihir dah jampi tempat ni, pakat-pakat dengan jin suruh duduk kat kubur firaun ni. Kan ada ahli sihir zaman firaun? Ini andaian aku, sila jangan terima bulat-bulat.

Kalau nak bergambar naik unta, ada satu tempat yang berhampiran kawasan piramid ni. Latar belakang baik punya. Boleh nampak 3 piramid yang terletak di dataran Giza.


Piramid berbucu putih kat tengah tu Khafre.
Yang kecil - Menkaura. Lagi satu : Khufu.
(Sebenarnya aku tak dapat beza mana satu Khufu dan Menkaura)
Kanan Menkaura kot. :)

Di dataran Giza ni ada 3 buah piramid besar yang terkenal dan patung batu Sphinx, ditambah lagi dengan beberapa piramid kecil. 3 piramid utama itu adalah : Khufu (Cheops), Khafre (Chephren) dan Menkaura (Mycerinus). Nama-nama ni adalah sebutan Mesir dan nama dalam kurungan tu bahasa Greek. Nama-nama ni diambil sempena nama firaun yang membinanya.

Dipercayai firaun Khufulah yang memulakan idea membina piramid, diikuti anak dia - firaun Khafre dan seterusnya cucu dia - Menkaura. Ceh, ni kes satu keturunan nak mangkat dijulang la ni. Khafre juga dikatakan membina patung Sphinx, yang kalau dilihat dari depan seolah-olah menjadi penjaga piramid Khafre. (Ceh...)


Kepala Sphinx ni diyakini diukir menyerupai firaun Khufu.
Anak nak abadikan kepala bapak kot. Entah.

Sphinx mengikut mitos Greek adalah makhluk berbadan manusia, berkepala singa dan bersayap burung. Kalau dapat tangkap manusia, dia akan bagi soalan. Kalau dapat jawab, terlepas, kalau tak, alamat koyak rabaklah tubuh badan dirobeknya! Khafre membina Sphinx yang melambangkan perwatakan gagah seperti singa, tapi berkeperibadian lembut seperti manusia.

Kalau diperhatikan, Sphinx ni tak ada hidung, dipercayai dibom tentera Napoleon. Tapi ada juga kata Sphinx ni memang tak berhidung sejak pembinaannya. Kat kaki depan patung ni pula dikatakan ada kuil. Tak tahulah betul ke tak. Kalau adapun, ada aku kisah? Haha...


Jatuh saham tak ada hidung! Hahaha!
Ops, cuba tengok forepaw dia,
ada nampak pintu masuk ke chapel tak?

Itulah serba sedikit pengalaman aku ke Mesir. Kalau korang berpeluang jejakkan kaki ke Mesir, jangan lupa singgah piramid ok? Meh kita ambil iktibar daripada cerita firaun terlaknat itu. Tapi adakah semua firaun kejam? No idea. Setahu aku, firaun zaman Nabi Musa tu bernama Ramses II. Tapi firaun kan ada banyak, antaranya Khufu, Khafre, Menkaura, Tutankhamun (firaun terfeymes sebab termuda), Hatshepsut (firaun wanita) dan seangkatan dengan mereka. Jadi adakah mereka juga kejam, sombong, anggap diri tuhan dan semualah sifat-sifat yang negatif? Tak tahulah aku. Lu pikirlah sendiri! Yang penting kita tak ikut jejak firaun yang ditelan laut tu.


MESIR 12 Feb 2011 -

Kebangkitan revolusi rakyat berjaya memecahkan tembok dominasi Hosni Mobarak selama 30 tahun! Satu perkataan : bersatu. Hanya sepatah perkataan yang boleh menggulingkan 3 dekad pemerintahan. Ops Piramid boleh berakhir.


CooL CheF :

1) Ops Piramid = Perpindahan warganegara Malaysia dari Mesir ke tanah air.
Perpindahan balik warganegara Malaysia dari tanah air ke Mesir = Ops KLCC ???
Mungkin KLCC boleh jadi salah satu daripada 7 benda ajaib dunia pulak lepas ni. =)

2) Aku tak tahu aku dah pergi 2 tempat yang dikategorikan sebagai 7 keajaiban dunia purba sampailah aku tulis entri ni. Piramid Giza di Mesir dan Kuil Artemis di Ephesus, Turki.



Lolipop yang Manis



Woi dah lama betul tak makan gula-gula.

Selalu makan coklat je. Coklat kan lagi sedap daripada gula-gula. Gula-gula ni untuk budak berhingus je lah. Hahahaha.

Tapi gula-gula kat atas ni lain sikit. Kalau gula-gula yang selalu jual kat kedai tu banyak kandungan gula sampai boleh buat manusia kena kencing manis + gigi rongak + segala penyakit yang berkaitan dengan gula, gula-gula di atas ni pula ada rasa manisnya yang istimewa. Tak ada sebarang penyakit berbahaya yang boleh mengancam kesihatan!

Itulah gula-gula daripada sahabat zaman sekolah aku yang dah lama lost contact sejak daripada tingkatan dua (atau tiga?), tapi bertemu semula di dunia blog! Ajaib betul! Walaupun tak dengar suara, tapi rancak juga kami berborak di dunia maya. Hehehe...

Terima kasih Syawana (sedap kan nama dia? Pertama kali dengar. Wana jangan kembang okay! :P) aka Wana Kudo! Hahaha! Masih fan Detektif Conan oh!

Ok. Korang nak ke berkongsi lolipop yang aku dah jilat + gigit + masuk dalam mulut ni? Tak mau kan? Jadi lolipop ni aku tak past kat siapa-siapa dah. Aku nak telan sorang-sorang! Haha! Sedap woooo...

Jangan sedih. Dont be sad. La tahzan.

Banyak lagi gula-gula kat kedai menanti anda untuk ditelan.

An Expired Gifts

Don't Eat But Keep!


Kalau ada makanan yang dah basi,
Jangan disimpan di dalam peti (ais),
Kalau ada hadiah yang lambat diberi,
Tolong jangan simpan jugak dalam peti!
Hadiah ini masih laku lagi!

(Pantun 5 kerat yang tak jadi)


Ini pantun jenis minta maaf.

Pada 24 Februari 2010, Cafe Owner telah menganjurkan satu pertandingan yang julung-julung kali diadakan di mana-mana cafe sekalipun. Sila rujuk menu ini.

Pertandingan ini berlangsung selama beberapa purnama. Akhirnya, pemenang telah dipilih pada penghujung bulan 6 2010.

Disebabkan penganjur mempunyai masalah teknikal, komikal, fizikal, logikal dan segala kal kal kal, penyampaian hadiah terpaksa ditunda beberapa kali. Dan kini, diumumkan para pemenang yang berjaya mengungguli kategori berikut berserta jawapan bagi setiap soalan :


1) Jawapan : 55 CANDY termasuk tulisan!
Tiada pemenang!


2) Jawapan : CANDY CANE, MERAH PUTIH

Pemenang : Saudari Delacour

"tolong lukis a girl who looks so diligent, & comel of course, in front of elegant buildings..and and.. pastu tulis 'hard work pays off in the future, laziness pays off now.' boleh ke? hehe.. thanx :)"

I've never asked before to draw something really adventure for me.
So, thank you to Miss Delacour for making me drawing something beyond my imagination.
I drew a genius and talented girl (I imagine she's the one who wanted this pic) working as a scientist or inventor and experimenting her invention. As you can see, a mini-parachute brings a pearl and put it on a roller, and the pearl being picked-up by a mini car. Then, the car go through a station where they make that pearl shiner. A controlled-helicopter coming, pick it up and bring it to the building-in-construction at back. And there it is! A girl standing in front of elegant pearl building she made herself!

Imperfection :
First, I forgot my friend is a pharmacist to-be. But, being an engineer in this pic is not bad though, right Padfoot? Hehe.
Second : Really forgot to write this - 'hard work pays off in the future, laziness pays off now.' Please forgive me for my carelessness.
=P


3) Jawapan : Sila rujuk jawapan pemenang di entri pertandingan.

Pemenang : Saudari Sayang Kucing

lukiskan;
seorang budak perempuan cute sedang laptop sambil duduk di meja studynya, pastu die malu2
sebab orang baca blog dia.. (apekah?)

ok2..lukiskan.....

seorang budak perempuan cute sedang laptop sambil duduk di meja studynya

boleh?


Boleh saja, no problemo!
Terima kasih juga untuk saudari sayang kucing jangan bunuh kucing atas permintaan lukisan yang tak pernah aku lukis sebelum ini.
Jadi, aku lukis seorang budak perempuan yang sangat cute sedang menghadap Acernya di dalam cubicle yang ada gambar tampal sana-sini, sambil pakai lolipop earphone dengan kek aiskrim dan kopi panas terhidang di sisinya. Dia duduk dalam cubicle sebab malu orang tengok dia online, tapi dia tak perasan ada 6 pasang mata tengah skodeng dia dari balik dinding cubicle itu.
Hehehe~

Kecacatan :
Aku lupa nak lukis meja study.
Duduk atas lantai pun jadilah kan? :P


CooL CheF :

Salah satu sebab aku lambat tulis entri ni sebab aku berhasrat (hasrat! maknanya sangat tinggi hajatnya) nak photoshop lukisan-lukisan ini, bagi lebih kemas, cantik dan berwarna. Tapi, lepas berbulan-bulan aku masih tak berpeluang meng'install' Adobe Photoshop menyebabkan hasrat aku tergendala.

Nanti kalau dah boleh, aku akan cuba warnakan. Sementara ni, siapa yang ada Adobe Photoshop tu, silalah berlatih mewarna lukisan-lukisan yang aku lukis ni! Hehe!

Nak buat contest apa pulak lepas ni?

When ChoColatier Meets ChoCoholiC

Chocolate Ladies Day Out

Siapa yang tak minat coklat, anda hilang satu nikmat hidup.

Model daripada coklat.
Rasa-rasa nak curi bawa balik!

Para pengusaha coklat dan peminat gila coklat telah menunjukkan keghairahan masing-masing terhadap coklat dengan menghadiri Malaysia 4th Chocolate Fair pada 7, 8 dan 9 Januari 2011 bertempat di tingkat 3, Mid Valley Megamall.

Wah, melompat di syurga coklat!

Mujurlah dalam keadaan yang sesak dan padat itu, tidak terdapat penyeluk saku, kerana semua pengunjung yang datang ke gerai-gerai coklat tidak dapat mengawal diri membelanjakan berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus ringgit Malaysia untuk membeli berjenis-jenis coklat yang beraneka bentuk, rasa, warna dan pilihan yang merambangkan mata semua yang memandang.

Swan yang terhasil daripada coklat putih.
Telur emas tu pun dalamnya coklat!

Seni yang sangat cool!
Jom kita tengok catur hitam atau putih yang habis kena ngap dulu!

Selain puluhan kedai coklat yang sedia untuk mengontangkan poket para pengunjung, terdapat juga demonstrasi membuat coklat oleh chef coklat mewah profesional - chef Jean-Marc Bernelin yang berasal dari Perancis dan mempunyai pengalaman 16 tahun dalam bidang ini! Lama tu. Kredibiliti beliau sebagai chef terserlah apabila orang ramai mula membanjiri meja demonstrasi itu untuk mendapatkan bergenggam-genggam coklat percuma yang sedap dan untuk masuk tv.

Hey kamera, zoom kat I ye!

Part paling best bila coklat yang chef ni buat diberi kepada penonton!
Sedap takleh nak cakap. Nyum2. =P

Pelbagai produk yang kreatif dan unik dihasilkan daripada coklat, antaranya lolichoc, biskut, kek, choco sms, cd coklat, coklat fondue, printed chocolate dan sebagainya.

Bagi sms dengan coklat!

Dua botak yang comel; Upin & Ipin pun ada!

Objektif pameran coklat ini adalah untuk mempromosikan jenama coklat buatan tempatan yang boleh tahan juga sedapnya walaupun masih belum mampu menandingi jenama coklat antarabangsa.

Sedap betul test-test coklat banyak-banyak ni.

Printed chocolate : teknologi inovasi coklat yang canggih!
Pilih nak gambar apa, gambar sendiri pun boleh.
Lepas tu, boleh print atas coklat!
Sayang woo nak makan!

Cafe Owner tak ketinggalan untuk menyertai pameran yang berkaitan dengan makanan ini dengan satu tujuan : merasa lambakan coklat percuma yang dihulurkan oleh para pemilik setiap gerai yang dikunjungi. Akibat tujuan itu, beliau telah diserang sakit tekak yang amat perit sebab terlalu banyak memakan coklat yang manis. Padan muka beliau!

Hah! Siapa yang dah tak ada tempat dalam bilik nak simpan teddy bear tu, bolehlah beli coklat teddy bear pulak. Lepas ni simpan dalam perut. Lagi senang, lagi banyak ruang. =D

Sebahagian coklat yang kami beli.
Dan kami menyesal tak beli lebih banyaaakkkkk lagi! :(


CooL CheF :

1) Pertama kali aku menaiki koc wanita KTM yang bertanda merah jambu. Baguslah perkhidmatan macam ni sebab boleh mengurangkan masalah sexual harassment. Tapi yang cacatnya, ada pulak beberapa orang lelaki sesat yang buta huruf agaknya. Dah nampak gerabak ni penuh dengan perempuan, pandai-pandailah keluar balik, tukar koc lain. Ini tersengih-sengih macam kerang busuk. Aku gulai kang!


Koc yang aku naik tu bukan fully warna merah jambu. =(

2) Aku tak faham kenapa aku selalu ada masalah nak lalu palang kat tempat cek tiket KTM tu. Tiket ok, lepas, tapi palang tu tak nak bergerak pula bila aku tolak. Jadi...

...secara spontan buat aksi macam le parkour ni!
Jadi eye-catcher jap. Hoho~

3) Datang ke Mid Valley tak best kalau tak beli takoyaki sebelum balik! Sejenis bebola daripada tepung yang dipanggang. Ada macam-macam inti yang boleh dipilih; sotong(tako), belut(unagi), ayam, etc. Harga RM4.50 untuk sekotak yang ada 3 ketul takoyaki. (Memang mahal -.-"). Jangan ragu-ragu ok, orang Islam yang masak. =) Sedap ohhh!



Aku rasa aku nak jadi Chocoholic dan juga Chocolatier!
Banyak sangat gambar best sampai aku tak larat nak masukkan.